Friday, January 29, 2010

BERNIAGA, BIARLAH JUJUR

Di Bangi ada sebuah kedai jahit, merangkap jual baju siap dan ambil upah lekatkan batu pada baju ataupun tudung. 3 kali mama kiter pergi ke kedai tersebut kerana ada hajat...tiap kali mama kiter pergi, jawapan pekerja kedai tersebut, "saya tak pandai buat..ada seorang budak lagi yang pandai buat benda ini.dia bekerja hari jumaat dari pagi sampai malam dan sabtu sampai petang sahaja, kalau awak nak..kena datang pada hari tersebut." Mama kiter pulang kerumah dengan harapan minggu seterusnya akan berpeluang jumpa oarang yang di maksudkan.

Minggu seterusnya..mama kiter pergi pada hari sabtu..waktu tengahari, memandangkan mama kiter telah di beritahu bahawa budak yang pandai buat benda yang mama kiter hajatkan itu cuma berada di kedai hingga petang sahaja. Bila sampai di kedai, tidak juga kelihatan budak yang di maksudkan..yang ada masih pekerja yang sama. Bila di tanya, kemana budak yang pandai tu...kata bekerja jumaat dan sabtu sahaja. Jawpannya.."ohhhh, dia tak kerja hari sabtu, dia kerja hari jumaat sahaja, dari pagi sampai malam.." Hmmmmm...pulang ke rumah semula.

Hari ini bersamaan 29.2.2010..jam 5 petang, mama kiter pergi lagi ke kedai tersebut. Alhamdulillah..bertemulah dengan anak gadis yang di maksudkan. Setelah berbincang apa yang mama kiter hendak..anak gadis itu memberi jawapan, harga upahnya hanya rm5 sahaja, memandangkan barang mama kiter punya sendiri. Beliau hanya ambil upah untuk lekatkan sahaja barang tersebut. Mama kiter bertanya, "bila boleh siap?" Anak gadis tersebut berkata.."nanti lepas maghrib boleh datang ambil.." Ok lah..mama kiter pulang ke rumah.

Seperti yang dijanjikan..mama kiter kembali ke kedai untuk mengambil barang yang di tempah. Alhamdulillah telahpun siap seperti yang mama kiter inginkan. tanpa berlengah lagi, mama kiter pun bersuara...RM5 ye, sambil buka beg untuk mengeluarkan note rm5. Belum sempat mama kiter mengeluarkan duit, anak gadis tersebut terus berkata..."hmmm, bukan rm5..tapi rm25...bos cakap..duit letrik lagi kena ambil kira.." Mama kiter jadi pelik bila harga boleh berubah dengan tiba tiba. Bukanlah tak boleh bayar dengan harga yang di minta, tetapi cara mereka berniaga tidak jujur.

Dari awal perbincangan tidak pula dikate kan..kalau nak cepat..kita charge lebih sikit..kalau nak bubuh di sini ataupun di sana kita charge harga lain..kalau dari awal dah cakap..tidaklah rasa sakit hati sebab kita dah tahu. ini tidak...dari awal dah cakap.."kalau barang ni awak punya..kami hanya ambil upah RM5 sahaja..tak kisah macm mana awak mahu."

Mama kiter pernah buat benda yang sama tetapi di kedai yang lain.. Tak kisah macam mana yang kita mahu, jika barang kita punya.. upahnya tetap RM5.Malangnya kedai tersebut telah berpindah ke Nilai. Mama kiter berterus terang dengan anak gadis tersebut...cara bos awak berniaga tidak jujur..sepatutnya sebelum setuju untuk terima tempahan, kena bagitau pelanggan harga yang sebenar..kena cakap terus terang dengan pelanggan.."kalau pelanggan nak macam ini, harganya begini, kalau pelanggan nak macamtu..harganya begitu...walaupun barang pelanggan punya, tetapi upah tertakluk pada kadar waktu yang pelanggan mahu dan kita akan charge lebih mengikut apa yang pelanggan mahu" Kan senang kalau bagitahu dari awal. Jawapn dari anak gadis tersebut.."maaf puan, saya pun tak tahu mengapa bos buat macam ni..sememangnya RM5 sahaja...tapi bos suruh kira harga letrik dan harga nak cepat.
" HMMMMMM!!!!!! Orang melayu berniagaaaaaaaaa...nak cepat kayaaa..
Wallahu'alam.

Thursday, January 21, 2010

PEMERGIAN KAK LONG

Selasa bersamaan 19/1/2010 lebih kurang jam 8.15 malam, seorang daripada 12 adik beradik mama kiter telah kembali mengadap Ilahi. Pemergian yang amat mengejutkan bagi seluruh ahli keluarga dekat dan jauh.
Walaupun telah dijangka ketika melihat akan keadaannya, tetapi pemergiannya didalam keadaan yang sememangnya tidak pernah terlantar sakit, walaupun ada penyakit darah tinggi yang agak kritikal bacaannye..

