Wednesday, January 9, 2013

kenangan 2012

Dah lama tak menulis..dah lama tak intai rumah..dah lama berehat..beku otak dibuatnya..cuba cuba asah pena kembali..mana tau boleh cair lemak lemak tepu yang melekat ni..

Tahun lepas yang baru berapa minggu je kita tinggalkan..telah membuatkan kita yang hidup ini bertambah tua umur yang dipinjamkan oleh Allah..Tapi ada orang kate..ada apa pada umur..ataupun umur hanyalah angka sahaja..Hmm..Tapi kalau Allah nak ambil umur yang dia pinjamkan pada kita..orang kate..pendek umur..umur mama tahun ini kalau ikut kalendar masihi 49 tahun..kalau ikut kalendar hijrah 51 tahun..Dah setengah abad dah...bak kate arwah mak..dah tua dahh...Allah Hu Robbi..

Dah mula sakit sakit ..dah mula lambat didalam buat kerja..kalau dulu dulu..masak kat dapur dalam 3 jenis lauk..amboiii..lebih kurang setengah jam dah siap..sekarang ni..boleh capai masa 1 jam..macam pelik juga..kenapa lambat sangat buat kerja..rasanya buat kerja macam biasa je..tapi kenapalah lambat siap..baru teringat mak cakap..dah tua tua ni..kerja pun jadi lambat..muda muda dulu semua kerja boleh buat..pantas je kerja dan masa..bila dah tua..masa lebih pantas dari kerja..Hmm..pikir pikir semula..semuanya peringatan dari Allah..yang makhluk tidak kekal..tidak hebat..

Baru baru ni mama kiter masuk hospital..jalani pembedahan yang agak besar..Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dengan izin dan rahmat Allah..masa dalam proses penyembuhan tu..Allah Hu Robbi..sakitnya..letihnya..Hanya Allah dan diri sendiri yang tahu..Syukur kepada Allah kerana hubby..anak anak..adik beradik..anak anak sudara dan kawan kawan menjadi penyuntik semangat untuk segera sembuh dan kembali sihat..pengobanan hubby..anak anak..adinda siti jawahir tidak akan mama kiter lupakan Insyallah...Hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya..






 Terpancar cemas diwajah hubby..menanti berita dari bilik bedah..

 Doctor Zaha yang mengambil tanggungjawab membedah mama kiter..
 Di suruh banyakkan berjalan selepas pembedahan agar cepat sembuh..
 Ucu yang menjaga Mama kiter dihospital..
 Kakak bawa Mama kiter jalan jalan..terapi untuk sembuh..
Hubby dan Abang menanti di bilik menunggu dengan debaran..

Wednesday, October 5, 2011

BIRTHDAY MAMA KITER

Alhamdulillah..tanggal 4/10/11 umur mama kiter telahpun menjangkau ke 47 tahun. Masyallah syukur yang tidak terhingga mama kiter panjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan rahmatnya meminjamkan lagi usia kepada hambanya yang kerdil, lemah, jahil lagi banyak dosa ini.




Alhamdulillah..dengan umur yang berbaki ini..terlalu banyak nikmat yang di anugerahkan oleh Allah kepada Mama kiter seisi keluarga.Dapat nikmat menimang cucu, melihat anak anak membesar, merasai kasih sayang suami dan anak anak, adik beradik, saudaramara, jiran tetangga juga sahabat handai..Syukur...



Syahdu dan sebak apabila suami dan anak anak melahirkan penghargaan mereka terhadap mama kiter..mengucapkan terimakasih mereka kepada mama kiter kerana menjadi isteri kepada suami dan menjadi ibu kepada anak anak..Tiada hadiah yang lebih berharga buat kita sebagai isteri dan ibu selain dari kasih sayang suami dan anak anak..itu sudah cukup memadai..Kemuncak dari penghargaan ahli keluarga, mereka telah bawa mama kiter jamu selera di restoran..Mama kiter tidak dibenar memasak untuk makan malam. Alhamdulillah..terimakasih buat suami dan anak anak mama kiter..Sayang Kalian semua...



Wednesday, September 28, 2011

POPIA

Alhamdulillah...syukur kehadrat Allah  diatas limpah kurnia juga izinnya..dapatlah mama kiter mempraktikkan ilmu yang diturunkan oleh BONDA mama kiter iaitu cara untuk membuat kuih popia dimana kulit popia dibuat sendiri..Puluhan tahun BONDA mama kiter membuat kuih popia yang dijual dipasar malam..

