Sudah lama rasanya mama kiter tidak bernukilan diblog..berasyik asyik pula di fb melayan komen komen yang secara segera buat hati terpaut di fb...tapi perlu juga diingat ingatkan diri bila berbalas komen..didalam asyik mencari kenalan lama juga baru..batas batas perlu di jaga...kepercayaan pasangan juga keluarga juga harus dijaga juga dihargai...bukan apa..memandangkan fenomena fb kini terlalu banyak diperkatakan telah merosakkan hubungan kekeluargaan, persahabatan, rumahtangga juga yang sewaktu dengannya..
Yang seronoknya fb boleh membantu kita mencari saudaramara juga sahabat yang terpisah sekian lama..mama kiter juga dapat bertemu dengan sahabat lama yang telah terpisah selama puluhan tahun..seronok rasanya bila bertemu..rata rata semuanya telah berubah dari segi fizikal..Almaklumlah..sudah menuju kearah usia emas...walaupun ada diantaranya tidak bertemu secara live..sekadar berchating, berkomen juga melihat gambar difb..sudah hilang rasa rindu dihati...
Cuma mama kiter selalu pesan juga sentiasa ingatkan diri agar sentiasa berwaspada didalam mencari kenalan difb..kerana itu janji mama kiter dengan hubby juga anak anak...tidak perlu menambah kenalan yang kita tidak kenal langsung sehingga membuat hubungan kekeluargaan berantakkan..rumahtangga goyah..Maklumlah..kita manusia..kadang terlalai didalam keseronokkan..Apa apa pun..Tepuk dada tanya iman..kalau tanya tanya selera...memang hendak seronok...