Wednesday, June 23, 2010

DIDALAM KEGHAIRAHAN, KITA TERLUPA.

Terkadang kita lupa bila kita terlalu ghairah untuk menjadi yang terbaik diantara yang terbaik...kita lupa bila kita terlalu ghairah untuk menjadi contoh atau idola kepada sesiapa..lupa bila kita terlalu ghairah untuk mengajar atau mendidik...dan terkadang kita menjadi lupa bila kita terlalu ghairah untuk menjadikan didikkan ibubapa kita sebagai ikutan..kita menjadi perasan dengan diri sendiri..kita jadi taksub dengan diri sendiri..kita jadi bangga dengan diri sendiri..bila ini terjadi..kita tidak ada rasa untuk menghormati perasaan orang lain..kita tidak ada rasa untuk mendengar pandangan orang lain..malah kita berbangga bangga dengan kehebatan kita dapat menjatuhkan maruah orang lain.

Nasihat itu perlu..mendidik itu wajib..jadi contoh yang baik itu ikutan..nasihat itu berlembut, berhikmah dan dengan penuh kasih sayang..mendidik itu wajib..sebab ia akan dipersoalkan oleh Allah nanti..kerana ia dipertanggungjawabkan keatas kita..jadi contoh adalah ikutan..biar selari dengan apa yang diperkatakan dengan perbuatan..barulah ia dikatekan contoh yang baik..kiranya contoh tidak selari diantara bicara dan perbuatan..dikatekan "CAKAP TAK SERUPA BIKIN". Bila ini terjadi..Amat merugikan..

Mendidik ahli keluarga..terutama anak anak..ibubapa dipertanggungjawabkan mengajar fardhu Ain, Ilmu dunia dan juga akhlak dan adab..kiranya ibubapa telah berusaha sedaya upaya yang termampu..tiada kejayaan disitu, maknanya Ujian Allah mempamerkan anak itu tidak mahu menerima atau mengikut lunas lunas yang digariskan..adakah kesalahan itu terletak dibahu ibubapa? Sedangkan Allah telah berkata bahawa hidayah itu milik DIA..DIA berhak hendak beri kepada sesiapa pun..bukan kita manusia yang boleh beri hidayah dan Iman..Sebagai ibubapa..kita hanya mampu beri nasihat dan berdoa bersungguh sungguh keHadrat Allah agar dikurniakan Taufik dan hidayahnya kepada anak anak setelah kita cuba mendidik sebaik mungkin. Yang harus dilakukan ialah beri contoh terbaik agar tidak dikatekan CAKAP TAK SERUPA BIKIN.

Menasihat saudara mara juga orang luar..perlu ada caranya..nasihat cara tertutup..itu lebih mulia..tidak menjatuhkan maruah itu lebih mulia..tidak bercakap kasar..itu lebih mulia.Walaupun tak berjaya menasihati cara begini..sekurang kurangnya kita dihormati kerana kita menghormati orang lain. Janganlah kita mendabik dada..bahawa memang kita begini..orang suka atau tidak..kita tidak heran..Kita pakse orang terima hakikat yang kita orangnya begini begitu. Padahal kita boleh belajar dan cuba berubah..Semua manusia tidak sempurna..semua manusia buat kesalahan..tetapi kita diberi akal untuk belajar berfikir dan belajar berubah..dari tak baik kepada baik.. Daripada kurang matang kepada matang..kadangkala kita rasa kita cukup dewasa dan cukup matang diantara yang muda..itu hanya perasaan kita..hakikatnya kematangan kita lebih rendah dari yang muda..Kita jangan berkecil hati dan melatah bila kalangan muda mengata kita kurang dan tidak matang dibandingkan dengan mereka..kita kena buang perasaan EGO yang kita DEWASA. Dalam sejarah Islam..remaja juga menegur orang dewasa malah diterima teguran dan menangis dengan Hidayah Allah..


Bagi kalangan muda pula..janganlah sampai biadap bila menyuarakan pandangan..biar berhemah..agar dinilai sebagai orang yang beradab dan berakhlak..Jangan ikut nafsu berbicara..sebelum berbicara..fikir dalam dalam..adakah kami orang yang berakhlak..kasihan ibubapa kami yang mendidik sebaik mungkin kiranya kami biadap..maka ibubapa kami akan dipersalahkan..padahal ibubapa sudah beri yang terbaik didikannya buat kami..mengapa kami harus memalukan mereka..Cuba sayangi dan kasihani ibubapa kamu wahai anak muda..

Didalam masaalah ini..sama samalah kita cari dan nilai diri kita dahulu..pandang pada diri..adakah aku sudah cukup bagus untuk menjadi contoh terbaik didalam rumahtanggaku..itu dahulu yang perlu kita renungkan..baru kearah menjadi contoh terbaik diantara yang terbaik..adakah benar akhlak aku sama dengan apa yang aku perkatakan..adakah aku termasuk didalam golongan ORANG YANG CAKAP TAK SERUPA BIKIN..Didalam keghairahan untuk menjadi yang terbaik..KITA SELALU TERLUPA...

Ingatan pada diri, anak anak dan menantu menantuku..Semuga kita semua mendapat TAUFIK DAN HIDAYAH ALLAH...AMINNNN..