Friday, October 30, 2009

KERINDUAN YANG TIDAK TERTANGGUNG

Syahdu menerjah pintu hati mama kiter apabila berziarah kelaman Kakpah malam tadi. Puas menahan sebak, akhirnya menitis jua air mata mama kiter apabila membaca cerita kakpah akan berangkat ke tanah suci pada 4/11/09 ini. Sesungguhnya mama kiter terlalu ingin menunaikan ibadah haji didalam waktu terdekat, tetapi Allah lebih mengetahui bila mama kiter akan dijemput menjadi tetamunya.

Sekembalinya mama kiter dari menunaikan Umrah pada tahun 2007, mama kiter telah membuat rayuan di tabung haji untuk menunaikan haji pula pada tahun 2008. Mungkin belum ada rezeki mama kiter lagi...masih belum berpeluang untuk menunaikan rukun islam yang ke5.

Setiap kali mendengar, melihat orang pergi haji, mama kiter terasa amat sebak..rindunya untuk kesana lagi, hanya Allah yang tahu. Tanyalah dengan sesiapa yang telah pernah sampai kesana, semuanya akan berkata benda yang sama, rindu dan rasa mahu kesana lagi. Semuga Allah menjemput juga mama kiter dan juga ahli keluarga ke Tanah Sucinya untuk melakukan ibadah haji serta umrah, Insyallah...

Buat Kakpah, mama kiter panjatkan doa kehadrat Allah, semuga Kakpah dan suami mendapat haji yang mabrur. Selamat pergi dan juga selamat kembali..


Masjidil Haram di Mekah

Masjid Nabawi di Madinah.

Kaabah, kiblat seluruh umat Islam.

Mama kiter dan hubby.

Hubby bersama Pk chu, ipar mama kiter.

Bersama hubby di ladang unta.

Ucu sentiasa ikut kemana mama kiter pergi.

Tuesday, October 27, 2009

KEZALIMAN MAJIKAN

Sekali lagi Malaysia dikejutkan dengan satu kezaliman penderaan sehingga membawa maut. Seronok dan gembirakah hati manusia yang mendera ini melhat kesakitan dan kesengsaraan yang dilalui oleh magsa deraannya.. Puas kah hati pendera ini apabila mangsanya menemui ajal..Tidak adakah walau sekelumit perasaan kasihan pendera ini apabila melihat mangsanya sudah hilang separuh nyawa untuk berjuang demi kehidupannya..

Walaupun sekiranya pembantu rumah yang diharap dan dibayar untuk melunaskan pekerjaan rumahtangga tidak dapat memenuhi kehendak dan citarasa majikan, tiada undang undang mana pun didalam dunia membenarkan majikan mendera, menghukum pembantu rumah. Inikan pula sehingga membawa maut..Kasihan mereka yang sanggup berpisah dengan keluarga tercinta, demi mencari rezeki sebagai kesinambungan kehidupan keluarga yang ditinggalkan. Tetapi rezeki yang dicari, maut pula menjadi galang ganti..

Begitulah berakhirnya kehidupan seorang pembantu rumah bernama Mantik Hani apabila maut memanggilnya akibat dari penderaan yang tidak berperikemanusiaan majikannye. Apakah dosa wanita ini? Sekiranya ada kesilapan yang dilakukan sekalipun oleh Mantik Hani, mengapa perlu diambil langkah penderaan sebagai hukuman. Tiada akal kah majikan yang sedemikan..Sombong kah majikan ini apabla kekayaan menguasai diri..Hanya ALLAH yang mengetahui.

Diharapkan undang undang akan berlaku adil didalam menghakimi perbuatan zalim penderaan ini.Walaupun Mantik Hani bukan warganegara malaysia, bukan orang melayu..tetapi keadilan perlu diberi kepadanya. Kerana Mantik Hani juga makhluk ALLAH, lebih lebih lagi beliau adalah manusia..Semuga kita semua mengambil iktibar dan belajar membaiki hati sesama insan..


Mantik Hani mangsa penderaan majikan yang telah meninggal dunia.