Kak Long mama kiter, seorang wanita yang amat kuat melawan penyakitnya..walaupun bacaan darah tingginya begitu kritikal...berpuluh tahun kak long menghidap penyakit darah tinggi..berulang kali doktor menyarankan kak long berehat di hospital..tetapi kak long tetap membantah..kak long sentiasa kelihatan sihat dan cergas. Cuma terkadang kali kak long mengadu, rasa kurang sihat, kepala pening dan badan menggigil. Anak anak kak long dan adik beradik selalu menasihati kak long supaya pergi hospital..kiranya disarankan oleh doktor supaya kak long berehat sahaja di wad...akur sahaja...seperti biasa kak long akan beri jawapan..."Kak long/mak..tak mau duduk hospital..kalau boleh kak long/mak nak mati dirumah..kak long/mak tak mau susahkan anak anak, mereka semua ada kerja..susah nanti nak jaga, susah nak cuti.."

Setelah sekian lamanya kak long menghidap darah tinggi, sekian lamanya kak long melawan penyakitnya, sekian lamanya kak long kelihatan cergas dan sihat, akhirnya kuasa Allah yang maha Hebat, pada 17/1/2010 bersamaan awal pagi ahad, jam 1 pagi, kak long tersedar dari tidurnya..merasa untuk ketandas..ketika itu kak long telah hilang segala kekuatan untuk bangun dari pembaringannya..cuma yang tinggal baki suara dan pegerakkan tangan yang masih Allah pinjamkan buat kak long. Masyallah..Allah itu Maha mengasihani..Dengan baki suara yang ada, kak long memanggil anak bongsunya agar membantunya untuk bangun. Sempat menyuruh anak bongsunya memnghubungi anak anak lain yang duduk di selangor dan juga adik mama kiter yang berjiran dengan kak long.

Ditawarkan untuk menaikki ambulan agar mudah dibawa kehospital, kak long enggan..kak long mahu tunggu anaknya sampai kerumahnya..menunggu anak yang tinggal di ceras kembali ke rumah kak long mengambil masa lebih kurang 45 minit ke 1 jam perjalanan..kak long masih bertahan dan masih boleh bersuara dan berkata dengan jelas. Setelah anak kak long tiba dirumah, kak long di bawa ke hospital seremban..dalam perjalanan kak long masih boleh bertutur... kasih ibu..dalam kepayahan bertarung melawan penyakit yang tiba tiba menyerang, kak long masih mahu dan sempat menghulur duit belanja kepada anak bongsunya kiranya doktor menahan kak long di wad..lama kelamaan tutur bicaranya sudah tidak dapat difahami..dan cuma mengambil masa lebih kurang 5 ke 10 minit..hampir sampai di hospital kak long telah diam.

Setelah di periksa oleh para doktor, kak long disahkan koma dan kritikal..semua ahli keluarga dihubungi atas nasihat doktor.Masyallah..walaupun
kak long kritikal, tetapi kak long tetap bertahan sehingga hari selasa..dan anak anak kak long di beri pilihan oleh dctor untuk membuat keputusan. Masih mahu kak long berada di hospital ataupun dibawa pulang ke rumah. Akhirnya kata sepakat diambil..kak long dibawa pulang kerumahnya. Sememangnya permintaan kak long untuk habiskan sisa hidupnya dirumah dan tidak mahu menyusahkan anak anaknya di kabulkan oleh ALLAH yang Maha mengetahui dan mengasihani..

Setibanya kak long dirumah, turun dari ambulan..kak long membuka mata..melihat disekeliling rumahnya..jelas terpancar kepuasan hatinya diwajah kak long. Tidak mengambil masa yang lama, ahli keluarga serta anak bonsu kak long mengajar kak long syahadah..Kasih ibu..ketika mendengar suara anak bongsunya..kak long menoleh sedikit dan melirik pandangannya kearah anak bongsunya..dan jelas kelihatan kak long gerakkan bibir mengikut shahadah..kak long pergi tak kembali...Kerja Allah..semuanya telah Allah tetapkan...tidak ada sesiapa pun yang dapat menyangkal apa yang Allah hendak buat. Rezeki juga ditangan Allah..DIA nak beri atau nak ambil dari hambanya..tiada siapa pun boleh menghalang..

