Wednesday, September 30, 2009

JOM TENGOK ORANG MAKAN KENDURI

Mari menjamu selera di hari raya yang kelima dirumah abang mama kiter, Ramai juga tetamu, tetapi hubby dah tak larat nak snap photo dah..ini pun jenuh mama kiter minta tolong..Hubby kate..tidak lain dan tidak bukan..nak publish dalam blog lah ni..tu yang beria ria merayu minta snapkan jugak sedikit photo untuk di abadikan sebagai kenangan..

Sememangnya jika kami berkumpul ramai ramai begini, kami akan makan berjemaah dalam dulang atau talam. Seronok bila makan cara begini, tidak sedar kita makan banyak..kalau hari hari makan cara begini..uishh pasti berat badan akan bertambah. Mama kiter pun kadang kadang dirumah sendiri, makan dalam dulang juga bersama anak anak. Haaa..siaplah..nasi dan lauk pasti habis..kadang boleh jadi tidak cukup..Seronokkk...Lagi satu, makan berjemaah dalam dulang ini Sunnah rasulullah..ada keberkatannya..

Jom layan dan zass photo yang sempat hubby snap..


Kak mimieloma, kak Yatie, nana, nani dan faizah sapu bersih 1 dulang hidangan. Lapar sangat ke?

Kak Long, Kak lang dan Rubi tekun makan..

Diantara kanak kanak yang sempat hubby snap photonya..

Abang Hai, kurang sihat maka makan pun lain lah tempatnya..sebab tidak boleh duduk bersila..kenalah makan di meja..

Abang chik, Abang Lan, Busu Atim dan Adli sambil makan sambil tazkirah

Zaimah anak saudara mama kiter sampai juling mata dia menghayati keenakkan hidangan kenduri tahlil.

Mama kiter,Ucu dan Hajar orang terakhir boleh makan, sebab sibuk melayan tetamu makan.

Abang dan Ct lambat sampai, nasib ada lagi makanan yang hendak di makan..kalau tidakkk..nangislah c Ct tu ha..

MAMA KITER JADI TUKANG MASAK

Hari ke lima raya..mama kiter berkumpul dirumah abang mama kiter, terletak di kampung Jimah Baru Negeri Sembilan. Tidak semua adik beradik mama kiter dapat balik kampung pada hari itu kerana ada hal yang tidak dapat di elakkan..

Tujuan kami berkumpul adalah hendak mengadakan Tahlil untuk mak dan bapak mama kiter. Untung bila anak ana
k ramai, tak perlu panggil orang lain..rumah dah penuh dah..Cucu pun dah berpuluh puluh orang..Tapi tidak semua balik pada hari ke lima raya tu..kalau balik semua..memang kena sembelih lembu lah jawabnya..

Kebiasaannya memang mama kiter dan ucu lah yang di lantik menjadi chef yang tidak bertauliah..Seronok juga bila memasak..semua hidangan habis di makan..huhuhu..yang tidak seronoknya..kami b
erdua tidak dapat melaram..muka pun toye dan dan letih je..huhuhu...bau pun dah tidak menggembirakan..

Diantara menu pada hari itu ialah nasi tomato, nasi putih, ayam masak merah, paceri nenas, dalcha sayur dan ikan siakap masak lemak cili api..
Sayangnya photo nasi tomato dan masak lemak cili api terlupa nak snap..Hubby mama kiter dah penat jadi photographer..

Kalau nak lihat muka toya mama kiter dan u
cu..jom layan ini photo...


Mama kiter sedang memasak di dapur


Monday, September 28, 2009

ANGKUT ANAK SAUDARA DAN ADIK BERAYA

Raya kelima mama kiter telah mengangkut anak anak mama kiter, anak anak saudara dan juga adik serta ipar mama kiter beraya di rumah sepupu sebelah bapak mama kiter yang menetap di Port Dickson Negeri Sembilan.

Mereka semua memang suka konvoi bersama mama kiter setiap kali hari raya tiba..kerana mama kiter ni suka cari saudara mara juga kawan kawan..Mulut pun agak becok juga..Gelihati juga bila saudara mara ingatkan semua yang ikut mama kiter adalah anak menantu mama kiter..uii aiii ..ramainye lah...

Kak teh kakak mama kiter yang menetap di London mengucapkan berbanyak terima kasih kepada mama kiter kerana mengambil alih tugas kak teh membawa anak anaknya menziarah saudara mara. Ye lah..kesian pula dgn anak anak saudara mama kiter tu..kalau tidak di bawa jumpa saudara mara..nanti bila dah tua tua..takut tak kenal saudara sendiri..termasuklah anak anak mama kiter..

Semasa musim raya inilah kita akan menziarah saudara mara yang jauh dan dekat..yang tua dan muda..kalau tidak di bawa anak anak kita dan tidak di perkenalkan..langgar bahu pun tidak tahu saudara sendiri...

Okay..jom kita zasss photo yang ada...


Ct Hajar anak kak teh..lapar benar katanya...

Mama kiter dan ucu..lapar juga..dah jam 4 petang baru jumpa nasi..

Kak Noi dan suami..anak saudara bapak mama kiter..Kawin campur..


Hamdan anak saudara mak mama kiter..yang berjambang tuu..kapten kapal..malas nak buang jambang katanya..duduk di laut..siapa nak tengok..

