Monday, October 5, 2009

DIRUMAH BAPA SAUDARA

Selepas beraya dirumah abang Lan dan siap solat magrib, mama kiter bertolak pula kerumah bapa saudara mama kiter di seksyen 18 Shah Alam. Hanya beliau sahaja orang yang paling tua didalam keluarga sebelah bapak mama kiter yang masih ada buat kami semua.

Beliau adalah sepupu kepada bapak mama kiter. Namanya ialah Sheikh Hamzah, bapa kepada Ning Baizura. Pertalian Pak Sheikh dengan bapak mama kiter ialah, bapa kepada Pak Sheikh Hamzah adalah adik kepada nenek mama kiter. Nenek mama kiter adalah ibu kepada bapak mama kiter. Wajah Pak Sheikh pula ada iras iras bapak mama kiter. Terubat rindu kepada arwah bapak bila melihat wajah Pak Sheikh.

Pak Sheikh seorang yang sangat peramah, baik dan kelakar. Tidak jemu bila bersembang dengannya. Ada sahaja cerita yang hendak dikongsi. Yang menariknya bila kita bersembang dengan orang orang yang lebih tua dari kita..kita akan dapat tahu salasilah keturunan yang dulu dulu dimana orang orang muda terlepas pandang. Rugi rasanya bila kita tidak mengetahui asal usul salasilah keturunan kita. Mama kiter beri saranan kepada semua, sekiranya masih ada orang yang lebih tua, masih mengingati asal usul, ambillah tahu...mana tahu satu hari nanti kita terjumpa dengan saudara mara yang kita tidak pernah jumpa.. Seronok bila dapat tahu kita ramai saudara mara...

Jom kita layan photo yang di paparkan buat tem
an teman blog mama kiter..



Pak Sheikh Hamzah

Mama kiter dan Hubby bersama Pak Sheikh


Ruzambira adik kepada Ning Baizura, berlainan ibu


Bersama Mak Ngah, isteri Pak Sheikh


Bergambar beramai ramai bersama Pak Sheikh

4 comments:

  1. amboi...suka masing2 bergambor...dalia pun suka sgt bergambar...:)

    ReplyDelete
  2. Beliau adalah sepupu kepada bapak mama kiter. Namanya ialah Sheikh Hamzah, bapa kepada Ning Baizura. Pertalian Pak Sheikh dengan bapak mama kiter ialah, bapa kepada Pak Sheikh Hamzah adalah adik kepada nenek mama kiter. Nenek mama kiter adalah ibu kepada bapak mama kiter. Wajah Pak Sheikh pula ada iras iras bapak mama kiter. Terubat rindu kepada arwah bapak bila melihat wajah Pak Sheikh.

    adeiii...penin nak paham pertalian darah ni hehe..mcm keluarga 69

    ReplyDelete
  3. hehehe...sian kamsiah ye..tak faham..begini..

    Datok ning baizura adik beradik dengan nenek mama kiter.

    jadi pertalian antara bapak mama kiter dengan bapak ning baizura adalah sepupu.

    ReplyDelete
  4. salam mama kiter..memang seronok bila berjumpa saudara mara yg jarang kita jumpakan.

    ReplyDelete