Selama 3 hari anak perempuan kak long menjaga kak long di hospital..hanya tinggalkan sebentar cuma untuk solat, anak anak yang lain juga begitu..datang menunggu kak long ketika waktu yang dibenarkan oleh pihak hospital..hajat hati semua anak anak, kiranya mak akan diambil oleh Allah..biarlah anak anak dapat menatap...tetapi janji Allah...bukan rezeki kalian untuk melihat ibumu habiskan nafasnya...cuma rezeki si bongsu, mama kiter, ucu, mamita, mamina, mak usu, pak njang, pak hai dan kak yan sahaja di kurniakan Allah untuk berada disisi kak long ketika itu.

Anak anak yang lain terlewat sampai dari hospital..janji Allah sudah begitu..selalu berulang alik ke kampung..tiba hari itu, sesat mencari jalan pulang kekampung. ALLAH HU AKBAR...Selalu pulang ke kampung ikut laluan seremban 2..tetapi jika dari hospital..laluan rasah dan mambau adalah laluan terdekat. Sudah sekian lamanya seluruh ahli keluarga tidak mengikuti laluan Rasah dan Mambau..rupa rupanya sudah terlalu banyak perubahan di buat...sudah terlalu banyak taman perumahan di bina..mama kiter juga tersasar laluan tersebut, tetapi memandangkan mama kiter telah pulang awal dari hospital untuk kerumah kak long..maka masih sempat sampai dirumah kak long sebelum ambulan sampai.

Hancur luluh hati si anak bila sampai dimuka pintu rumah, diberitahu..mak sudah tiada..tetapi sebagai orang Islam..kena Redha dengan kehendak Allah..Sudah begitu janjinya..Alhamdulillah..keempat empat anak kak long semua dapat berbakti pada kak long..Bertuah lah anak anak bila Allah beri kesempatan dapat berbakti kepada kedua ibupanya..Dan kedua ibupa juga bertuah kiranya zuriat yang ditinggalkan adalah ank yang soleh..Hanya 3 perkara sahaja ditinggalkan oleh seorang hamba Allah setelah kematiannya..Amal jariahnya..Ilmu yang memberi manfaat dan ank yang soleh..

Mudah mudah sebagai Hamba Allah yang dikasihi..Kak long dapat tinggalkan 3 perkara ini. Semuga Allah mencucuri Rahmatnya keatas roh kak long dan menempatkannya bersama sama dengan hamba Allah yang beruntung..Amin..Al Fatihah.

Saturday, January 16, 2010

BEKAM

Hari ini mama kiter dapat job baik punya...hahahaha..apalagi kalau bukan job bekam. Alhamdulillah sejak mama kiter mengambil kursus bekam dengan herbalis HPA Tuan Hj Ramly, dapatlah mama kiter memperaktikkan ilmu bekam ini kepada diri sendiri dan juga ahli keluarga mama kiter.

Terharu juga rasa dihati bila mama kiter mendapat kepercayaan dari ahli keluarga mama kiter untuk mencuba berbekam dengan mama kiter walaupun mama kiter merupakan budak baru belajar. Yang penting, ada keberanian dan ikhlas untuk melakukan sesuatu pekerjaan..Insyallah dengan rahmat Allah..semuanya berjaya dilakukan..

Jom layan gambar pk njang Saiful kena bekam. Mamita dan Husna tiada didalam gambar walaupun mereka juga berbekam..Terlupa pula nak snap gambar mereka berdua..





Friday, January 8, 2010

PERGI KE PEJABAT UGAMA

Hari ini mama kiter keluar rumah seawal 8.30 pagi untuk ke pejabat ugama daerah Kajang untuk mengambil borang kebenaran berkahwin buat anak gadis mama kiter tidak lama lagi.. Setibanya di pejabat Ugama tersebut, mama kiter senyum sendirian kerana berperasaan tidak percaya yang mama kiter menjejakkan kaki ke pejabat Ugama dan mahkamah syariah..Dalam kotak minda, mama kiter merasakan sejak mama kiter kenal dunia hinggalah kini inilah pertama kalinya mama kiter menjejakkan kaki ke tempat ini.

Ye lah..masa zaman mama kiter berkahwin dahulu..semuanya dilakukan oleh bapak dan kena sain borang pun hanya dirumah..tak perlu ada kursus kahwin..bakal pengantin tak perlu datang kepejabat ugama, bakal pengantin hanya menanti dirumah..sampai masa..nikah jee.. Zaman sudah berubah..macam macam perlu dilakukan..berbagai bagai syarat dikenakan untuk bakal pengantin sebelum melangsugkan pernikahan..di wajibkan menghadiri kursus kahwin..diwajibkan menjalani ujian kesihatan..AIDS..menjalani temuduga..semuanya untuk kebaikkan kononnya..

