Wednesday, September 28, 2011

POPIA

Alhamdulillah...syukur kehadrat Allah  diatas limpah kurnia juga izinnya..dapatlah mama kiter mempraktikkan ilmu yang diturunkan oleh BONDA mama kiter iaitu cara untuk membuat kuih popia dimana kulit popia dibuat sendiri..Puluhan tahun BONDA mama kiter membuat kuih popia yang dijual dipasar malam..

Resepi popia terlalu mudah..tetapi hendak menyediakan kulitnya agak rumit kerana memerlukan keberanian untuk melenser tepung diatas kuali panas menggunakan tangan..baru baru belajar..memang ngeri..takut jika tangan melecur. Semasa mama kiter remaja, selalu juga bonda mama kiter pelawa buat kulit popiah apabila bancuhan tepung sudah tinggal hujung hujung..Masa remaja , banyak main main..bukan tahu hendak bersungguh sungguh mempraktikkan ilmu yang diberi oleh bonda..Nasib baik masih ingat cara membuatnya..jika tidak..rugi rasanya..

jom layan mama kiter didapur...




Teruja dengan kesungguhan kak teh membuat popia dan seronok melihatkan sambutan anak cucu cicit BONDA menikmati popia yang disediakan oleh kak teh pada raya baru baru ini..maka mama kiter memaksa diri untuk mempraktikkan kembali pembuatan kulit popia. Kak  teh sudah mahu kembali ke tanah air barunya di LONDON..pasti semua rindu untuk menikmati keenakkan popia resepi bonda..Di Kampung masih ada kakak ipar yang meneruskan perniagaan popia BONDA. Cuma jika hendak merasa popia, terpaksa balik kampung..bukan selalu dapat balik kampung..sesekali jika ada kelapangan waktu..Jika sudah pandai buat sendiri..hari hari pun boleh makan popia..itulah pula untungnya bila kita tahu buat sendiri.

KAK TEH BERKEMAS

Sebelum kak teh kembali ke tanah air barunya iaitu london..sempat kak teh meninggalkan kenangan dirumah mama kiter. Kak teh minta mama kiter tolong siapkan baju melayu untuk anak anak lelakinya yang tergendala pembikinannya. Semasa mama kiter duduk goyang kaki, kak teh pula sibuk mengemas dan mengubah suai dapur mama kiter. Macam macam yang di buatnya didapur mama kiter.


Puas mama kiter menyuruh kak teh berehat kerana kak teh kurang sihat dan mengalami kecederaan tulang belakang yang dipanggil dalam istilah perubatan ialah slip disk. Tetapi kak teh mengatakan bahawa dia tidak boleh duduk lama, nanti pinggang rasa sakit. Jadinya kak teh harus bergerak..jika rasa berdiri sakit, kak teh akan duduk, jika duduk sakit, kak teh akan baring..mengikut kata kak teh..rasa tak selesa sangat sangat. Itu yang kak teh tidak boleh duduk diam katanya..


Mungkin di London kak teh kurang buat kerja maka sebab itu kak teh sibuk cari kerja yang hendak dibuat dirumah anak anak dan adik beradiknya. Tak apalah..kak teh rasa seronok sementara berada di bumi malaysia. Bila sudah kembali ke negara barunya...kak teh kata terasa sunyi kerana berjauhan dengan keluarga. Maka kak teh ambil kesempatan  untuk bergembira dengan keluarga selama 3 bulan berada di Malaysia. Layan ajelah keinginan kak teh.

Jom layan kegembiraan kak teh...





