.jpg)



Tetapi manusia pula bila dah terlampau bijaksana, lain macam pula jadinya. Macam macam pula yang di buat, kadangkala tak terjangkau oleh akal kita yang kurang bijaksana ini..bagi mama kiter, biarlah kurang bijaksana dari terlampau hingga menyusahkan orang lain.
Manusia kalau dah terlalu kreatif, huru hara juga hidup seharian di buatnya. Mujurlah anak mama kiter tidaklah kreatif sangat, sedang sedang sahaja bak kata Irwan Shah..penyanyi dangdut yang agak popular sedikit masa dahulu. Dan mama kiter lihat rakyat Malaysia pun belum lah lagi kereatif seperti rakyat di negara lain. Paling tidak, anak orang melayu Malaysia buat mercun dan bungapi yang boleh putuskan jari, butakan mata dan pekakkan telinga. Makin ligat bila bulan Ramadhan menjelma..seronok betul anak melayu kita putuskan jari, pekakkan telinga dan butakan mata.
Rakyat Malaysia yang tidak berumah pula, kreatifnya buat rumah bawah jambatan, boleh tidur beralaskan suratkabar lama, mandi bersiramkan air longkang, makan bersajikan lebihan sisa di dalam tong sampah, demam berubatkan air ketum, ubat batuk dan bebagai bagai pil dan suntikkan yang di sediakan oleh doctor yang tak perlu ke menara gading. Bersalin didalam tandas, bayi comel disumbat dalam mangkuk tandas, di humban kebawah dari tingkat 17, di beri makan kepada biawak, di simpan dalam tong sampah, di bungkus dengan plastik, di bawa dalam beg sekolah, di tinggalkan di surau atau masjid beserta surat permintaan agar di semadikan ataupun di jaga dengan baik kepada sesiapa yang menemui..kreatif sungguh rakyat malaysia.
Di sini, mama kiter terpegun dan berfikir, mengapa rakyat malaysia tidak boleh jadi sekreatif rakyat dari negara luar ini. Mereka tidak mahu tidur beralaskan suratkabar lama, malah mereka mahu tidur dengan selesa dan berjiran dengan harmoni sekali. Adakah satu hari nanti rakyat Malaysia akan sekreatif mereka? Sama samalah kita tunggu dan lihat sekiranya di anugerahkan oleh ALLAH umur yang subsidi..
Jom ramai ramai skodeng apa mama kiter paparkan..Naik pening mama kiter layan dan zass orang orang yang terlebih sudah kreatifnya. Tak tau nak cakap apa, geleng kepala ke, senyum ke, menung ke, gelak ataupun urut dada..Apa apa pun layann je lah apa yang ada..
Cantik langsir biru di luar bangunan ini
Kelihatan juga buaian kain yang tergantung, kreatif betul
Ehh, apa hal pulak c mamat ni..oohh rock climbing agaknya!
Ishh tak takut jatuh ke bang oii!!
Ehh bro, apa yang kamu intai kat bawah tu..jangan risau lahh..
Haa, saya dah turun dah, puas sikit nak sembang..
ANTARA MAZMUMMAH UTAMA YANG MENGHILANGKAN
BAHAGIA DI HATI IALAH;
1 Pemarah yang selalu dilihat dan
paling banyak di dalam diri manusia.
Orang seperti ini jarang mendapat
kawan dan hati tentunya tidak tenang.
2. Pendendam tersembunyi iaitu ibarat
mengumpul lahar di dalam dada.
Orang seperti ini sentiasa mencari-cari
peluang untuk membalas dendam
hatta secara yang kecil sekalipun seperti
sakitkan hati atau tempelak orang
yang didendami itu. Sebab itu orang
pendendam mudah kena sakit jantung.
3. Hasad dengki- amalannya hangus akibat
hasad dengkinya itu kerana ia memiliki
sifat ketuhanan.
4. Bakhil - sentiasa merasakan orang
lain menginginkan harta,kesenangan,
pangkat dll. dari dirinya.
Contohnya sentiasa berdalih
mengatakan ia tiada duit.rezeki yang
diberi oleh Allah elok dikongsi bersama.
Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi
pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi
bakhil. Kerana walaupun fasiq,pemurahnya
itu tetap memberi manfaat pada orang lain
kerana kadangkala rezeki itu Allah beri
melalui manusia.
