Monday, November 22, 2010

KUIH KEBAB KEGEMARAN KELUARGA

Kebetulan hari ini anak sulong mama kiter berada dirumah..mama kiter pun ambil kesempatan untuk membuat kuih kegemaran keluarga mama kiter..iaitu kuih kebab..Sudah agak lama mama kiter tidak membuat kuih ini..dan sudah selalu benar anak mama kiter yang sulong meminta mama kiter buatkan kuih ini..jadi hari ini mama kiter dengan semangat kerajinan yang tinggi telah pun menyediakan kuih kebab ini untuk minum petang bersama keluarga mama kiter..Aduhaiiii..puasnya hati si abang long mama kiter tu haaaa...

Jom layan mama kiter kedapur...intai intai apa yang patut untuk di buat...kalau patut nak tolong..silalah..jangan lah segan segan kedapur mama kiter..kalau ada kawan yang sudi membantu..seronok jugak...hilang penat memasak bila ada kawan sembang..lepas kita masak masak..kita makan pulak yeee...JOMM!!!!


Kulit kuih kebab yang dilenser diatas kuali leper..
Cili sos resepi bonda mama kiter
Kuih kebab yang telah digulung bersama intinya.
Inilah hasil kulit yang telah siap.
Kuih kebab yang telah digoreng.

Sunday, November 21, 2010

JOM MAKAN

Tengahari ini mama kiter dah pening kepala nak memikirkan menu apa untuk disajikan kepada keluarga tersayang..Pikir punya pikir...dapat ilham..masak lah daging kurban yang masih ada dalam simpanan..Mama kiter pun buatkanlah lauk masak daging lada hitam hailam dan masak lemak cili api telur itik.

Malas nak masak sayur berasingan..maka mama kiter pun masukkan sekali sayur sawi dan lobak merah kedalam lauk daging masak lada hitam hailam tu...senang dan ringkas..sama juga zatnya..ada protien dan juga sayur sayuran..kira dalam satu menu ada dua lauk...simple dan ringkas...

Anak anak dan juga hubby mama kiter sememangnya suka makan lauk daging dan ayam..kalau lauk ikan..aduhaiiiiiiii...jenuhnyalah mama kiter ni haaaaaaaa...puas nak suruh habiskan lauk yang terhidang...tapi kalau lauk daging atau ayam..laju pulak....tak kiralah masak menu apa pun...semuanya jalannnn!!! Mama kiter sahaja yang agak kurang dengan lauk lauk ayam dan daging...tetapi dah permintaan dalam rumah semuanya gemar lauk daging dan ayam...mama kiter akurlahhhh juga...Bukan apa...seronok bila lihat anak anak dan hubby makan bertambah tambah..

Jom skodeng menu mama kiter untuk tengahari ini...
 
 Masak lemak cili api telur itik


Daging masak lada hitam hailam bersama sayur

BUBUR SOM SOM

 Semasa kecilnya mama kiter cukup rajin membantu mak didapur untuk menyediakan juadah..Diantaranya ialah pemanis mulut yang dipanggil bubur som som..selalunya pemanis mulut ini rajin disajikan sewaktu bulan puasa.


Jika dulu dulu..mak mama kiter suka menggunakan tepung beras yang dihasilkan sendiri..sedap katanya..tetapi amat cerewet untuk menyediakannya. Beras terpaksa direndam semalaman dan keesokkan harinya haruslah di boo/giling dengan alat khas yang diperbuat dari batu sehingga menjadi tepung beras yang halus dan berkualiti.


Zaman sudah berubah, semuanya jadi mudah..walaupun mama kiter biasa membantu mak buat bubur som som semasa mama kiter kecil dahulu..tetapi mama kiter tidak pernah praktikkan setelah berumahtangga. Kenapa agaknya ye? Hmm..mama kiter pun tiada jawapannya..