Friday, October 23, 2009

SAKIT KEPALA DAN BERBEKAM

Beberapa minggu selepas menyambut syawal, mama kiter telah mengalami pening kepala dan muntah muntah..Mungkin kerana sebulan berpuasa, perut dan tubuh berehat dari memperoses makanan yang masuk berkali kali dalam sehari, tiba tiba bulan syawal perut dan tubuh dikejutkan dengan tugasan overtime..selagi ada jamuan rumah terbuka, selagi ada tetamu datang dan selagi kita berkunjung kerumah sanak saudara dan kenalan, selagi itulah perut dan tubuh dipakse menerima dan bertugas.

Bila perut dan tubuh sudah tidak tahan dengan overtimenya, maka isyarat telah disampaikan keotak supaya memberitahu tuan tubuh bahawa meraka tidak mampu lagi menanggung bebanan tugas..Tubuh mula memberi isyarat seperti sakit badan, sakit perut,sakit tekak, sakit kepala, tekanan darah tinggi, gula dalam darah meningkat dan bermacam macam lagi penyakit yang sampai.

Tidak terkecuali mama kiter telah diberi isyarat seperti berat badan bertambah dan sakit kepala..Bila tidak tahan dengan kesakitan di kepala, mama kiter mengambil langkah untuk berbekam. Amalan berbekam ini adalah sunnah Rasulullah dan amat baik diamalkan. Selain mendapat pahala, kita juga dapat menjaga kesihatan, Insyallah..Alhamdulillah selepas mama kiter berbekam dikepala dan tengkuk, Masyallah..hilang sakit kepala yang di hidapi. Kepada rakan rakan yang belum mencuba kaedah rawatan berbekam ini, cuba lah dan rasailah kebaikkannye..Niatkan untuk menjunjung Sunnah Rasulullah, Insyallah ada keberkatan disitu..


Bekorban botakkan sedikit dikepala

WAJAH MANUSIA BERHATI IBLIS

Apalah yang dipandang oleh si ibu yang sanggup kehilangan anak perempuannya kepada lelaki durjana ini. Bukan hendak menghina kejadian ALLAH, tetapi kalau lah akal yang waras, rasa rasa mama kiter, orang lain pun berfikir sama sperti mama kiter fikirkan. Tiada lah rasanya mama kiter tertarik dengan wajah lelaki durjana ini..

Pelik betul mama kiter dengan keinginan
dan perasaan c ibu ini..Apa sebenarnya yang bermain di fikirannya sehingga lelaki yang sedemikian menjadi dambaan..Ishh geram betul rasanya..Mama kiter telah membaca paper tentang luahan hati datok kepada cucu ini...."DIA BUKAN ANAK SAYA LAGI" Marahnya bapa wanita ini kerana sanggup melakukan perbuatan kejam kepada anaknya sendiri dan cucu kepada datok dan nenek yang amat menyayangi anak kecil tersebut..

Cuba lihat wajah kekasih hati si ibu yang tiada hati perut dan kejam ini..Dimanakah menariknya..dimanakah ketampanannye..yang membuatkan seorang wanita yang bergelar ibu sanggup mempertahankan teman maksiatnya melakukan kekejaman terhadap darah daging sendiri.. Jom lihat..


Wajah manusia berhati iblis

Wednesday, October 21, 2009

KEZALIMAN SEORANG IBU


Kejamnya hati seorang ibu yang diamanhakan oleh ALLAH dimukabumi ini supaya melindungi zuriat yang lahir dari rahimnya sendiri. Tiada imankan ibu yang punya hati seperti ini? Terlalu sakit hati mama kiter bila membaca harian metro harini mengisahkan kekejamam seorang ibu melindungi temam lelakinya yang telah mendera, meliwat dan merogol anak perempaun kecilnya yang berusia 3 tahun sehingga membawa maut.

Ibu jenis apakah wanita ini? Binatang, syaitan ataupun jin...Sampainya hati wanita yang tidak punya maruah ini melhat anaknya mati dari kehilangan kekasih yang juga bukan warganegara malaysia. Sudahlah bersekedudukkan..buat maksiat dan menambah lagi satu penipuan mereka cerita bahawa pembantu rumahnya yang melakukan perbuatan kejam terhadap anaknya. Sedangkan dia tidak pernah punya pembantu rumah.

