Monday, June 20, 2011

BERSEMBANG DENGAN NYONYA

Malam semalam mama kiter ikut hubby dan anak anak ke swimming pool di prisint 6 Putrajaya..Si abang anak mama kiter tak larat nak buat exercise yang lain lain kecuali berenang..ikut lah tengok tengok aktiviti renang anak dan hubby..

Dalam dok melihat tu..sempat jugalah mama kiter bersembang dengan seorang nyonya juga menemani anak dan cucunya berenang...biasalah kita orang yang dah senja senja ni, kalau bersembang tentulah berkisar pasal anak, cucu dan kesihatan...Nyonya tu cerita yang keluarganya ramai yang kena gout..dah cuba makan ubat doctor dan juga alternatif..tidak menampakkan kesan yang bagus..akhirnya doctor nasihatkan mereka cuba berenang..Mengikut kata Nyonya tu..nampak banyak perubahan..daripada kaki tidak boleh memijak..sudah boleh memijak..daripada kaki tidak boleh di bengkokkan, sudah boleh dibengkokkan..berjalan pun sudah tidak sakit lagi..mereka sanggup datang dari Banting untuk berenang..

Habis cerita pasal kesihatan..nyonya bercerita pasal kewangan..kata nyonya tu..orang cina suka kumpul duit..lepas tu pergi jalan jalan..happy happy..orang cina tidak ramai yang suka buat rumah besar besar..nak lawan dengan jiran dan sedara mara..Orang cina kalau buat rumah besar pun..dalam rumah simple sahaja..Buat semak macam macam perhiasan..cukuplah ada rumah, boleh duduk, boleh berkumpul anak beranak..Orang cina habiskan hutang rumah dengan bank dulu baru pikir nak tambah rumah..Dalam hati mama kiter mengiyakan apa yang nyonya itu katakan..

Lepas tu nyonya tu cerita lagi..dia berjiran dengan orang melayu dan baik dengan orang melayu disekitarnya..Nyonya tu kata..saya kesian dengan orang melayu..suka buat rumah besar besar..hutang belum habis..sudah ubahsuai rumah..Orang perempuan melayu cukup suka beli pinggan mangkuk cantik cantik..mahal mahal..letak dalam almari perhiasan..tidak buat guna harian..Bila ditanya mengapa tidak diguna pinggan mangkuk mahal mahal tu..orang melayu cakap tunggulah masa kenduri anak kawin..nyonya tu kata..dia pelik dengan pemikiran orang perempuan melayu..suka ..habiskan duit membeli tetapi tidak mahu manfaatkan..Akhirnya bila mati, orang lain pula yang guna segala kemewahan yang dikumpul.

Kisah Nyonya dengan kawan melayunya..suka kumpul pinggan mangkuk cantik cantik dan mahal mahal..tetapi tidak mahu digunakan..Hendak tunggu kenduri kawinkan anak barulah boleh dikeluarkan pinggan mangkuk mahal dari almari dan digunakan untuk hidangan pengantin..Tidak sempat hendak kahwinkan anak..kawan nyonya telahpun kembali kepada Allah..tidak lama kemudian..suami kawin lain dengan orang perempuan asli kata nyonya itu..habis pinggan mangkuk cantik dan mahal diguna oleh isteri baru..yang pecah pun banyak..Nyonya tu cakap pada mama kiter.."bodo saya punya kawan..kita selalu cakap suluh dia guna semua balang dia beli..suluh dia pigi jalan jalan..summa dia tak mao..dia cakap mao kumpul..mau kumpul..tengok...dia mati..olang lain suka suka pakai dia punya halte...! U jangan itu macam tauuu...!"

Wahhhh... Mama kiter kena debik sama itu nyonya!!!! But I like it....Ada pengajaran disitu..