Tetapi hari ini dalam sejarah..mama kiter telah berjaya membuat bubur som som untuk hidangan minum petang buat keluarga..mungkin disebabkan anak perempuan mama kiter hamil dan suka makan macam macam..itu yang membuat mama kiter terbuka hati untuk menyediakan juadah ini. Sebenarnya memasak bubur som som tidaklah sukar..paling senang dan ringkas..mama kiter sahaja yang tidak teringin hendak membuatnya..Rupa rupanya..hubby dan anak anak suka makan bubur som som..Alahmdulillah..bermakna...lepas ni..rajinlah mama kiter buat bubur som som...


Jom layan bubur som som...

Friday, November 19, 2010

KREATIFNYA RAKYAT AMERIKA



Potret Kemiskinan Rakyat Amerika Yang Hidup Di Kolong Jembatan

Kemiskinan bukan hanya milik satu negara, tetapi ia hadir dimanapun dan bila bila masa
Siapa sangka, dibalik gemerlap lampu kehidupan kota judi las Vegas,  banyak warga miskin yang tidak punya rumah dan terpaksa hidup di bawah kolong jembatan.

Mereka merubah kolong jembatan yang kotor menjadi tempat tinggal. Menghias dinding agar mereka selesa tinggal disana. Orang kita bagaimana pula? Masih mengidolakan mat saleh bahawa mereka maju dan kehadapan..padahal mereka juga susah sama dengan negara negara lain diseluruh dunia. Tetapi mereka kreatif didalam menselesakan tempat penginapan mereka walaupun dibawah kolong. Orang kita duduk bawah kolong..bertilamkan kotak, berdindingkan papan..Bezanya orang kita dan mereka...mereka lebih kreatif..
Inilah Gambar Potret Kemiskinan Rakyat Amerika Yang Hidup Di Kolong Jembatan.

Kehidupan Kota Las Vegas yang gemerlap cahaya seakan tidak ada kemiskinan di bawahnya.
Seni Graffiti menghiasi dinding rumah yang juga adalah dinding jembatan
Peralatan rumah diatur sedemikian rupa agar tampak menarik.



Mereka melengkapinya dengan rak buku, gantungan baju, kursi, meja dan lainnya
Pasangan yang hidup di bwah jembatan yang tergenang air.

KELETIHAN

Kita di rumah sedap sedap tidur atas tilam empuk..kucing kita di rumah pun sedap sedap tidur didalam sangkar..

Mama kiter pergi bershoping di pasar borong Sri Kembangan..dalam pada teruja mengintai lauk pauk dan juga sayur sayuran di meja penjual...terlihat seekor kucing sedang di ulit mimpi indah bertilamkan bawang besar bombay..

Syoknyaaaaaa dia melelapkan mata..melepaskan lelah selepas melayan pengunjung yang membeli barang barang di kedainya..mama kiter snap gambar dia..sedikit pun dia tak sedar...bos dia kateeee...kucing ni letihhhhhhh....malam tadi berjaga...Hmmmm...

Mama kiter tak shoping pun di kedai ini..hanya berhenti seketika untuk ambil gambar si comel yang keletihan ini...

Thursday, November 4, 2010

BERTEMU RAKAN SELEPAS 31 TAHUN.

Selama 31 tahun mama kiter terpisah dengan rakan sebaya juga satu sekolah. Setelah tamat tingkatan 3 disekolah Tunku Durah Seremban, mama kiter berpindah sekolah juga melangsungkan perkahwinan di usia yang muda..dimana rakan rakan mama kiter meneruskan persekolahan juga bekerja..mama kiter sibuk dengan alam rumahtangga.

Rindu bertandang dihati, ingin berhubung dan mencari rakan rakan yang agak rapat semasa disekolah..tetapi tidak tahu ingin mencari dimana..disebabkan rakan rakan semua tidak sekampung dengan mama kiter. Mereka semuanya berasal dari seremban..manakala mama kiter berasal dari jimah baru..daerah port dickson. Betul betul terputus hubungan..