Thursday, September 22, 2011

JAMUAN BLOK

Alhamdulillah..raya tahun ini rumah mama kiter terpilih sebagai tuan rumah untuk mngadakan jamuan hariraya bagi maraikan jemaah surau juga blok di kediaman mama kiter.Setiap tahun penduduk taman di kediaman mama kiter akan mengadakan jamuan untuk jemaah surau juga blok masing masing. Sebelum menjamu selera dengan berbagai juadah, para jemaah lelaki akan memasukki setiap rumah untuk membaca selawat dan juga mendoakan tuan rumah akan sentiasa berada didalam rahmat juga keberkatan Allah.
 Perkara ini akan dilakukan setiap malam sepanjang syawal untuk setiap blok dan kemuncaknya jamuan akan diadakan besar besaran didataran surau bagi mengumpulkan semua penduduk untuk 4 taman yang berhampiran..Alhamdulillah memang meriah..Sebagai tuan rumah, mama kiter tidak diberatkan untuk menyediakan hidangan, cuma diminta untuk menyediakan air panas dan sejuk sahaja..manakala juadah yang beraneka dibawa setiap rumah dan dikumpulkan di rumah yang terpilih untuk menjadi tuan rumah..mudah sahaja..
Kebetulan kak teh ada dirumah mama kiter, maka dapatlah kak teh bersama sama meraikan susana meriah dirumah mama kiter. Kak Teh mengatakan bahwa bagusnya kesepakatan para penduduk ditaman mama kiter. Mengikut dari pengalaman kak teh yang telah bermaustatin selama 30 tahun di tempat kediamannya..belum pernah merasakan kesepakatan penduduk kawasannya..inilah kelebihan penduduk ditaman mama kiter. Alhamdulillah..Mungkin dikawasan lain juga ada melakukan aktiviti sepertimana penduduk taman mama kiter ini..Semuga aktiviti yang dilakukan ini sentiasa berterusan dan dapat mengeratkan ukhwah diantara sesama jiran tetangga juga mendapat keredhaan Allah hendaknya..Amin..

Jom kita layan gambar yang sempat mama kiter paparazi semasa jamuan berlangsung...




Monday, September 19, 2011

MAMA KITER BELAJAR MASAK

Beraya dirumah Nor Sofea..tak sangka pula mama kiter juga ucu dapat belajar lipat kulit kuih samosa..selama ni kami berdua beradik asyik buat samosa gulung sebab tak pandai nak lipat kulit samosa untuk jadikan bentuk 3 segi..berkali kali mencuba masih gagal..jadi tapi tak cantik dan kemas..bila sudah belajar dengan nor sofea..Alhamdulillah dan Insyallah bolehlah diparktikkan ilmu yang dituntut..

Nak masak pun kena berguru...pakar macam mana pun kita masak..ada juga diantara masakkan yang kita tidak tahu hendak menyediakannya..kena berguru juga..walaupun masakkan tu bahan bahannya main campak campak bak kata orang tua tua..hendak juga dilihat cara campak campaknya..barulah menjadi...




Insyallah..lepas ini..selalulah mama kiter buat kuih samosa ini dan bolehlah difrozenkan..senang jika tetamu datang..kuihnya sudah siap dibuat cuma tinggal hendak digoreng sahaja..hidangkan dengan cili sos buatan sendiri..memang layannnn!!!!

Tuesday, September 13, 2011

BERKUMPUL DI SATU SYAWAL

Aidil Fitri muncul kembali..Setelah kehilangan kedua ibubapa..adik beradik mama kiter cuba meraikan Syawal dengan perhimpunan pada setiap satu syawal sejak 3 tahun kebelakangan ini..Tahun pertama kami berkumpul dirumah Abang Cik, tahun kedua di rumah Abang Ngah dan tahun ini dirumah Kak Lang..kami berkumpul selepas masing masing menunaikan solat hari raya di kediamanl masing masing..Ada yang datang tengahari..ada yang datang petang..mengikut keselesaan jadual keluarga masing masing.




Walapun tidak semua dapat berkumpul serentak, disebabkan ada diantara adik beradik mama kiter yang hendak pulang kekampung halaman mertua..kami tetap cuba memenuhi undangan tuan rumah di satu syawal..walaupun hanya sebentar cuma..setelah meraikan tuan rumah..ada yang bergerak ke distinasi yang dituju..yang paling jauh kampung halaman mertua adalah abang cik di Singapore manakala ucu di Muar..yang lain lain semuanya sekitar Selangor dan Negeri Sembilan..