5. Tamak orang yang tidak puas dengan
yang sedikit nescaya tidak akan
puas dengan yang banyak kerana dunia ini
ibarat meminum air laut. walau berapa banyak
yg diminum tetap tak abis jugak...lagipun
org tamak selalu rugi. Ingat !
yang dikatakan harta atau rezeki kita
bila ia dipakai atau digunakan oleh
kita. Selagi tidak diguna iaitu
disimpan,itu belum boleh dikatakan rezeki
kita.(mungkin ada hak orang lain di situ)
Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat
keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.
6. Tidak sabar andainya perkara yang
kecil pun tidak boleh bersabar apatah
lagi hal-hal yang lebih besar.oleh
itu banyakkanlah bersabar bila hadapi
dugaan dan ujian.
7. Ego - ibu segala mazmummah jadi ia
membuatkan seseorang paling tidak tenang.
Orang yang memiliki sifat ini pantang
tercabar dari sudut zahir mahupun batin.
8. Riak terseksa sendiri kerana sentiasa
tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa
berlakun di depan orang. Jika ia dipuji,
ia akan menambah amalnya tetapi jika
dikeji, ia akan mengurangkan amalnya.
Allah marah kalau kita riak..takabbur
dgn ape yg kita ada..
9. Cinta dunia - tidak dapat menderita,
dapat pun menderita, keranabila sudah dapat
susah pula menjaganya. Berhartalah tidak
mengapa tetapi kawal hati jangan
diletakkan pada harta itu.
bile mati cuma bawa amalan dan doa
anak yang soleh/solehah.
Cinta dunia merupakan "NERAKA DUNIA",
kerana dunia itu "PANAS"
akibat ia merupakan barang buruan dan
rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu
di hati dan dunia itu ditangan
supaya dunia itu senang dibahagi bahagi
dan akhirat dibawa mati.
Kesimpulannya:
Jadi yang meragut kebahagiaan
sebenarnya bukanlah secara TOTALnya
disebabkan kemiskinan,
musibah, kesibukan dllnya. tetapi
ialah: MAZMUMMAH.
Makin tinggi mazmummah seseorang,
makin ia tidak BAHAGIA.
Samada bermujahadah atau biarkan saja
mazmummah itu, kedua-duanya tetap
menderita tetapi andainya
bermujahadah kita akan dibantu Allah
dan akan bahagia jua akhirnya.
So..sama-samalah kite sentiasa ingat
mengingati antara satu sama lain.andai
kita terleka dengan dunia buruklah padahnya.
Wallahualam.
SUASANA MENGGERUNKAN PADA HARI DIBANGKITKAN
Dari Usman bin Affan bin Dahaak bin Muzahim daripada Abbas ra. bapa saudara Rasulullah SAW dari Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud:
"Aku adalah orang (manusia) yang paling awal dibangkitkan dari kubur (bumi) pada hari kiamat yang tiada kebanggaan. Bagiku ada syafaat pada hari kiamat yang tiada kemegahan. Bendera pujian di tanganku dan nabi nabi keseluruhannya berada di bawah benderaku. Umatku adalah umat yang terbaik. Mereka adalah umat yang pertama dihisab sebelum umat yang lain. Ketika mereka bangkit dari kubur.. mereka akan mengibas (membuang) tanah yang ada di atas kepala mereka. Mereka semua akan berkata: "Kami bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan kami bersaksi bahawa Muhammad itu Rasulullah. Inilah yang! telah dijanjikan oleh Allah Taala serta dibenarkan oleh para rasul." Ibnu Abbas ra berkata: "Orang yang pertama dibangkitkan dari kubur di hari kiamat ialah Muhammad SAW. Jibril as akan datang kepadanya bersama seekor Buraq. Israfil pula datang dengan membawa bersama bendera dan mahkota. Izrail pula datang dengan membawa bersamanya pakaian pakaian syurga."
Jibril as akan menyeru: "Wahai dunia! Di mana kubur Muhammad SAW?"
Bumi akan berkata: "Sesungguhnya Tuhanku telah menjadikan aku hancur. Telah hilang segala lingkaran.. tanda dan gunung ganangku. Aku tidak tahu dimana kubur Muhammad SAW."
Rasulullah SAW bersabda: "Lalu diangkatkan tiang tiang dari cahaya dari kubur Nabi Muhammad SAW ke awan langit. Maka empat malaikat berada di atas kubur."
Israfil bersuara: "Wahai roh yang baik! Kembalilah ke tubuh yang baik!"