Resepi popia terlalu mudah..tetapi hendak menyediakan kulitnya agak rumit kerana memerlukan keberanian untuk melenser tepung diatas kuali panas menggunakan tangan..baru baru belajar..memang ngeri..takut jika tangan melecur. Semasa mama kiter remaja, selalu juga bonda mama kiter pelawa buat kulit popiah apabila bancuhan tepung sudah tinggal hujung hujung..Masa remaja , banyak main main..bukan tahu hendak bersungguh sungguh mempraktikkan ilmu yang diberi oleh bonda..Nasib baik masih ingat cara membuatnya..jika tidak..rugi rasanya..

jom layan mama kiter didapur...




Teruja dengan kesungguhan kak teh membuat popia dan seronok melihatkan sambutan anak cucu cicit BONDA menikmati popia yang disediakan oleh kak teh pada raya baru baru ini..maka mama kiter memaksa diri untuk mempraktikkan kembali pembuatan kulit popia. Kak  teh sudah mahu kembali ke tanah air barunya di LONDON..pasti semua rindu untuk menikmati keenakkan popia resepi bonda..Di Kampung masih ada kakak ipar yang meneruskan perniagaan popia BONDA. Cuma jika hendak merasa popia, terpaksa balik kampung..bukan selalu dapat balik kampung..sesekali jika ada kelapangan waktu..Jika sudah pandai buat sendiri..hari hari pun boleh makan popia..itulah pula untungnya bila kita tahu buat sendiri.

KAK TEH BERKEMAS

Sebelum kak teh kembali ke tanah air barunya iaitu london..sempat kak teh meninggalkan kenangan dirumah mama kiter. Kak teh minta mama kiter tolong siapkan baju melayu untuk anak anak lelakinya yang tergendala pembikinannya. Semasa mama kiter duduk goyang kaki, kak teh pula sibuk mengemas dan mengubah suai dapur mama kiter. Macam macam yang di buatnya didapur mama kiter.


Puas mama kiter menyuruh kak teh berehat kerana kak teh kurang sihat dan mengalami kecederaan tulang belakang yang dipanggil dalam istilah perubatan ialah slip disk. Tetapi kak teh mengatakan bahawa dia tidak boleh duduk lama, nanti pinggang rasa sakit. Jadinya kak teh harus bergerak..jika rasa berdiri sakit, kak teh akan duduk, jika duduk sakit, kak teh akan baring..mengikut kata kak teh..rasa tak selesa sangat sangat. Itu yang kak teh tidak boleh duduk diam katanya..


Mungkin di London kak teh kurang buat kerja maka sebab itu kak teh sibuk cari kerja yang hendak dibuat dirumah anak anak dan adik beradiknya. Tak apalah..kak teh rasa seronok sementara berada di bumi malaysia. Bila sudah kembali ke negara barunya...kak teh kata terasa sunyi kerana berjauhan dengan keluarga. Maka kak teh ambil kesempatan  untuk bergembira dengan keluarga selama 3 bulan berada di Malaysia. Layan ajelah keinginan kak teh.

Jom layan kegembiraan kak teh...