Anak anak yang faham akan kerinduan mama kiter telah mengesyorkan mama kiter agar membuka account fb kerana dengan account fb katanya mudah untuk mencari..Dengan izin Allah, dapat lah mama kiter menjejakki rakan rakan yang dirindui melalui fb. Terima kasih anak anakku..

Diantara rakan sebaya mama kiter yang dapat dijejaki ialah penyanyi Norshila Amin. Setelah puas berbual melalui laman fb..kami merancang untuk bertemu dialam realiti..Alhamdulillah..Akhirnya bertemu juga kami di Alamanda Putra Jaya. Berbagai perasaan menerjah dihati..sedih, sebak, terharu, syahdu, gembira semuanya bertandang. Didalam pertemuan itu..mama kiter lah yang teratas diantara mereka..kerana mama kiter sudah punya menantu juga bakal menimang cucu...Semua jadi riang mengusik mama kiter dengan panggilan nenek muda.

Sempat mama kiter abadikan beberapa keping gambar bersama rakan sebaya yang ditemui selepas 31 tahun. Jom layan...!!!!

 











SEDEKAH YANG PALING MURAH



Abu Yazid Al Busthami, pelopor sufi, pada suatu hari pernah didatangi seorang lelaki yang wajahnya kusam dan keningnya selalu berkerut. Dengan murung lelaki itu mengadu,"Tuan Guru, sepanjang hidup saya, rasanya tak pernah lepas saya beribadah kepada Allah. Orang lain sudah lelap, saya masih bermunajat. Isteri saya belum bangun, saya sudah mengaji. Saya juga bukan pemalas yang enggan mencari rezeki , Tetapi mengapa saya selalu malang dan kehidupan saya penuh kesulitan?"Sang Guru menjawab sederhana, "Perbaiki penampilanmu dan ubahlah roman mukamu. Kau tahu, Rasulullah adalah penduduk dunia yang miskin namun wajahnya tak pernah keruh dan selalu ceria. Sebab menurut Rasulullah, salah satu tanda penghuni neraka ialah muka masam yang membuat orang curiga kepadanya." Lelaki itu tertunduk. Ia pun berjanji akan memperbaiki penampilannya. Wajahnya senantiasa berseri. Setiap kesedihan diterima dengan sabar, tanpa mengeluh. Alhamdullilah sesudah itu ia tak pernah datang lagi untuk berkeluh kesah.Sebagaimana kata Rasulullah,"Sesungguhnya Allah itu indah dan mencintai keindahan."Namun demikian tidak berarti Islam mengajarkan kemewahan. Islam justeru menganjurkan kesederhanaan. Baik dalam berpakaian, merias tubuh maupun dalam sikap hidup sehari-hari. Nabi sendiri jubahnya seringkali sudah luntur warnanya tapi senantiasa bersih. Umar bin Khattab walaupun jawatannya kalifah, pakaiannya sangat sederhana dan bertambal-tambal. Tetapi keserasian selalu dijaga. Sikapnya ramah, wajahnya senantiasa mengulum senyum bersahabat. Roman mukanya berseri.Tak heran jika Imam Hasan Al Basri berpendapat, awal keberhasilan suatu pekerjaan adalah roman muka yang ramah dan penuh senyum. Bahkan Rasulullah menegaskan, senyum adalah sedekah paling murah tetapi paling besar pahalanya. Demikian pula seorang suami atau seorang isteri. Alangkah celakanya rumah tangga jika suami isteri selalu berwajah tegang. Sebab tak ada persoalan yang diselesaikan dengan mudah melalui kekeruhan dan ketegangan. Dalam hati yang tenang, pikiran yang dingin dan wajah cerah, Insya Allah, apapun persoalannya nescaya dapat diatasi. Inilah yang dinamakan keluarga sakinah, yang didalamnya penuh dengan cinta dan kasih sayang."Anda ingin beramal soleh...?


