Thursday, December 31, 2009

MAKAN MALAM

Biasalah bila dah dapat gaji..mama mula lah sibuk membeli belah barangan dapur stok untuk sebulan..senang, tak payah pening pening kepala asyik nak ke kedai, beli garam lah...gula lah..rempah kari dan berbagai bagai lagi barang keperluan dapur kita..

Hmm balik dari shoping..lapar mula terasa..boboy dan baby mula merengek nak makan sesuatu..untuk tidak menghampakan permintaan baby sebelum ini nak makan chiken chop..

Apalagi..menyinggahlah mama kiter ke restaurant pilihan anak anak..mereka nak makan western food...mama kiter sahaja yang makan nasi putih dan tomyam..

Mari kita layan gambar yang diambil..
Maaf kerana kualiti gambar langsung tidak memuaskan..guna kamera hp..


Tomyam untuk mama kiter
Chiken grill pilihan boboy
chiken Chop pilihan baby..

Wednesday, December 30, 2009

HARITH DAN SAFRINA

cuti sekolah yang panjang..mama cuti jaga safrina..sebab umi dan ayahnya cikgu sekolah..hari hari harith tanya mama..mana adik..kenapa adik tak datang..harith seronok sebab ada kawan..

pagi tadi safrina datang rumah mama sebab umi dia ada mesyuarat disekolah..seronok harith bila safrina datang rumah mama..dah lama tak jumpa...safrina pun tersenyum senyum malu sebab dah lama cuti..

sempatlah mama snap gelagat mereka berdua pagi tadi..


Harith seronok sebab dapat main game.

Monday, December 28, 2009

MUSIM ORANG KAWIN

Seperti biasa..kebiasaannya kalau hujung tahun,bersamaan dengan cuti sekolah yang agak panjang. maka ramailah yang mengambil peluang untuk melangsungkan perkahwinan. Tidak terkecuali saudara mara mama kiter..

Baru baru ini berlangsungnya pernikahan anak saudara mama kiter, Siti Khatijah bersama pilihan hatinya di Keramat Kuala Lumpur..Sebenarnya Siti Khatijah ini di pelihara oleh ibu mama kiter semenjak dilahirkan sehingga berusia 15 tahun..apabila ibu mama kiter diserang stroke, maka Siti Khatijah telah kembali menetap bersama ibunya...kami adik beradik menganggap Siti Khatijah sebagai anak saudara merangkap adik kepada kami sekeluarga..

Mama kiter mendoakan semuga rumahtangga yang dibina ini berkekalan sehingga akhir hayat mereka dan semuga mereka berdua dikurniakan dengan cahayamata yang soleh dan solehah...Aminn..

Jom layan gambar pengantin yang mama kiter titipkan dalam blog ini untuk tatapan rakan rakan alam maya mama kiter..



Siti Khatijah setelah disiapkan menjadi pengantin

Thursday, December 24, 2009

PERTUNANGAN ANAK LELAKI MIMIELOMA

Tanggal 19/12/09 yang lalu telah berlangsungnya majlis pertunangan diantara anak teruna mimieloma bersama gadis pilihan hatinya. Majlis berlangsung di rumah opah dan datok kepada gadis tersebut yang bertempat di Changkat Jering, Taiping, Perak. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.

Mengikut perjanjian diantara kedua belah pihak..pertunangan ini akan dilanjutkan dengan pernikahan Insyallah pada bulan 6 tahun 2010. Bermakna tempoh pertunangan hanya mengambil masa selama 6 bulan sahaja.

Ini adalah pengalaman pertama bagi mimieloma..sungguh seronok dan teruja beliau untuk mendapat menantu sulung tidak lama lagi..Mama kiter doakan semoga semuanya berjalan dengan lancar sepertimana yang dirancang..Insyallah..

Jom layan diantara gambar gambar yang diambil semasa majlis pertunangan berlangsung.



