Wednesday, February 3, 2010

MAKAN MALAM BERSAMA TENTERA

Tanggal 2/2/2010 mama kiter bersama hubby telah meraikan Pentauliahan Pegawai Muda di UPNM. Anak anak muda ini telah memasukki UPNM sebagai tentera yang punya ijazah. Belajar selama 4 tahun sebagai siwazah tetapi menjalani latihan ketenteraan di pusat pengajian UPNM.

Diantara ucapan dari VC UPNM, kamu semua amat bertuah kerana kamu hanya mengambil masa cuma 4 tahun untuk terus menjadi Pegawai muda. Kamu masuk UNIVERSITI, kamu lalui latihan ketentaraan...kamu lulus belajar...kamu telah ada 1 watikah dan 1 sijil yang melayakkan kamu terus menjadi pegawai muda. Kami dahulu hanya ada 1 watikah sahaja tanpa ada sijil. Kami hendak naik menjadi pegawai muda..mengambil masa yang amat panjang. Kamu semua baru berusia 24, 25 tahun..amat muda..telah memegang jawatan yang besar.

Seronok juga bila melihatkan anak anak muda ini dengan pakaian ketenteraan masing masing..Segak dan penuh gaya. Inilah pengalaman pertama mama kiter dan hubby menghadiri majlis makan malam pentauliahan Pegawai Muda Tentera. Sebelum ini..hubby bekerja di Universiti Malaya selama 12 tahun sebelum beralih arah ke Universiti Pertahanan Nasional Malaysia pada tahun 2009. Biasa hadir makan malam bersama bukan tentera, amat berlaianan aturcaranya. Apa apa pun, semuanya pengalaman hidup.

Jom layan gambar yang sempat di ambil...