Mudah mudahan usaha kami adik beradik cuba meyambut setiap Syawal untuk berkumpul bersama akan dapat diteruskan..Semuga apa yang diperaktikkan ini dapat dicontohi olih anak anak masing masing apabila mereka juga ketiadaan kedua ibubapa agar kasih sayang diantara mereka sentiasa dapat dipereratkan..Insyallah..Inilah yang dapat kami lakukan untuk membalas segala jasa kedua ibubapa kami kerana diantara yang Nabi sebut ..sekiranya anak anak yang telah kematian kedua ibubapanya..maka sambunglah silaturrahim diantara keluarga, saudaramara juga sahabat handai kedua ibubapanya..mudah mudahan dengan ini maka Roh kedua ibubapanya mendapat Rahmat dari Allah..Insyallah..Amin..







Monday, September 12, 2011

RAYA KE EMPAT




Ahamdulillah..pada raya ke empat 3 dari 10 orang adik beradik Mama kiter bertandang dirumah mama kiter untuk bersama sama meraikan Aidil Fitri..Yang lain lain ada rancangan dikediaman masing masing..Yang membuat Mama Kiter cukup rasa terharu apabila Abang Roslan sudi berkunjung kerumah Mama kiter pada hari raya tahun ini..Alhamdulillah..

Walaupun Abang Roslan dipelihara oleh saudara mama kiter dari kecil..namun keakraban kami adik beradik tetap dirasai..kami bergaul tanpa rasa kekok..Inilah yang dikatakan keberkatan dari didikan  mak dan bapak mama kiter yang sentiasa menerapkan rasa kasih sayang diantara kami adik beradik..Alhamdulillah..

Kak Teh pula mengambil peluang pulang beraya di Malaysia setelah berhijrah ke London mengikut suaminya..2 tahun kak teh tidak beraya dengan keluarga di Malaysia..memang lepas dendam betul jadinya..seronok bertemu anak menantu, adik beradik juga saudaramara..

Bila bertemu, memang riuh rendah kami bercerita..tidak habis habis mengingati kenang kenangan bersama mak dan bapak juga telatah masing masing semasa kecil hinggalah kini..Alhamdulillah..banyak kenangan manis..Semuga keakraban juga kasih sayang kami adik beradik berkekalan hingga keakhir hayat Insyallah..

Rindu pada mak, bapak, kak long juga Bang hai..Al Fatihah buat arwah..semuga Allah mencucuri Rahmat keatas roh mereka..Amin..

ANUGERAH SYAWAL 2011




Alhamdulillah..Menyambut Aidil Fitri pada tahun ini keluarga Mama Kiter sungguh bertuah kerana kami diberi kesempatan olih Allah untuk merasa nikmat menyambut syawal dengan kehadiran Marissa Maisarah penyinar kebahagiaan didalam keluarga Mama Kiter. Tidak terkecuali kebahagiaan dan kegembiraan yang kami rasa dikongsi bersama keluarga Tok Ki dan Wan Marissa Maisarah.

Marissa masih kecil untuk memahami apa itu hari raya..tetapi Tok Pa Marissa yang sudah mula membayangkan cucunya minta menu yang digemari ketika menyambut Syawal..Rasa rasanya lambat lagi Marissa tahu menilai menu yang digemari..Sabar sabar lah Tok Pa..Kalau Marissa sudah pandai meminta..aduhaiiii...bertambahlah menu dirumah Tok Ma nanti..Harap harap Marissa suka makan nasi impit dan kuah@sambal kacang untuk menu hari raya..jangan lah minta rendang landak ataupun rendang arnab pula..Jenuh Tok Pa jadi pemburu nanti..

Apa apa pun Mama Kiter cukup rasa bersyukur juga bertuah kerana Raya tahun ini keluarga Mama Kiter telah bertambah dan menjadi ramai..Alhamdulillah...Seronok rupanya anak ramai ni...MERIAH...