Monday, July 27, 2009

Pengalaman Umrah

Masyallah..macam macam pengalaman semua umat islam ketika melakukan ibadah Umrah dan Haji..Pada kami 4 orang yang Allah jemput sebagai tetamunya hadir di rumah Allah..terlalu banyak kenangan yang indah membuat kami rindu untuk kembali ke bumi penuh keberkatan itu..

Di Madinah..penduduk disana,perwatakan mereka tergolong di kalangan orang yang lemah lembut dan berbudi bahasa..sehinggakan tetamu yang hadir pun automatik menjadi seperti mereka..apabila berselisih didalam lift ataupun dimana mana semuanya riang untuk memberi ucapan salam diantara satu sama lain..walaupun masing masing tidak mengenali...tidak kira apa bangsa..

Di dalam Masjid Nabawi pula jemaah wanita dan lelaki berasingan tempat solatnya..cuaca pun sedikit berbeza dengan Mekah.

Di Mekah pula..penduduk sedikit kasar perwatakan mereka..ini diakui oleh semua Mutawif yang membimbing setiap jemaah Umrah..malah kami di beritahu awal awal akan perkara ini..Didalam MasjidilHaram pula jemaah wanita dan lelaki solat bercampur apabila terlalu ramai jemaah yang datang..pengalaman kami semasa hari hari biasa..tidaklah bercampur jemaah lelaki dan wanita didalam masjid..tetapi kami dapati pada hari jumaat..terlalu ramai orang sehingga penuh ruangan masjid. Semasa itu kami dapati jemaah wanita dan lelaki bercampur ketika solat..kalau tak hati hati menjaga wuduk, memang boleh terbatal..

Tawaf..sai'e semuanya pengalaman yang indah bagi kami..walaupun berjalan didalam kelompok manusia yang ramai..tetapi tidak rasa kepenatan ataupun kepayahan kerana kita sentiasa sibuk dengan zikir,selawat,berdoa dengan penuh khusyuk..Bila melihat akan kanak kanak kecil berumur 2 tahun keatas yang telah pandai berjalan boleh melakukan tawaf dan sai'e tanpa merungut..Masyallah..itulah kerja Allah..anak kecil pun faham kemanisan beribadah..

Tidak ada erti siang atau malam bila berada di kota Mekah..didalam MasjidilHaram...setiap waktu sentiasa ada manusia yang melakukan tawaf dan sai'e. Pernah kami berniat Umrah selepas isyak..dan melakukan tawaf dan sai'e sehingga jam 3 pagi..Tetap ada manusia dan kanak kanak melakukan perkara yang sama..Masyallah..indahnya..

Rindu sentiasa bersarang di hati..Lambaian Kaabah sentiasa mengamit hati setiap umat yang pernah sampai kesana...Ingin kesana lagi.

3 comments:

  1. begitulah syahdu nya bila berada di bumi barakah nun jauh disana tapi terasa dekat di hati .. rasa macam nk segera je kesana

    ReplyDelete
  2. betullllllllll....selagi hayat di kandung badan..rase rindu tetap ada...Semoga ALLAH menjemput kita lagi..AMINN...

    TQ ummi humaira coz sudi ziarah blog saya.

    ReplyDelete
  3. nanti kite g haji same2 ye....mudah2an allah makbulkan hajat kite...aminnn....

    ReplyDelete