Maka kubur terbelah dua. Pada seruan yang kedua pula.. kubur mula terbongkar. Pada seruan yang ketiga. ketika Rasulullah SAW berd! iri.. baginda SAW telah membuang tanah di atas kepala dan janggut baginda SAW. Baginda SAW melihat kanan dan kiri.. Baginda SAW dapati.. tiada lagi bangunan. Baginda SAW menangis sehingga mengalir air matanya ke pipi.
Jibril as berkata kepadanya: "Bangun wahai Muhammad! Sesungguhnya kamu di sisi Allah Taala di tempat yang luas."
Baginda SAW bertanya "Kekasihku Jibril! Hari apakah ini?"
Jibril as menjawab: "Wahai Muhammad! Janganlah kamu takut! Inilah hari kiamat. Inilah hari kerugian dan penyesalan. Inilah hari pembentangan Allah Taala."
Baginda SAW bersabda: "Kekasihku Jibril! Gembirakanlah aku!"
Jibril as berkata: "Apakah yang kamu lihat di hadapanmu?"
Baginda SAW bersabda: "Bukan seperti itu pertanyaanku."
Jibril as berkata: "Adakah kamu tidak melihat bendera kepujian yang terpacak di atasmu?"
Baginda SAW bersabda: "Bukan itu maksud pertanyaanku. Aku bertanya kepadamu akan umatku. Di mana perjanjian mereka?"
Jibril as berkata: "Demi keagungan Tuhanku! Tidak akan terbongkar oleh bumi daripada manusia sebelummu?"
Baginda SAW bersabda: "Nescaya akan, kuatlah pertolongan pada hari ini. Aku akan mensyafaatkan umatku."
Jibril as berkata kepada baginda SAW: "Tungganglah Buraq ini wahai Muhammad SAW dan pergilah ke hadapan Tuhanmu!"
Jibril as datang bersama Buraq ke arah Nabi Muhammad SAW. Buraq cuba meronta ronta. Jibril as berkata kepadanya: "Wahai Buraq! Adakah kamu tidak malu dengan makhluk yang paling baik dicipta oleh Allah Taala? Sudahkah Allah Taala perintahkan kepadamu agar mentaatinya?"
Buraq berkata: "Aku tahu semua itu. Akan tetapi.. aku ingin dia mensyafaatiku agar memasuki syurga sebelum dia menunggangku. Sesungguhnya Allah Taala akan datang pada hari ini di dalam keadaan marah. Keadaan yang belum pernah terjadi sebelum ini."
Baginda SAW bersabda kepada Buraq: "Ya! Sekiranya kamu berhajatkan syafaatku nescaya aku memberi syafaat kepadamu."
Setelah berpuas hati.. Buraq membenarkan baginda SAW menunggangnya lalu dia melangkah. Setiap langkahan Buraq sejauh pandangan mata. Apabila Nabi Muhammad SAW berada di Baitul Maqdis di atas bumi dari perak yang putih.. malaikat Israfil as menyeru: "Wahai tubuh tubuh yang telah hancur.. tulang tulang yang telah reput.. rambut rambut yang bertaburan dan urat urat yang terputus putus! Bangkitlah kamu dari perut burung.. dari perut binatang buas.. dari dasar laut dan dari perut bumi ke perhimpunan Tuhan yang Maha Perkasa.
Roh roh telah diletakkan di dalam tanduk atau sangkakala. Di dalamnya ada beberapa tingkat dengan bilangan roh makhluk. Setiap roh akan didudukkan berada di dalam tingkat. Langit di atas bumi akan menurunkan hujan dari lautan kehidupan akan air yang sangat pekat seperti air mani lelaki. Daripadanya terbinalah tulang tulang. Urat urat memanjang. Daging kulit dan bulu akan tumbuh. Sebahagian mereka akan kekal ke atas sebahagian tubuh tanpa roh.
Allah Taala berfirman: "Wahai Israfil! Tiup tanduk atau sangkakala tersebut dan hidupkan mereka dengan izinKu akan penghuni kubur. Sebahagian mereka adalah golongan yang gembira dan suka. Sebahagian dari mereka adalah golongan yang celaka dan derita."
Malaikat Israfil as menjerit: "Wahai roh roh yang telah hancur. Kembalilah kamu kepada tubuh tubuh mu. Bangkitlah kamu untuk dikumpulkan di hadapan Tuhan semesta alam."
Allah Taala berfirman: "Demi keagungan dan ketinggianKu! Aku kembalikan setiap roh pada tubuh tubuhnya!"
