Hari raya keempat, barulah mama kiter dapat menerima tetamu dirumah sendiri. Maklumlah sebelum itu mama kiter dan ahli keluarga asik beraya dirumah sanak saudara sahaja. Hari raya keempat baru berkesempatan duduk dirumah dan menerima tetamu. Itupun dari jam 12 hingga 6 petang sahaja mama kiter berada dirumah. Jam 6.30 petang, mama kiter bergerak ke kuala Lumpur pula untuk beraya dirumah kakak dan abang mama kiter.
Tetamu mama kiter terdiri dari abangcik dan kak mimieloma sekeluarga, besan dari langat sekeluarga, adik mama kiter siaful sekeluarga dan juga anak anak saudara mama kiter adik beradik. Mereka adalah anak kak teh mama kiter yang telah berhijrah ke London. Kak teh tidak dapat pulang beraya bersama anak anaknya tahun ini, maka itu anak anak kak teh telah mengikut mama kiter beraya kerumah saudara mara.
Menu mama kiter pada hari itu ialah, mee kari, cucur taugeh, kek lapis serawak dan biskut raya. Itu sahaja yang sempat mama kiter hidangkan kepada tetamu. Malangnya hubby lupa nak ambil photo juadah, jadi tidaklah dapat mama kiter paparkan masakkan mama kiter..
Jom layan photo tetamu mama kiter...
wuitt...ade gak tselit gambarku dcni..(a_a)
ReplyDeletealemak.. bj nk same cam kain kusyen plak..
ReplyDelete