Sememangya manusia akhir zaman ini sudah tidak punya iman dan sudah tidak ada perasaan takut kepada azab ALLAH. Nauzubillah..Apakah yang layak di katogorikan ibu in? Tidak sakitkah dia melahirkan zuriatnya? Tidak cintakah dia kepada zuriatnya? Ya ALLAH..sakitnya hati hambamu ini bila memikrkan kekejaman seorang ibu terhadap anaknya, kerana hamba juga seorang ibu. Sakit melahirkan masih terasa, sayang dan cinta kepada anak tiada batasan..kerana anak adalah anugerah dari MU yang sangat sangat berharga..


Ya ALLAH, hambamu memohon kepadamu, dengan limpahan Rahmatmu..Kau anugerahkanlah kepada hambamu yang hina, jahil, dhoif lagi banyak dosa ini dengan sedikit keimanan dan ketaqwaan serta kesabaran didlam mendidik zuriat yang hamba kasihi..Amin ya ALLAH..

Jom lihat wajah anak yang tidak berdosa ini, mangsa kekejamam ibu sendiri..Semoga ALLAH mencucuri rahmatnya keatas roh anak ini..Aminn..



Thursday, October 15, 2009

TIDAK SANGKA, SATU KEJUTAN.

Kringg..kringg..kringg!!! talipun ku berbunyi..pantas ku angkat dan terdengar dihujung talian suara yang lunak, tidaklah ku kenali dan juga tidak pernah ku dengar suara ini..Dalam bualan, suara itu bertanya."ini rumah kak anita ke?" Berdebar juga mama kiter dibuatnya..tetapi mama kiter tetaplah melayan panggilan tersebut..

Sekali lagi suara bertanya.."boleh saya bercakap dengan kak Anita?" Mama kiter berkata.."ye saya bercakap". Suara terus memperkenalkan dirinya.."saya syarifah, selamat hari raya kak Anita.." Mama kiter jawab.."selamat hari raya juga..tapi minta maaf, saya tidak perasan lah..siapa ni?" Suara berkata lagi.."saya norr..kawan kak mimie.." Huhuhuhu..mama kiter mohon maaf lagi sekali..tidak perasan lagi..Akhirnya suara berkata.."ini mama kiter kannn!!!" huhuhu..terus mama kiter meneka.."noorhadza ke ni?" hahaha...barulah betulll..

Rupa rupanya rakan blog mama kiter..Seiring Jalan yang buat panggilan..Terharu dan gembira bila ada rakan blog menghubungi..Noorhadza jemput mama kiter dinner dirumahnya bersama sama kak mimieloma..tetapi mama kiter tidak dapat penuhi undangan Noor di sebabkan mama kiter telah ada program lain pada malam itu.. Apa apa pun mama kiter mengucapkan jutaan terima kasih kepada noor kerana sudi mengundang mama kiter..Masih menjadi rahsia, bagaimana kah rupa kita yang sebenarnya..


Tinn..tinnn..tinn!!! bunyi hon motor posmen diluar rumah, mama kiter biarkan sahaja kerana bayak benda yang hendak di buat didalam rumah. Tidak lama selepas itu, jiran yang hantar baby kepada mama kiter datang kerumah dan membawa sepucuk surat. Mama kiter terkejut bila melihat nama Mama kiter yang tertera di sampul surat tersebut..Pelik..siapakah gerangan yang menghantar surat kepada mama kiter..Bukan Anita..dalam hati berkata..rakan blog kah yang menghantar..ataupun jiran jiran yang tahu blog mama kiter sekadar mengusik..

Tanpa berlengah..mama kiter terus membuka sampul surat tersebut dan meneliti kad undangan majlis perkahwinan yang akan berlangsung tanggal 31/10/09. Anak siapa ye? Orang Bangi..siapa ye? Bila di teliti, tiada nama yang mama kiter kenali..huhuhuhu..akhirnya..dihujung nama ibu kepada pengantin tertulis "Kakpah". Mama kiter merasa sangat terharu kerana walaupun belum pernah bersua muka dengan sahabat dilaman blog..tetapi telah mendapat undangan..semoga persahabatan kita semua dilaman blog ini berpanjangan dan insyallah satu hari nanti kita kan bersua..