Tetapi mengapa bilangan perceraian sekarang lebih besar dari dahulu..mengapa setelah ditarbiah bakal pengantin, bila berkahwin..perceraian tetap terjadi..Di mana silapnya..kesimpulan yang boleh dibuat..orang sekarang..berkahwin kerana seronok..bukan kerana ALLAH..

Kursus kawin pun banyak fokus kepada keserokkan didalam perkahwinan..bukan untuk membangkitkan kerohanian dan ketaqwaan dalam jiwa bakal pengantin..Bila dengar ceramah..yang seronoknya...bab tidur dengan pasangan...bukan bab bagaimana nak menjadi suami dan isteri yang betanggung jawab dan bagaimana nak membina rumahtangga yang diredhai oleh ALLAH. Memang betul penceramah menceritakan serba sedikit bab tanggungjawab..tapi ramai yang minat bab yang lagi satu..SERONOK!!!!!!!
Bila mama kiter ambil borang pernikahan anak mama kiter yang telah pun siap..dalam hati terus memanjatkan doa kepada ALLAH..
"YA ALLAH, KAU BERILAH RAHMATMU KEATAS PERKAHWINAN ANAKKU INI, KAU REDHAILAH RUMAHTANGGA ANAK KU INI...DAN KAU KURNIAKANLAH KEIMANAN , KETAQWAAN DAN KEBAHAGIAAN KEPADA ANAKKU DAN PASANGANNYA..AMIN YA ALLAH..KAU PERKENANKANLAH DOA IBU INI.."

Tiba tiba mama kiter jadi sebak..duduk dalam kereta..melayan perasaan sendiri..Sebagai ibu..apalagi yang kita harapkan..melainkan hendak melihat anak anak semuanya merasakan kebahagiaan..


Wednesday, January 6, 2010

HARITH KE TADIKA


Harini bermula tugas mama kiter menguruskan anak angkat mama kiter Harith Furqan untuk kesekolah tadikanya..Harith bersekolah ditadika SMART READER yang terletak di Seksyen 4 tambahan Bangi.

Rasa teruja bila melihat Harith pergi sekolah. Maklumlah, mama kiter dah lama berehat dari melihat dan menguruskan anak ke sekolah tadika. Bilamana hari ini kena uruskan Harith, terasa seronok dan gelihati pun ada juga..rasa kelam kabut pun ada juga..

Jam 7 pagi, mandikan Harith, bersiap dengan uniform tadikanya, beri Harith sarapan dan seterusnya tunggu van datang untuk membawa harith kesekolahnya. Seronoknyaaa...Mama kiter pesan pada Harith, jangan nakal nakal dan dengar kata guru.Jam 12 tengahari nanti, tunggu Harith balik dari sekolah...

Jom layan Harith sarapan.

Monday, January 4, 2010

ANAK BONGSU MAMA KITER

Alhamdulillah..hari ini bermula kembali anak anak kesekolah..ada yang masuk tadika, ada yang masuk darjah 1 dan ada yang naik tingkatan..pada tahun ini, bagi mama kiter hanya anak bongsu sahaja yang bersekolah, manakala yang lain lain sudah tamat zaman persekolahan...anak mama kiter yang seorang lagi sedang menunggu result SPM.

Biasa dengan kakak yang sama pergi kesekolah, anak bongsu mama kiter rasa macam kekurangan bila hari ini hanya dia seorang sahaja yang kena kesekolah..berulang kali anak bongsu mama kiter bertanya.."Maaaa, boboy seorang sahaja yang sekolah?" Terasa pelik difikirannya...dia merasakan kakaknya masih duduk dialam persekolahan sama sepertinya..

Seronok juga anak bongsu mama kiter bilamana permintaannya banyak yang tertunai apabila hanya dia seorang sahaja yang bersekolah...Dapat pakai yang mahal sedikit harganya dari dulu, kerana papa fokus untuk seorang sahaja anak yang bersekolah..meleret leret senyum c bongsu mama kiter..
Pagi ini bersiaplah si bongsu mama kiter kesekolah..tahun ini masuk tingkatan 3 dan Insyallah akan menghadapi peperiksaan PMR. Anak bongsu kebiasaannya agak manja...Hendak bersiap pun papa sibuk ambil berat, hendak melangkah kesekolah pun papa ambil cuti, hantar si bongsu pergi sekolah, almaklumlah dah tinggal seorang sahaja kesekolah..

Mai layan fhoto anak bongsu mama kiter bersiap untuk kesekolah...


Baru sudah sikat rambut..

Keriangan terpancar diwajah

Menoleh pandang mama kiter sebelum melangkah kesekolah

Bersiap untuk melangkah keluar rumah