Thursday, August 20, 2009

KENALI PENYAKIT ANDA

Mama kiter tertarik dengan cara dignos penyakit melalui tapak tangan dan melalui mata. Cantiknya Islam apabila di benarkan seorang lelaki untuk meminang seorang wanita melihat akan wajah dan tapak tangan wanita tersebut. Rupa rupanya ada rahsia di sebaliknya.

Dengan melihat kepada tapak tangan seseorang, sekiranya orang yang melihat itu mahir..maka dapatlah di tentukan tahap kesihatan seseorang pesakit. Kaedah melihat dan dignos penyakit melalui tapak tangan ini adalah permulaan untuk mengesan penyakit pada peringkat awal yang mana kadang kala tidak dapat di pastikan dengan teknik modern. kalau ada pun..penyakit sudah di tahap yang sukar kerana kelewatan di dalam mengenalpasti sesuatu penyakit.

Dengan dignos di tapak tangan dan mata, sesorang itu akan dapat mengatasi penyakit dari terus merebak sekiranya dapat di rawat dengan segera. Perkara ini telah pun mama kiter lalui sendiri bilamana anak gadis mama kiter selalu mengadu sakit kepala, sakit pinggang, jantung laju, pitam, sakit perut dan rambut gugur dgn teruk. Bila bawa berjumpa dctor, pada peringkat awalnya kebiasaannya dctor kate migraine, perut masuk angin,dan bla bla bla.

Kebiasaannya dapat vitamin dan painkiller. Anak mama kiter makan pun tidak ada perubahan..sakit datang semula. Akhirya saluran kedua dua buah pinggang anak mama kiter membengkak. Bayangkan perasaan kami sekeluarga..sedih dah terduduk. Adakah boleh pulih anak ku ini? Panjangkah umur anak ku ini? Bermacam macam yang bermain di minda mama kiter. Tetapi Allah itu maha Pengasih lagi Penyayang. Alhamdulillah mama kiter telah mencari alternatif lain di mana cuba kembali kepada perawatan Islam. Dignos tapak tangan dan mata. Dapat mengesan penyakit di peringkat awal dan telah di syorkan berbekam dan diberi makan herba yang sesuai dengan penyakit.

Hari berganti hari, minggu berganti minggu, kesihatan anak mama kiter amat memberansangkan. Alhamdulillah apabila kembali menjalani rawatan dctor, Saluran buah pinggang yang membengkak kembali normal. Migraine pun tidak menyerang lagi. Denyutan jantung kembali normal. Masyallah..Benar kata ALLAH dan RASULLULLAH, setiap penyakit ada penawarnya..kecuali tua dan maut.

Pencegahan lebih baik dari merawat. Jadi lebih baik kita tahu awal dan kita dapat mencegah penyakit dari terus menyerang sehingga membahayakan nyawa. Maha suci ALLAH itu menguniakan ilmu ini kepada hambanya. Sebenarnya ilmu perawatan ini semuanya ALLAH kurniakan kepada orang islam. Sayangnya orang islam tidak mengendahkannya, maka orang baratlah yang monopoli ilmu perubatan ini. Akhirnya..orang islam telan dadah yang telah di adun di dalam ubatan modern. Penyakit tak hilang..cuma duduk senyap dalam tubuh dan buka kilang untuk rosakkan segala gala yang ada dalam tubuh kita. Dalam sedar atau tidak, kita sudah jadi pengambil dadah walaupun bukan penagih dadah. Renung renungkan lah..

Di sini mama kiter paparkan gambarajah dignos tapak tangan yang mama kiter copy dari De Eiman blog atas kebenarannya..Sekadar info untuk rakan rakan yang berkunjung.


Dignos tapak tangan

  • Analisa saraf tapak tangan telah lama digunakan oleh bangsa Yunani.

  • Tangan merupakan bahagian saraf yang paling hujung dari tubuh manusia dan apa sahaja yang berlaku dalam tubuh manusia akan terlihat pada tangan.

  • Pada tapak tangan tersimpan 1,000 rahsia kesihatan manusia dan dapat memberi gambaran keadaan organ-organ tertentu di dalam tubuh.

  • Pada pergelangan tangan manusia terdapat denyut nadi yang boleh digunakan untuk mengesan beberapa punca penyakit dan keadaan kesihatan seseorang.

  • Untuk mendapat kemahiran dalam menganalisa penyakit melalui saraf tapak tangan dan nadi, para herbalis disyorkan supaya banyak membuat pemeriksaan ke atas tapak tangan manusia.

3 comments:

  1. salam...
    dgn mengenali penyakit kite dpt mencegah pyakit dr awl..skrgnye lgkah pncgahan dpt diatsi...

    ReplyDelete
  2. ye betul kate de eiman tu..mama kiter setuju 100%.
    jika nak sihat, kenalah lakukan pemeriksaan dari awal. Bila badan sihat..awet muda selalu..

    ReplyDelete
  3. wah...leh sy jadi tabib lepas ni ye....thanx for the info

    ReplyDelete