Wednesday, November 3, 2010

HATI - HATI, INGAT BULU KAMBING, TAPI BULU BABI RUPANYA

HATI - HATI, INGAT BULU KAMBING, TAPI BULU BABI RUPANYA
Keliru nih.. kalau ada produk bulu babi gini, macamana nak tahu? JAKIM kena keluarkan garis panduan cepat.Babi Mangalitsa yang aslinya berasal dari Austria dan Hungaria
MASYALLAH...!!!!! MAKIN MENJADI2 ORG YAHUDI HENDAK MENGHANCURKAN UMAT ISLAM.SUDAH MASANYA KITA MEMPERTAHANKAN MARUAH UMAT ISLAM,TAK GUNA HANYA BERHARAP PD PIHAK BERKUASA SAJA.!!!! MARI SEMUA UMAT ISLAM KITA SAMA2 MEMPERTAHANKAN MARUAH & KESUCIAN AGAMA ISLAM.ALLAHHUAKBAR...ALLAHHUAKBAR.....!!!
JAKIM, mainkan peranan.. Jangan tunggu hasil produk haiwan ini sampai ke dalam rumah umat Islam di Malaysia. Lebih teruk lagi kalau hasil bulu haiwan ini dibuat sejadah hamparan masjid, kopiah, permaidani dan produk untuk kegunaan muslim. Ingatlah, agenda kafir untuk mempersendakan kesucian agama Islam takkan berhenti selagi kita tidak menuruti jalan mereka. Umat islam, berhati-hati...






Tuesday, November 2, 2010

Kembali Bertemu Allah


Semalam mama kiter dikejutkan dengan satu panggilan talifon dari suadara bau bau bacang dengan mama kiter sekitar jam 7.45 malam. Panggilan berbunyi.."Assalamualaikum kak Ita..mak ada talipon kak Ita tak? Nak bagitau ni..abang long sudah meninggal..baru sebentar..serangan jantung dan jenazah berada di hospital sungai buloh..kalau kak ita nak menziarah..datang lah di hospital sungai buloh.."

Terkedu dan sedih dengan panggilan tersebut..rasa longlai lutut mama kiter..walaupun saudara bau bau bacang...tetapi hubungan kami memang rapat..bagaikan adik beradik bersama keluarga arwah..Mama kiter pun hubungi adik beradik mama kiter dan menyampaikan berita sedih ini...

Melihat akan ketabahan seorang isteri yang ditinggalkan suami..dua orang anak gadis yang masih belum berkahwin..aduhaiii...remuk rasa dihati..setitis airmata pun tidak tumpah dari mata isterinya..hanya diam membisu...sepatah di tanya...sepatah jua jawapan diberi..walaupun airmata tidak tumpah..tetapi raut wajah isteri dapat dilihat..betapa dia rasa kebingungan..rasa tidak percaya bahawa suami telahpun pergi kembali kepada Allah yang maha berkuasa.

Langkah yang longlai..wajah yang kosong menemani lara hati isteri..manakan mau percaya yang suami telah pergi meniggalkannya..kerana tiada sakit terlantar..masih boleh bekerja..bergurau..tiba tiba dikabarkan sakit dada menyerang..jantung tersumbat..dan terus membawa kepada kematian..kesan dari kolestrol agak tinggi..

Didalam pemilihan untuk menyempurnakan jenazah..isteri punya hak..ayah ibu juga ingin hak..di sinilah kena ada toleransi..bertolak ansur..berlapang dada..isteri punya hak..ingin menyemadikan jenazah yang disayangi hampir dengan kediaman..ayah ibu pula ingin hak menyemadikan jenazah berhampiran kediaman ayah ibu..kerana kasih pada anak..Tetapi isterilah yang lebih berhak diatas jenazah..Ayah ibu ...hanya redha mu dipohon untuk kebahgiaan anak anak...Alhamdulillah..ayah ibu mengerti...redha dengan pemergian anak..juga redha dengan hak isteri terhadap anakya...

Kembali merenung diri...berapa lamakah umurku yang Allah hedak beri pinjam..Kematian tidak mengira siapa..ayah ibu yang sakit bertahun tahun..umur juga sudah lanjut...tetapi anak yang sihat pergi dahulu..Kerana itu Nabi berpesan kepada kita umatnya...sentiasalah ingat akan kematian..sentiasalah bertaubat..kerana kematian datang tanpa memberitahu..

