Setelah 1 bulan bernikah..barulah mama kiter dapat meraikan perkahwinan anak perempuan mama kiter secara sederhana. Bukan sengaja mahu melewatkan kenduri, tetapi keadaan memaksa kerana mama kiter dalam proses ubah suai rumah. Pada asalnya kenduri tertangguh hingga bulan 7, tetapi mama kiter minta jasa baik kontraktor yang bertanggung jawab mengubah suai rumah mama kiter agar dipercepatkan pembikinan rumah mama kiter. Alhamdulillah..2 hari sebelum majlis nikah berlangsung...rumah mama kiter telah pun siap diubah suai..
Jadi dapatlah mama kiter percepatkan kenduri dari bulan 7 ke bulan 4. Alhamdulillah...semuanya berjalan dengan lancar. Tapi penatnya bukan main rasanya, mana nak kemas rumah yang baru siap..mana nak kenduri..walaupun mama kiter mengguna khidmat katering, tetapi penat juga dibuatnya..iyelah..ketering hanya menyediakan makanan, khemah dan pelayan..yang lain lain..kita kena buat sendiri..tapi apa apa pun, mama kiter merasa sangat gembira dengan perkahwinan anak mama kiter dan juga kehadiran tetamu yang agak ramai..
Diantara tetamu yang hadir semasa majlis berlangsung adalah rakan blog mama kiter, sperti kakpah tadika aulad, kakintan, noorhodza dan juga kak hamsiah..seronok bertemu tetapi mama kiter tak dapat nak berbual panjang dan juga tak dapat nak melayan sepenuhnya rakan rakan blog, memandangkan ramai lagi tetamu yang ingin dilayan dan disambut kedatangan mereka..Terima kasih buat sahabat blog mama kiter yang sudi hadir..
jom layan photo yang ada..diantaranya.....
salam. dah betahun rasanya blog ni besawang hehe..
ReplyDeleteTahniah kerana dapat keluarga baru. Tahniah juga buat pasangan pengantin. Semuga bahagia hingga ke anak cucu.
Salam mamakiter ...
ReplyDeleteTahniah buat kedua mempelai...Selamat menjalani hidup berumahtangga...moga sentiasa mendapat barokah dan rahmat dari Illahi...aminnn
salam mama kiter ,
ReplyDeleteummi mohon maaf bebanyak2 sangat yer kerana tak dapat hadiri majlis yg bermakna tempohari ,
plan memang nk pg , ummi awal2 lg letak kad undangan dlm kereta takut tlupa ,tp apakan daya .ada hal yg tak dpt d elakkan.