Friday, July 2, 2010

IBU


Sewaktu didalam kandungan ibu menderita dengan segala macam alahan..tetapi ibu tetap tabah demi untuk melihat zuriatnya hadir sebagai penyeri kehidupan..Kandungan dijaga, dibelai dan diusap senantiasa..Riang hati ibu bila anak beri tindakbalas dari usapan manja ibu..Semakin bahagia hati ibu bila usia kandungan hampir tiba untuk melahirkan..

Setelah bertarung nyawa, Ibu selamat melahirkan zuriat yang comel, mulus suci lagi bersih. Syahdu hati ibu bila kali pertama kali mendengar tangisan anak. Bangga hati wanita bila berjaya menjadi ibu dan dapat melahirkan zuriat untuk suaminya..Amat besar pengorbanan seorang wanita yang bergelar ibu.

Anak dibelai, ditatang, dimanja dan dididik sebaik mungkin. Biar ibu sakit, asalkan anak sihat. Biar Ibu pilu, asalkan anak bahagia. Biar ibu kekurangan asalkan anak berada.Mulia sungguh hati seorang Ibu.

Bila dewasa, anak sudah bijak berkata..mula mengguris dan mencalar hati ibu..Ibu tetap Ibu..sentiasa tabah..Bukan takut pada anak diajak berhujjah..tetapi memikirkan dosa buat anak kiranya melampaui batas. Maka ibu ambil langkah besabar, berdoa disamping memujuk. Ibu tahu..Allah pasti makbulkan doa ibu..BILA? Hanya Allah yang maha mengetahui. Tanpa ada rase jemu dan putus asa..Ibu tetap memanjatkan doa kebahagiaan buat anak.

Bila anak sudah berumahtangga..kasih anak beralih sudah..walaupun tidak sepenuhnya..tetapi tetap beralih..ini hakikat..Sayang anak pada pasangan lebih menebal dari sayang pada ibu. Semua orang pasti melaluinya..JANGAN BERDALIH..Bila sudah berpasangan..anak mula tidak perlukan belaian ibu..sudah hilang kehangatan belaian Ibu..sudah hilang lunak suara ibu..sudah mula berkira kira waktu menjenguk ibu..sudah berkira kira bil untuk talipon ibu..Kadang anak tidak sedar akan kekilafan diri...

Bila ibu sakit..baru sibuk bertanya..nak makan apa? Nak pergi mana? Sedangkan diwaktu sihat ibu..anak tiada hati untuk bertanya..lupa untuk bertanya atau sengaja tidak mahu bertanya..Sampai masa..Ibu dijemput Allah kembali padaNYA..Bagai halilintar menyambar bila anak dapat berita..mula terbayang wajah ibu..mula teringat kesukaan ibu..mula rasa tidak puas berbakti pada Ibu..Kalau adapun yang mengaku puas berbakti pada Ibu..itu hanya perasaan PERASAN...Nabi berkata..walau dihadiah segunung emas pada IBU..tiada dapat kamu bayar jasa Ibu yang melahir dan menyusukan kamu..Bermakna..walaupun kita buat macam mana sekali pun kebaikkan..tiadalah dapat kita membalas jasa ibu. Tetapi kita tetap diwajibkan berbakti kepada IBU...Paling mudah berbakti pada IBU..cukuplah sekadar menyenangkan dan meriangkan hati IBU. Sentiasa mendoakan kesejahteraan Ibu dan juga sentiasa berdoa semuga Allah mengampunkan dosa dosa IBU kita.

Bila Ibu sudah tiada...kita akan merindui wajahnya..kata kata nasihatnya...belaiannya..B
ila kita didalam pilu...kita ingin Ibu mendengar aduan kita..bila kita sakit..kita ingin ibu merawat kita..bila kita patah hati..kita ingin ibu beri semangat..Semua ini kita rasa bila ibu telah tiada...

Mama terlalu rindu pada Mak...Bila lihat wajah ibu kakintan..menitis airmata ini..terilham nukilan ini..Kepada semua yang masih punya IBU..sayangilah..kasihilah dan berbaktilah pada IBU anda.

Al-Fatihah buat roh para para ibu ibu yang melahirkan hamba hamba Allah di mukabumi ini..Tanpa Ibu..tiadalah dapat kita melihat dunia ini...