Al-Fatihah buat Allahyarham Kmaruzzaman Ahmad Nazli...semuga rohnya dicucuri rahmat dan ditemptkan didalam golongan orang orang yang di redhai Allah..Aminnn...

Monday, November 1, 2010

Kesan Teknologi yang canggih

Sudah agak lama mama kiter menyepikan diri..sudah tidak tajam jari jemari untuk mengetuk keybord..tiada benda dan tiada cerita yang hendak dikongsi...menyebabkan mama kiter membiarkan blog dipenuhi dengan sawang..aduhaiiii...jenuh membuang sawang....

Ada sebuah kisah dizaman modern..dizaman kecaggihan teknolgi..dimana yang jauh boleh dirapatkan..yang terputus boleh di sambung..yang hilang boleh dicari..dan yang ada boleh kehilangan gara gara kecanggihan teknologi tanpa sempadan ini..

Blog, Fb, Twiter, My Space dan yang seangkatan dengannya..ada kebaikkan dan keburukkan yang terdapat didalamnya..Ada orang boleh bergaduh, bercerai, bermaksiat, bertemu jodoh dan sebagainya melalui laman yang di maksudkan..Kiranya digunakan dengan cara baik dan betul..laman laman tersebut dapat menjalinkan silaturahim juga memudahkan kerja seperti mengwar warkan juga menjemput sesuatu keraian...Jimat...mudah juga santai..

Tetapi juga mendatangkan permasaalahan yang besar bila disalah gunakan kecanggihan teknolgi ini..Ada yang meluahkan perasaan kesunyian..kemarahan..mencari teman berlaianan jenis hingga mengakibat perasaan walaupun sudah punya keluarga..Aduhaiiii...kecurangan menjadi jadi..bila hati dibiar tetamu tidak diundang menumpang duduk...Tidak kira suami ataupun isteri...jika tidak jujur diatara satu sama lain..juga hayut dibuai seronok tatkala jiwa dibelai..walaupun hanya mengenali di alam maya...Pelik..tetapi benar benar berlaku...

Jiwa lebih gembira bila diulit oleh bayangan kasih sayang yang bukan hak..lupa yang diri punya tanggugjawab..terleka dengan puji pujian dialam maya..terasa terlalu indah hidup bila ada orang diluar sana beri perhatian..terlupa akan dosa pahala...Dari berkawan melalui tulisan dialam maya..timbul keinginan untuk bertemu..timbul penipuan diatara pasangan..timbul berbagai bagai alasan utuk menutup segala...Aduhaiiiiiii...mengapa ini harus terjadi?

Bila baca akhbar...ramai pasangan yang berkahwin bertemu jodoh melalui Fb..juga ramai pasangan yang curang hingga terjadi penceraian juga disebabkan Fb..Inilah yang dikatakan...tidak bijak didalam menggunakan kecanggihan teknolgi maklumat tanpa sempadan ini...Amat menakutkan sekarang ini..kajian dibuat...didalam negara juga luar negara..orang islam maupun bukan islam..bercerai..bunuh diri..membunuh..bergaduh dan sebagainya..hasil dari laman Fb..My Space, blog, twitter dan sebagainya...

Jadi...didalam kita seronok berblog..ber Fb dan sebagaiya...perlulah di ingat ingatkan diri dan hati kita..apa yang kita cari sebenarnya di dalam laman ini..Teringat akan kata kata yang mulia Tuan Guru Mama Kiter...."Saya tidak menentang sains dan teknolgi..yang saya tentang ialah kekufuran didalam sains dan teknologi itu"

Dulu dulu mama kiter kurang faham apa yang Tuan Guru mama Kiter maksudkan..tetapi kini barulah sedikit memahami bila melihat fenomena ini makin berleluasa kini...Renung renungkan lahhh agar kita tidak tersasar..