Monday, May 31, 2010

ULANG TAHUN PERKAHWINAN

Tanggal 28/5/2010 tempuh hari..mama kiter dan hubby menyambut ulangtahun perkahwinan kami yang ke 28 tahun..Alhamdulillah dan mudah mudahan perkahwinan kami kekal hingga ke akhir hayatlah hendaknya..Insyallah..Dipanjatkan doa semuga hanya maut sahaja yang memisahkan...Aminn...

Selama 28 tahun mendirikan rumahtangga, semestinyalah ada ujian, cabaran, onak dan duri, susah senang kehidupan yang harus dilalui dan ditempuhi. Hanya kesabaran, tolak ansur, saling memahami diantara satu sama lain, saling percaya mempercayai yang kami berdua amalkan hingga kini..Mudah mudahan apa yang kami amalkan ini menjadi pedoman buat anak anak kami didalam melayari bahtera rumahtangga mereka masing masing.

Bahagia kini telahpun dikurniakan sepasang menantu yang baik dan mengasihi kami, dan Insyallah jika diizinkan Allah, bakal menimang cucu...terasa amat pantas masa berlalu..Rasa 28 tahun mendirikan rumahtangga...masih baru, masih segar diingatan hari bersejarah pernikahan kami..hanya usia 28 tahun sahaja yang menunjukkan lamanya perkahwinan ini..tapi hakikatnya sentiasa merasakan baru sangat mama kiter berkahwin..Alhamdulillah..mungkin hubby mama kiter seorang yang sangat baik melayan mama kiter, itu yang menyebabkan terasa baru sangat berkahwin..Apa apa pun..semua ini kurniaan dari Allah buat mama kiter juga doa dan restu dari arwah mak dan bapak mama kiter semasa hayat mereka...Semuga Allah mencucuri rahmatnya dan menempatkan mak dan bapak mama kiter dikalangan orang orang yang Allah kasihi..Aminn..


Jom layan apa yang adaaaa!!!!!


Kek yang dihadiahkan oleh abang dan ct..surprise!!!!



Dinner yang disponser oleh kakak dan saifullah.

Netbook hadiah dari hubby.