En Saiful menjadi wakil bagi pihak mimieloma (adik mama kiter)

Datok kepada bakal menantu

Ibu bapa anak gadis juga bakal besan mimieloma

Bapa mimieloma juga bapa saudara mama kiter

Hantaran dari pihak perempuan

Hantaran dari pihak lelaki

Sedang menanti dipelamin

Upacara menyarung cincin

Ibu mimieloma yang menyarungkan cincin

Terpancar keriangan diwajah opah (ibu mimieloma)

Mimieloma juga tersenyum riang

Mama kiter juga menyelit

Bergambar bersama keluarga Mimieloma


mimieloma bersama bakal menantunya

Wednesday, December 23, 2009

BERAPA NILAI ISTERI ANDA


Hargailah isteri anda......

Mulianya seorang isteri disisi Allah...
Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri
ini pada keluarga, suami dan anak-anak
Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri
mereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak.
Biarlah buruk mana isteri anda,
sayangilah mereka......

Beruntungnya seorang wanita yang ada rahim ini ialah dia bekerja
dengan Tuhan... jadi 'kilang ' manusia..
Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh....
7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang
tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.
Cuti bersalin juga sehingga 60 hari ,
Bila dah bersalin tu, susukanlah anak...jgn takut "kendur" atau menggelebeh pulak...
Si suami pulak, jgn la berebut dengan anak untuk menyusu pulak….
Cuti ini bukan cuti suka hati tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah ,
Tapi bila dah habis cuti tu.. . layanlah suami..."offer" lah pada suami ,
Nabi bersabda: berjimak dgn isteri itu pahala ...jangan buat deekkk jeee,
Jangan buat alasan itu dan ini pulak….ingat tu si isteri yee!!!
Kata nak pahala lebih…

Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang.....
sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya....

Satu lagi berita gembira untuk wanita, Sepanjang dia mengandung
Allah sentiasa mengampunkan dosanya,
Lahir saja bayi seluruh dosanya habis.
Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita,
jadi kenapa perlu takut nak beranak?

Marilah kita pegang kepada tali Allah.
Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid, Allah izinkan terus masuk Syurga.
Untuk orang bukan Islam, dia tak dapat masuk Syurga tapi
Allah beri kelonggaran seksa kubur.
Untuk peringatan semua wanita yang bersuami
seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala
tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.

Di akhirat nanti seorang wanita solehah akan
terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia
terima di atas segala kebaikan suaminya yang tak disedari.
Contohnya bila dia redha suaminya pergi berjemaah di masjid
atau ke majlis ilmu, bersedekah... ganjaran Alah ke atasnya jua. .

Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian
Sirat dia tak nak masuk syurga tanpa suaminya,
jadi dia pun memberi pahalanya kepada
suami untuk lepas masuk syurga.
Di dunia lagi, kalau suami dalam kesusahan
isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat.
Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung
terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.

Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat di dalam dan
di luar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik
dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain..
Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat
Allah agar tidak derhaka denganNya.

Ses u ngguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki.
Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki,juga bukan dari tapak
kaki. Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir
kepada kamu(lelaki) ,lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan
wanita,dekat dengan hati lelaki untuk disayangi.

Woman was made from the rib of man,
She was not created from his head to top him,
Nor from his feet to be stepped upon,
She was made from his side to be close to him,
From beneath his arm to be protected by him,
Near his heart to be loved by him.

"Wahai Tuhan...
ku tak layak ke syurgamu ...
namun tak pula aku sanggup ke nerakamu...
kamilah hamba yang mengharap belas darimu ....

"Ya Allah...
jadikanlah kami hamba-hamba mu yang bertaqwa ..
ampunkan dosa-dosa kami, kedua ibubapa kami,
dosa semua umat-umat islam yang masih hidup mahupun yang telah
meninggal dunia"......


Kubur itu gelap, cahayanya ialah Laa Ilaaha IllalLah..
Jika diletakkan langit dan bumi di sebelah dacing, dan kalimah ini
di sebelah yang satu lagi, pasti lebih berat lagi nilai kalimah 'Laa ilaaha illalLah' ini.
Rasulullah saw. bersabda (mafhumnya): "Wahai manusia! Ucaplah 'Laa ilaaha illalLah', kamu pasti berjaya!"