Insyallah..mama kiter akan cuba penuhi undagan kakpah dan ingin sekali bertemu dengan kakpah..SMS sudah..wajah sahaja yang belum dilihat..Kakpah jemput kak mimieloma dan juga ucu datang kemajlis perkahwinan anak perempuan kakpah di Bangi.. Terima kasih kakpah..


Panggilan dari Noorhadza.

Tertera nama mama kiter di sampul surat.

Kad undangan dari kakpah.

Wednesday, October 14, 2009

DCTOR KATA MAMA KITER KURUSSSS!!!!!

Sejak 3 tahun lalu mama kiter perasan di leher mama kiter ada sebiji benjolan yang tidak lah berapa besar. Tidak pula rasa sakit dan sebagainya, senang cerita tidaklah memberi masaalah kepada mama kiter.

Benjolan itupun sekiranya tidak diperhatikan betul betul, memang tidak kelihatan. Sekiranya orang yang betul betul beri perhatian bila mama kiter menelan hatta airliur sekali pun, akan nampaklah benjolan itu..Jika tidak diperhatikan..maka memang tiada apa apalah yang nampak..

Biasalah..kita orang perempuan, jika mengadap cermin, adalah benda yang kecil2 pun tetap nak diperhatikan, begitu jugalah dengan mama kiter. Apabila berdandan, intai intai jugalah dileher, ishh nampak pula benjolan macam besar pula..huhuhu..hati dah mula risau..jadi mama kiter pun mulalah berjumpa dengan dctor untuk cari punca masaalah benjolan tersebut.

Dari analisa darah yang dibuat oleh dctor, dan sudah berkali kali dibuat..tiada masaalah tairoid..dan dctor pun ada bertanya, adakah mama kiter merasa tidak selesa..Alhamdulillah..setakat harini tidaklah benjolan tersebut mendatngkan masaalah..cuma mama kiter risau benda lain yang muncul..Harap harap tidak lah..Arwah mak dan nenek mama kiter juga ada mengalami masaalah benjolan ini, Alhamdullillah..tiadalah penyakit berbahaya, cuma dctor kata, lendir yang terbentuk..

Untuk kepastian..kes mama kiter telah dirujuk diklinik pakar hospital serdang untuk rawatan lanjut. Buat sementara ini. masih belun dapat jawapan, jenis apakah benjolan tersebut. Yang nak gelaknya semasa mama kiter bertemu dctor, mereka pun mengambil timbangan berat badan mama kiter..huhuhu masih dalam kategori kurus katanya..owhh tidakkkkkkk..berat mama kiter telah bertambah sebanyak 8kg...itupun masih kelihatan kurus kate dctor..huhuu..tak sanggup nak tambah berat badan lg..

Dari 45kg, sekarang sudah menjangkau 53.3kg..huhuhu..mama kiter terkejutttt..nak kena jogging niii...semua orang kata mama kiter kurus dan kecil..tapi tuan punya tubuh yang tahuuuu...dah mengah sangat sangat dah nii...8kg bertambah..dasyatttttttttt..........

Huhuhu..yang betul betul perasan mama kiter gemuk adalah kakak anak mama kiter..huhuhu..kakak kateee.."mama dah gemuk, muka mama nampak macam 4 segi pulak.."huhuhu..bayangkan kalau mama kiter dengar cakap dctor, tambahkan berat badan..mau rupa bluehippo agaknya kann!!!! Owhhh..tak relaaaaa..





KUIH POPIAH RESEPI ARWAH MAK

Sudah agak lama mama kiter tidak menulis dilaman blog..ekoran dari kesibukkan dibulan Ramadhan dan juga Syawal, maka mama kiter pendam pendamkan dahulu cerita. Ditambahkan pula dengan kelembabpan internet ini juga salah satu penyumbang kearah kemalasan mama kiter untuk berblog.

Untuk upload gambar sahaja mengambil masa yang agak membosankan..dipendekkan cerita, mama kiter pun beralih arah kepada melayan facebook bersama sanak saudara. Tetapi rindu tetap ada bersama sahabat alam maya mama kiter dilaman blog..