TETAMU DIRUMAH MAMA KITER

Hari raya keempat, barulah mama kiter dapat menerima tetamu dirumah sendiri. Maklumlah sebelum itu mama kiter dan ahli keluarga asik beraya dirumah sanak saudara sahaja. Hari raya keempat baru berkesempatan duduk dirumah dan menerima tetamu. Itupun dari jam 12 hingga 6 petang sahaja mama kiter berada dirumah. Jam 6.30 petang, mama kiter bergerak ke kuala Lumpur pula untuk beraya dirumah kakak dan abang mama kiter.

Tetamu mama kiter terdiri dari abangcik dan kak mimieloma sekeluarga, besan dari langat sekeluarga, adik mama kiter siaful se
keluarga dan juga anak anak saudara mama kiter adik beradik. Mereka adalah anak kak teh mama kiter yang telah berhijrah ke London. Kak teh tidak dapat pulang beraya bersama anak anaknya tahun ini, maka itu anak anak kak teh telah mengikut mama kiter beraya kerumah saudara mara.

Menu mama kiter pada hari itu ialah, mee kari, cucur taugeh, kek lapis serawak dan biskut raya. Itu sahaja yang sempat mama kiter hidangkan kepada tetamu. Malangnya hubby lupa nak ambil photo juadah, jadi
tidaklah dapat mama kiter paparkan masakkan mama kiter..

Jom layan photo tetamu mama kiter...



De Eiman yang berdiri bersama adik adik

Bersama besan

Apalah yang mencuit hati besan dan juga encik tunang

Bersama kak mimieloma

Bersama anak anak besan

Kak mimieloma bersama abangcik

Tetamu sedang khusyuk bergosip

Mama kiter bersama anak menantu kak teh


HARI RAYA KEDUA DAN KETIGA MAMA KITER


Hari raya kedua mama kiter dirumah ibu mertua dan kami mengambil keputusan untuk tidak kemana mana pada hari tersebut. Duduk dirumah ibu mertua seharian sambil melayan ibu mertua yang telah uzur. Bila dah tak tau nak buat apa, kami semua tidur dan menonton tv sahaja lah pada hari raya kedua. Nak buat kerja bersungguh sungguh, tiada pula kerja..ye lah dah duduk rumah taman, bukan ada halaman yang nak di kemas, rumah pun tidak berapa luas, jiran tetangga semua pulang ke kampung, maka sunyilah suasana di rumah mertua mama kiter. Nak buat macam mana?

Keesokkan harinya, raya ketiga baru mama kiter mula bergerak kembali ke Bangi. Sebelum itu, sempat jugalah singgah dirumah adik lelaki hubby mama kiter untuk beraya. Sambil beraya sambil skodeng blog mama kiter dirumah ipar. Mereka semua hendak lihat dan baca apa yang mama kiter catat dalam blog...Ishh..ishh..ishh..sempat promote lagi tuuu...

Selepas beraya dirumah adik ipar, mama kiter pulang ke Bangi untuk berehat seketika. Sempatlah hubby dan anak anak melelapkan mata sehingga jam 6.30 petang, mama kiter kembali beraya di Beranang, rumah sepupu mama kiter. Nak tau siapa yang mama kiter jumpa di rumah sepupu mama kiter tu..jom layan photo yang sempat di snap oleh hubby..


Ibu mertua mama kiter yang uzur

Biras dan ank saudara skodeng blog mama kiter

Hubby bersama adik lelakinya

Kak imah sepupu mama kiter

Sedang bergosip sambil makan

Jumpa mimieloma dirumah kak imah

Kucing peliharaan kak imah

Sunday, September 27, 2009

HUBBY MAMA KITER JADI PHOTOGRAPHER

mama kiter dirumah mimieloma

Abang mama kiter, Bangcik suami mimieloma dan keluarga

Adik mama kiter, Saiful dan keluarga dirumah mimieloma

Ucu adik mama kiter dan keluarga

Anak saudara mama kiter, Fitri dan isteri

Fitri dan keluarga

Ustaz Salehudin, adik mama kiter

Beraya di rumah sepupu mama kiter

Juita, anak saudara mama kiter bersama anaknya

chacha anak saudara mama kiter bersama anak saudaranya

Abang anak mama kiter bersama isteri

icha berbaju merah..cicit saudara mama kiter


PAGI RAYA PERTAMA MAMA KITER

Alhamdulillah..setelah genap sebulan semua umat Islam berpuasa, maka tibalah masanya semua umat Islam menyambut Hari Lebaran. Kebiasaannya, kanak kanak lah yang amat gembira menyambut Hari Raya kerana hari itulah mereka semua dapat pakai baju baru..dapat duit raya dan dapat berjalan kerumah saudara mara dan teman teman.

Bagi kita yang dah senja ini, hanya tumpang seronok melihat telatah anak anak cucu keriangan di hari lebaran. Bunyi mer
cun dan meriam memecah keheningan malam, keindahan cahaya bunga api menjadi tatapan anak anak cucu. Riang ria anak anak cucu berlari kesana sini jadi tontonan kita orang tua..riuh rendah di dapur ketika memasak hidangan untuk juadah di hari raya..seronoknya sekiranya masih punya kedua ibubapa...

Mama kiter pula pada hari terakhir ramadhan masih bergelut dengan mesen jahit dan dapur..nak siapkan baju kedua dua anak gadis dan juga nak memasak rendang daging, nasi impit, kuah kacang, pulut kuning sajian wajib bagi anak anak dan hubby..Alhamdulillah..akhirnya siap juga baju anak gadis dan juga sajian wajib mama kiter..

Mama kiter terlupa pula nak ambil photo sajian hari raya cuma yang ada photo bergaya di pagi raya..jom layan photo pagi raya di rumah anak saudara mama kiter selepas solat raya..