Thursday, September 22, 2011

JAMUAN BLOK

Alhamdulillah..raya tahun ini rumah mama kiter terpilih sebagai tuan rumah untuk mngadakan jamuan hariraya bagi maraikan jemaah surau juga blok di kediaman mama kiter.Setiap tahun penduduk taman di kediaman mama kiter akan mengadakan jamuan untuk jemaah surau juga blok masing masing. Sebelum menjamu selera dengan berbagai juadah, para jemaah lelaki akan memasukki setiap rumah untuk membaca selawat dan juga mendoakan tuan rumah akan sentiasa berada didalam rahmat juga keberkatan Allah.
 Perkara ini akan dilakukan setiap malam sepanjang syawal untuk setiap blok dan kemuncaknya jamuan akan diadakan besar besaran didataran surau bagi mengumpulkan semua penduduk untuk 4 taman yang berhampiran..Alhamdulillah memang meriah..Sebagai tuan rumah, mama kiter tidak diberatkan untuk menyediakan hidangan, cuma diminta untuk menyediakan air panas dan sejuk sahaja..manakala juadah yang beraneka dibawa setiap rumah dan dikumpulkan di rumah yang terpilih untuk menjadi tuan rumah..mudah sahaja..
Kebetulan kak teh ada dirumah mama kiter, maka dapatlah kak teh bersama sama meraikan susana meriah dirumah mama kiter. Kak Teh mengatakan bahwa bagusnya kesepakatan para penduduk ditaman mama kiter. Mengikut dari pengalaman kak teh yang telah bermaustatin selama 30 tahun di tempat kediamannya..belum pernah merasakan kesepakatan penduduk kawasannya..inilah kelebihan penduduk ditaman mama kiter. Alhamdulillah..Mungkin dikawasan lain juga ada melakukan aktiviti sepertimana penduduk taman mama kiter ini..Semuga aktiviti yang dilakukan ini sentiasa berterusan dan dapat mengeratkan ukhwah diantara sesama jiran tetangga juga mendapat keredhaan Allah hendaknya..Amin..

Jom kita layan gambar yang sempat mama kiter paparazi semasa jamuan berlangsung...




Monday, September 19, 2011

MAMA KITER BELAJAR MASAK

Beraya dirumah Nor Sofea..tak sangka pula mama kiter juga ucu dapat belajar lipat kulit kuih samosa..selama ni kami berdua beradik asyik buat samosa gulung sebab tak pandai nak lipat kulit samosa untuk jadikan bentuk 3 segi..berkali kali mencuba masih gagal..jadi tapi tak cantik dan kemas..bila sudah belajar dengan nor sofea..Alhamdulillah dan Insyallah bolehlah diparktikkan ilmu yang dituntut..

Nak masak pun kena berguru...pakar macam mana pun kita masak..ada juga diantara masakkan yang kita tidak tahu hendak menyediakannya..kena berguru juga..walaupun masakkan tu bahan bahannya main campak campak bak kata orang tua tua..hendak juga dilihat cara campak campaknya..barulah menjadi...




Insyallah..lepas ini..selalulah mama kiter buat kuih samosa ini dan bolehlah difrozenkan..senang jika tetamu datang..kuihnya sudah siap dibuat cuma tinggal hendak digoreng sahaja..hidangkan dengan cili sos buatan sendiri..memang layannnn!!!!

Tuesday, September 13, 2011

BERKUMPUL DI SATU SYAWAL

Aidil Fitri muncul kembali..Setelah kehilangan kedua ibubapa..adik beradik mama kiter cuba meraikan Syawal dengan perhimpunan pada setiap satu syawal sejak 3 tahun kebelakangan ini..Tahun pertama kami berkumpul dirumah Abang Cik, tahun kedua di rumah Abang Ngah dan tahun ini dirumah Kak Lang..kami berkumpul selepas masing masing menunaikan solat hari raya di kediamanl masing masing..Ada yang datang tengahari..ada yang datang petang..mengikut keselesaan jadual keluarga masing masing.




Walapun tidak semua dapat berkumpul serentak, disebabkan ada diantara adik beradik mama kiter yang hendak pulang kekampung halaman mertua..kami tetap cuba memenuhi undangan tuan rumah di satu syawal..walaupun hanya sebentar cuma..setelah meraikan tuan rumah..ada yang bergerak ke distinasi yang dituju..yang paling jauh kampung halaman mertua adalah abang cik di Singapore manakala ucu di Muar..yang lain lain semuanya sekitar Selangor dan Negeri Sembilan..



Mudah mudahan usaha kami adik beradik cuba meyambut setiap Syawal untuk berkumpul bersama akan dapat diteruskan..Semuga apa yang diperaktikkan ini dapat dicontohi olih anak anak masing masing apabila mereka juga ketiadaan kedua ibubapa agar kasih sayang diantara mereka sentiasa dapat dipereratkan..Insyallah..Inilah yang dapat kami lakukan untuk membalas segala jasa kedua ibubapa kami kerana diantara yang Nabi sebut ..sekiranya anak anak yang telah kematian kedua ibubapanya..maka sambunglah silaturrahim diantara keluarga, saudaramara juga sahabat handai kedua ibubapanya..mudah mudahan dengan ini maka Roh kedua ibubapanya mendapat Rahmat dari Allah..Insyallah..Amin..