Ok lah..disini mama kiter ingin becerita pasal kuih popiah dan juga kuih kabab resepi puluhan tahun dari arwah mak mama kiter. Asalnya mak mama kiter mempelajari cara cara membuat kulit popiah dan juga inti serta sos popiah ini dengan orang cina. Berpuluh puluh tahun mak mama kiter menjual kuih popiah ini dan menjadi kegemaran dan rebutan peminat kuih popiah. Setiap kali berniaga di pasar malam, gerai mak mama kiter telah menjadi tumpuan dah cepat habis.

Jika dibulan ramadhan, kebiasaannya mak mama kiter akan berjual selepas waktu asar dan sebelum berbuka, jualan sudah pun habis. Sekarang ini yang mewarisi perniagaan kuih popiah ini diambil alih oleh kakak ipar mama kiter. Sudah menjadi makanan wajib bagi kami adik beradik, sekiranya pulang berkumpul dikampung, kami akan dihidangkan dengan kuih popiah dan kuih kabab.

Mama kiter boleh juga membuat kulit, inti serta sos kuih popiah ini, tetapi disebabkan jarang jarang membuatnya, kulit agak ebal sedikit. Kakak ipar mama kiter pun dah ambil aleh tugas membaut popiah ini lebih kurang 20 tahun. Sudah tentulah terorr dari kami yang jarang jarang membuat...

Semua adik beradik,serta sanak saudara mama kiter menggemari kuih popiah resepi arwah mak. Disini mama kiter ada sertakan photo bagaimana c ucu adik mama kiter menghayati keenakkan kuih popiah ini..jom kita sama sama layan...


Salina, kakak ipar mama kiter yang teror buat kulit popiah

Inilah rupa kulit popiah yang telah siap

Kuih kabab

Kuih popiah yang telah siap digulung, Yummy!!!

Ucu tidak boleh tahan selera, tidak peduli orang lain dah...

Ucu yang tidak peduli apa orang kata padanya, janji ucu dapat makan..

Ucu yang dah kenyang, tetapi dia tetap paksa makan popiah dan kabab..

Monday, October 12, 2009

ANAK SAUDARA KU BERTUNANG PULA



Tanggal 10.10.09 tempah hari seorang lagi anak saudara mama kiter mengikat tali pertunangan bersama jejaka pilihan hati. Bila anak anak semua dah besar besar belaka, ibu bapa mula lah menjalani proses terima menantu. Mula menambah ahli baru dalam keluarga. Seronok sebenarnya bila lihat anak anak mendirikan rumahtangga...Hanya doa dipohon semuga ALLAH memberi rahmat dan keberkatan kepada rumahtangga yang anak anak bina..
Jom layan photo yang ada semasa anak saudara mama kiter bertunang....


Menanti penuh debaran

Senyuman gembira orang bertunang

Kak Lang dan Busu Atim bersama anak tersayang


Mama kiter n ucu tidak ketinggalan

Monday, October 5, 2009

DIRUMAH BAPA SAUDARA

Selepas beraya dirumah abang Lan dan siap solat magrib, mama kiter bertolak pula kerumah bapa saudara mama kiter di seksyen 18 Shah Alam. Hanya beliau sahaja orang yang paling tua didalam keluarga sebelah bapak mama kiter yang masih ada buat kami semua.

Beliau adalah sepupu kepada bapak mama kiter. Namanya ialah Sheikh Hamzah, bapa kepada Ning Baizura. Pertalian Pak Sheikh dengan bapak mama kiter ialah, bapa kepada Pak Sheikh Hamzah adalah adik kepada nenek mama kiter. Nenek mama kiter adalah ibu kepada bapak mama kiter. Wajah Pak Sheikh pula ada iras iras bapak mama kiter. Terubat rindu kepada arwah bapak bila melihat wajah Pak Sheikh.

Pak Sheikh seorang yang sangat peramah, baik dan kelakar. Tidak jemu bila bersembang dengannya. Ada sahaja cerita yang hendak dikongsi. Yang menariknya bila kita bersembang dengan orang orang yang lebih tua dari kita..kita akan dapat tahu salasilah keturunan yang dulu dulu dimana orang orang muda terlepas pandang. Rugi rasanya bila kita tidak mengetahui asal usul salasilah keturunan kita. Mama kiter beri saranan kepada semua, sekiranya masih ada orang yang lebih tua, masih mengingati asal usul, ambillah tahu...mana tahu satu hari nanti kita terjumpa dengan saudara mara yang kita tidak pernah jumpa.. Seronok bila dapat tahu kita ramai saudara mara...