P/S: email dari anak saudara mama kiter.

Tuesday, December 22, 2009

BERJALAN KE MELAKA

Setelah habis peperiksaan SPM yang lalu..mama kiter dan anak anak bercuti ke Melaka..tiada dalam perancangan sebenarnya hendak ke Melaka..tetapi disebabkan hubby mama kiter ada seminar di negeri besejarah itu..hubby pun sibuk mengajak mama kiter dan anak anak ikut serta. Ye lah kan..dah orang sibuk ajak..kita ikut sahaja lah..

Sebenarnya disebabkan sudah selalu sangat kami ke Melaka..maka tiada apa yang menarik yang hendak kami terokai..cuma saja saja bergambar untuk memenuhkan album family...3 hari 2 malam di Melaka..hanya sebentar sahaja kami bersiar..yang lebihnya memerap dibilik hotel..Apa apa pun..thank for my hubby sebab sudi bawa mama kiter bercuti...

Jom layan fhoto yang tidak seberapa ini...huhuhuhu...










HASIL KERJATANGAN MAMA KITER

Mama kiter bukanlah bijak..bukanlah pandai dan juga bukanlah seorang yang kreatif..tetapi memandangkan sekarang semuanya mudah didapati dan semuanya dibuat segera..ada duit pergi sahaja kekedai, beli apa patut..balik rumah gam sana..gam sini..cucuk bunga ikut suka..ikat reben ikut suka..maka terhasil juga lah sesuatu gubahan hantaran..

Jika orang tua tua dulu kena cari pakar dalam membuat gubahan hantaran..tetapi rasanya zaman dah berubah..Insyallah..ade sedikit kemahiran dan mau mencuba..semua orang boleh buat dan menggubah..termasuklah mama kiter..

Jom intai apa yang mama kiter telah buat untuk anak puan mimieloma kita..Ini hanya sebahagian sahaja..semuanya ada 7 dulang hantaran...





Tuesday, December 8, 2009

LIMA DI LANGKAWI

Sepanjang LIMA di Langkawi diadakan, tidak pernah mama kiter dan hubby pergi menonton sebarang pertunjukkan yang diadakan. Salah satu sebabnya.destinasi yang jauh dan juga memerlukan modal yang banyak. Tambang untuk ke Langkawi, tiket untuk masuk juga tempat penginapan yang harus diambil kira. Jika ingin pergi berdua sahaja, rasa kasihan pada anak anak. Lagipun mama kiter kurang minat menonton sebarang pertunjukkan. Apatah lagi terpaksa berpanas untuk menonton pertunjukkan. Boleh sakit kepala dibuatnya.

Berlainan pula dengan hubby...sememangnya beliau cukup suka menonton pertunjukkan diudara, seperti pertunjukkan payung terjun, pertunjukkan jet pejuang dan berbagai bagai lagi pertunjukkan yang melibatkan tentera. Mungkin hubby membesar sebagai anak seorang tentera (askar), maka itu sedikit sebanyak minat didalam bidang ketenteraan itu ada berbaki di hatinya.

Berpuluh tahun hubby bertugas sebagai kakitangan kerajaan akhirnya hubby mendapat tawaran bertugas di Universiti Pertahanan. Walaupun tidak menjadi tentera, tetapi bahang tentera itu ada dirasakan. Nak dijadikan cerita, baru baru ini berlangsungnya pertunjukkan LIMA di Langkawi, maka kakitangan di Universiti Pertahanan terlibat sama untuk menghadiri program yang diaturkan. Salah seorang yang mengikuti rombongan ke Langkawi adalah hubby mama kiter. Maka tertunailah hajat hubby mama kiter untuk menonton pertunjukkan LIMA di Langkawi.

Jom layan diantara photo yang diambil..

Keriangan diwajah semasa menanti untuk berlepas ke Langkawi..tiket flight tentera..

Suasana didalam flight tentera..CHARLIE.

Semasa keluar dari perut kapalterbang CHARLIE..


Inilah rupa kapalterbang CHARLIE yang dinaiki oleh semua kakitangan UPNM.