Thursday, March 4, 2010

KEBESARAN ALLAH

Buat sahabat blogger mama kiter yang diingati, di sini mama kiter ingin berkongsi satu anugerah yang tidak ternilai dari Yang Maha Berkuasa buat mama kiter sekeluarga dan juga besan mama kiter..Semuga apa yang di anugerahkan oleh Allah ini dapat memberi sedikit keinsafan kepada kita semua sebagai hambaNya yang lemah, hina , jahil dan banyak dosa terhadapNya.

Tanggal 28/2/20010 mama kiter telah mendapat panggilan dari jiran depan rumah. Mama kiter di tanya adakah mau menerima ikan Toman hasil joran rakan rakan suami jiran mama kiter. Sebenarnya ahli keluarga mama kiter tidak pandai sangat makan ikan darat. Jadi mama kiter agak keberatan untuk menerima pelawaan jiran mama kiter. Bila Mama kiter agak keberatan untuk menerima pelawaan jiran mama kiter itu, beliau sedikit hampa kerana ikan toman itu agak besar dan tiada siapa yang mahu sebelum mama kiter. Sudah puas jiran mama kiter bertanya, semuanya menolak.

Akhirnya apabila mama kiter dengar dengan jelas suara jiran mama kiter agak sedih diatas penolakkan mama kiter, tiba tiba mama kiter berubah hati dan terus menerima pelawaan jiran mama kiter itu lalu mama kiter berkata akan memberi pula ikan toman tersebut kepada besan mama kiter kerana sememangnya mereka sekeluarga suka makan ikan darat. Jiran mama kiter terus ceria dan minta anak mama kiter datang kerumahnya untuk mengambil ikan toman tersebut.

Memandangkan mama kiter dapat ikan toman ini waktu malam, semasa anak mama kiter bawa masuk kerumah, terus memanggil mama kiter yang berada di tingkat atas rumah untuk melihat ikan toman tersebut. Awalnya mama kiter malas nak bangun untuk melihat, hanya beri arahan sahaja kepada anak mama kiter supaya terus menyimpan ikan toman kedalan peti sejuk. Tetapi anak mama kiter terus memanggil mama kiter agar melihat ikan toman tersebut sambil berkata.."Mama, ikan ni besar sangat lahhh, boboy tak tau macam mana nak masukkan dalam peti ais tuu...marilah tengok.."

Mama kiter hanya menjengah sahaja dari tingkat atas. Mama kiter lihat ikan tersebut sememang diletak didalam kotak ais dan penuh dengan ais, jadi mama kiter terus sahaja menyuruh boboy letak sahaja kotak ais diatas meja makan. Semasa mama kiter melihat ikan toman tersebut, terlintas dihati mama kiter yang dibadan ikan tersebut ada kalimah ALLAH. Tetapi mama kiter hanya melihat sepintas lalu kerana hari dah malam, mata pun dah mengantuk, badan pun letih sangat. Jadi mama kiter hanya biarkan semua itu berlalu.

Keesokkan harinya..selepas solat subuh, mama kiter turun kedapur dan melihat ikan toman yang agak besar masih elok segar lagi walaupun tidak disimpan didalan peti sejuk. Mungkin kerana ada ketulan ais didalam kotak ais tersebut. Mama kiter pun mengambil gambar ikan toman tersebut menggunakan camera Hp..jadi kualiti gambar kurang jelas. Dan mama kiter lupa untuk membelek ikan toman tersebut. Lupa akan lintasan hati malam tadi yang mama kiter ada terlihat kalimah ALLAH di badan ikan toman tersebut. Setelah diambil gambar, mama kiter terus menyimpan ikan toman kedalam peti sejuk mama kiter.

Naik ketingkat atas, terus mama kiter buat panggilan kepada besan mama kiter dan bertanya adakah beliau mau ikan toman. Alhamdulillah, besan mama kiter terima pelawaan mama kiter dan berjanji akan mengambil ikan toman tersebut didalam waktu terdekat. Dua hari selepas itu, anak gadis besan mama kiter datang kerumah mama kiter untuk mengambil ikan toman yang telah keras didalam peti sejuk mama kiter. Semasa mama kiter memberi ikan toman untuk dibawa pulang, dalam hati masih berkata..macam ternampak kalimah Allah dibadan ikan ini, tetapi mama kiter tidak juga mebelek betul betul ikan toman itu kerana dah keras dan penuh dgn ais.

Kerja Allah, bila sampai ditangan besan mama kiter, petangnya tunangan anak mama kiter memulakan tugasnya untuk membersihkan ikan toman.Bila ais dibadan ikan toman itu sudah habis, ikan toman pun dah lembut, badan pun dah lurus..senanglah hendak di uruskan. Kerana sifat prihatin tunangan anak mama kiter ini..beliaulah yang dapat melihat keajaiban yang ALLAH tunjukkan.....Benarlah apa yang terdetik dihati mama kiter tetapi ALLah tidak izinkan mama kiter untuk melihat sendiri, hanya dapat melihat melalui gambar yang telah diambil oleh tunangan anak mama kiter. Maha Suci ALLAH....

Mama kiter kongsi berita gembira ini dengan jiran yang telah menghadiahkan mama kiter ikan toman ini. Sebak hatinya memandang kebesaran Tuhan dan terungkap rahsia mengapa semua orang yang terlibat semasa memancing tidak mahu ambil ikan toman tersebut. Rupa rupanya ikan toman tersebut adalah hadiah buat Seorang Tuan Guru Mama kiter yang sangat Mama kiter kasihi.....daripada tangan mama kiter, terus kepada besan mama kiter dan seterusnya kepada Tuan Guru mama kiter.

Jom lihat Kebesaran ALLAH....




kALIMAH ALLAH YANG AMAT JELAS...