Jom kita layan photo yang di paparkan buat tem
an teman blog mama kiter..



Pak Sheikh Hamzah

Mama kiter dan Hubby bersama Pak Sheikh


Ruzambira adik kepada Ning Baizura, berlainan ibu


Bersama Mak Ngah, isteri Pak Sheikh


Bergambar beramai ramai bersama Pak Sheikh

Saturday, October 3, 2009

DIRUMAH ABANG LAN

Hari raya keenam mama kiter setelah beraya dirumah cucu saudara, terus pula kerumah abang mama kiter di seksyen 8 Shah Alam. Yang kelakarnya masing masing semua sibuk berkata...jom bergambar bersama mama kiter dan jangan lupa publishkan gambar mereka di blog mama kiter. Jadi untuk tidak menghampakan permintaan mereka..maka mama kiter publishkan lah gambar abang Lan dan keluarganya didalam blog mama kiter.

Satu lagi yang mama kiter nak berkongsi photo adalah sayur kacang bendi berwarna merah. Seumur hidup mama kiter tidaklah perna
h melihat sayur kacang bendi berwarna merah ini. Mengikut kata kakak ipar mama kita..apabila di masak, sayur kacang bendi ini akan bertukar warna kepada hijau..Munkin orang lain pernah lihat sayur bendi bewarna merah ini..mama kiter sahaja yang ketinggalan dan kehairanan..

Mereka ini orang bandar yang rajin berkebun..mengikut cerita mereka, dibelakang rumah ada tanaman yang mereka usahakan..diantaranya adalah buah rosell, sayur terung dan sayur kacang bendi merah..sayangnya mama kiter tidak berkesempatan skodeng kebun belakang rumah mereka kerana mama kiter sampai dirumah mereka dah hampir malam..sibuk becerita..tidak sempat nak merayau dikebun orang bandar..tidak mengapa..lain masa....mama kiter akan cuba cuba skodeng kebun orang bandar..

Jom layan photo yang ada..


Abang Lan bersama keluraganya..All black..macam orang silat pula..


Ada cerita lucu diantara kami

Mama kiter dan Kak Yatie isteri Abang Lan

Bergambar beramai ramai dirumah abang Lan

Abang lan bersama dua anak gadisnya

Thursday, October 1, 2009

BERAYA DIRUMAH CUCU SAUDARA

Hari raya keenam mama kiter pula berjalan kerumah Nor Sofea cucu saudara yang terletak di Kota Kemuning Shah Alam. Di sana mama kiter telah berjanji bertemu Ucu dan akan beraya ke rumah abang mama kiter di seksyen 8 dan seterusnya kerumah bapa saudara sepupu mama kiter di seksyen 18. Di rumah Nor Sofea..mama kiter dijamu dengan kuewteow dan meehun tomyam.

Tidak sangka pula mama kiter akan bertemu dengan anak saudara mama kiter merangkap ibu saudara cucu mama kiter di rumah Nor Sofea. Masura nama gelarannya..siap bawa nasi ayam kerumah Nor Sofea..tetapi mama kiter tak makan pun..perut mama kiter sememangnya kecil..maka sudah penuh.. Bila dah jumpa tu..kami pun berpakat pergi beraya bersama. Seronok bila kita beraya beramai ramai..Riuh rendah jadinya..

Mai layan photo dirumah Nor Sofea dulu..permintaan dia lah ni..bila hubby snap photo..Nor Sofea terus cakap..ok mama..nanti update blog, jgn lupa publishkan photo dirumah nur yee.. Haa.Nor..mama dah publish dah ni..mai lah skodeng jap..


Nur Sofea, tuan rumah yang bersungguh sungguh menjamu selera..


Masura, mak ngah tuan rumah juga bersungguh sungguh menjamu selera..

Icha anak sulung Nur Sofea..mulut terlebih bijak..tak terdaya orang di buatnya..


Baby Raihana anak kedua Nur Sofea