Wednesday, November 18, 2009

SPM BERMULA BUAT ANAK MAMA

Hari ini anak mama kiter..Baby mendudukki peperiksaan SPM..Seperti biasa, kebanyakkan ibubapa pun sama tumpang bedebar. Sebagai ibubapa, tentulah kita mendoakan yang terbaik untuk anak anak kita. Begitulah juga dengan mama kiter dan hubby..

Terasa syahdu awal pagi selepas solat subuh, anak mama kiter mohon restu dan keampunan dari mama kiter dan papanya..Sebelum bertolak pergi kerja, papa peluk baby, beri semangat, pesan suruh baby bertenang, selawat, istigfar dan berdoa kepada ALLAH semuga dipermudahkan segala urusan..

Mama kiter sebelum menghantar baby pergi sekolah, peluk, cium dan doakan baby semuga semuanya di permudahkan..hmmm..emosional pula pagi pagi tadi..syahdu sangat sangat..menitis jugalah aimata mama kiter semasa memberi kata kata semangat dan pesanan buat baby..Sebagai ibu..tentunya mama kiter mendoakan yang terbaik buat semua anak anak...Insyallah..mudah mudahan baby mendapat kejayaan degan izin dan rahmat ALLAH hendaknya...AMIN....

Wednesday, November 11, 2009

DIZAMAN MODERN, MANUSIA SEMAKIN ZALIM

Manusia mutahkhir kini semakin kejam..mengapa terjadi begini? Adakah ini salah satu tanda tanda akhir zaman yang di Sabdakan oleh junjungan besar kita Rasulullah S.A.W didalam kebanyakkan hadis hadis baginda.

Ngeri bila memikir dan melihat akan kepincangan manusia dizaman yang dikatakan modern dan canggih ini. Adakah kerana kurang ilmu, kurang iman ataupun kerana tuntutan nafsu telah menguasai diri dan jiwa setiap manusia zaman modern ini, sehingga buta untuk melihat yang mana baik dan buruk sesuatu tindakkan yang perlu diambil.

Terkejut bila melihat seorang warga emas yang sepatutnya hidup bahagia disamping isteri tercinta sementara menghabiskan sisa hidup sebelum dijemput pulang bertemu Ilahi, telah hilang pertimbangan, sanggup menikam hingga maut isterinya yang juga merupakan seorang warga emas. Sepatutnya warga emas menjadi tauladan kepada golongan muda bagaimana membina rumahtangga yang bahagia dah dirahmati Allah..Tetapi kini sudah menjadi sebaliknya.

Semakin modern, semakin canggih kehidupan didunia yang sementara ini..semakin jauh ketinggalan akhlak manusia..semakin hilang perasaan kasih dan sayang dihati manusia sesama manusia. Anak yang baru dilahirkan, dibuang merata rata tempat, di tanam di tempat yang tidak sepatutnya..Tiada lagi perasaan belas dihati ibu yang melahirkan..Mengapa jadi begini? Wallahualam.. Renung renungkan lah bersama...



Hilang kesabaran, hingga sanggup membunuh isteri



Mayat bayi yang ditemui didalam surau

Tuesday, November 3, 2009

BERTEMU KAKPAH


Tanggal 31/10/09 yang lalu, mama kiter bersama kak mimieloma telah hadir untuk meraikan majlis perkahwinan anak perempuan KakPah (tadika aulad) sahabat blog mama kiter. Pertama kali bersua muka..rasa terharu bila Allah beri keizinan dapat melihat wajah sahabat yang dikenali di alam maya bertukar kepada alam realiti. Indahnya bila anak mama kiter juga bersahabat dengan anak kakpah..Baru dapat tahu..jadi bahan jenaka diantara anak kami.".canggihnya mak kita berkawan dlam blog.."kata kata yang keluar dari mulut anak anak kami berdua..


Kakpah, orangnya ramah dan lembut tuturnya..walaupun tidak dapat berbual lama kerana kesibukkan kakpah melayan dan menyambut tetamu yang hadir silih berganti, tetapi mama kiter rasa puas kerana akhirnya Allah temukan kami..Insyallah..sekiranya ada umur lagi..mama kiter akan berziarah kembali...Tidak sempat bergambar,kerana kesibukkan kakpah..Insyallah..dilain masa, mungkin ada gambar kenangan diantara kami..

Buat Kakpah..mama kiter ingin mengucapkan tahniah diatas kedatangan orang baru didalam ahli keluarga, tahniah kerana sekali lagi dapat menunaikan ibadah haji. Semuga Allah mengurniakan haji yang mabrur buat kakpah dan juga suami..Selamat berangkat dan selamat kembali, Insyallah..