Apabila roh roh mendengar sumpah Allah Taala.. roh roh pun keluar untuk mencari jasad mereka. Maka kembalilah roh pada jasadnya. Bumi pula terbongkar dan mengeluarkan jasad jasad mereka. Apabila semuanya sedia.. masing masing melihat.
Nabi SAW duduk di padang pasir Baitul Maqdis.. melihat makhluk makhluk. Mereka berdiri seperti belalang yang berterbangan.. 70 umat berdiri. Umat Nabi Muhammad SAW merupakan satu umat (kum! pulan). Nabi SAW berhenti memperhatikan ke arah mereka. Mereka seperti gelombang lautan.
Jibril as menyeru: "Wahai sekalian makhluk.. datanglah kamu semua ke tempat perhimpunan yang telah disediakan oleh Allah Taala."
Umat umat datang di dalam keadaan satu satu kumpulan. Setiap kali Nabi Muhammad SAW berjumpa satu umat.. baginda SAW akan bertanya: "Di mana umatku?"
Jibril as berkata: "Wahai Muhammad! Umatmu adalah umat yang terakhir."
Apabila nabi Isa as datang, Jibril as menyeru: Tempatmu!" Maka nabi Isa as dan Jibril as menangis.
Nabi Muhammad SAW berkata: "Mengapa kamu berdua menangis."
Jibril as berkata: "Bagaimana keadaan umatmu.. Muhammad?"
Nabi Muhammad bertanya: "Di mana umatku?"
Jibril as berkata: "Mereka semua telah datang. Mereka berjalan lambat dan perlahan."
Apabila mendengar cerita demikian, Nabi Muhammad SAW menangis lalu bertanya: "Wahai Jibril! Bagaimana keadaan umatku yang berbuat dosa?"
Jibril as berkata: "Lihatlah mereka wahai Muhammad SAW!"
Apabila Nabi Muhammad SAW melihat mereka.. mereka gembira dan mengucapkan selawat kepada baginda SAW dengan apa yang telah Allah Taala muliakannya. Mereka gembira kerana dapat bertemu dengan baginda SAW. Baginda SAW juga gembira terhadap mereka. Nabi Muhammad SAW bertemu umatnya yang berdosa. Mereka menangis serta memikul beban di atas belakang mereka sambil menyeru: "Wahai Muhammad!."
Air mata mereka mengalir di pipi. Orang orang zalim memikul kezaliman mereka. Nabi Muhammad SAW bersabda: "Wahai umatku." Mereka berkumpul di sisinya. Umat umatnya menangis.
Ketika mereka di dalam keadaan demikian.. terdengar dari arah Allah Taala seruan yang menyeru: "Di mana Jibril?" Jibril as berkata: "Jibril di hadapan Allah.. Tuhan semesta alam."
Allah Taala berfirman di dalam keadaan Dia amat mengetahui sesuatu yang tersembunyi: "Di mana umat Muhammad SAW?"
Jibril as berkata: "Mereka adalah sebaik ! umat."
Allah Taala berfirman: "Wahai Jibril! Katakanlah kepada kekasihKu Muhammad SAW bahawa umatnya akan datang untuk ditayangkan di hadapanKu."
Jibril as kembali di dalam keadaan menangis lalu berkata: "Wahai Muhammad! Umatmu telah datang untuk ditayangkan kepada Allah Taala."
Nabi Muhammad SAW berpaling ke arah umatnya lalu berkata: "Sesungguhnya kamu telah dipanggil untuk dihadapkan kepada Allah Taala."
Orang orang yang berdosa menangis kerana terkejut dan takut akan azab Allah Taala. Nabi Muhammad SAW memimpin mereka sebagaimana pengembala memimpin ternakannya menuju di hadapan Allah Taala. Allah Taala berfirman: "Wahai hambaKu! Dengarkanlah kamu baik baik kepadaKu tuduhan apa apa yang telah diperdengarkan bagi kamu dan kamu semua melakukan dosa!"
Hamba hamba Allah Taala terdiam. Allah Taala berfirman: "Hari ini.. Kami akan membalas setiap jiwa dengan apa yang telah mereka usahakan. Hari ini.. Aku akan memuliakan sesiapa yang mentaatiKu! . Dan.. Aku akan mengazab sesiapa yang menderhaka terhadapKu.. Wahai Jibril! Pergi ke arah Malik.. penjaga neraka! Katakanlah kepadanya... bawakan Jahanam!"
Jibril pergi berjumpa Malik.. penjaga neraka lalu berkata: "Wahai Malik! Allah Taala telah memerintahkanmu agar membawa Jahanam."
Malik bertanya: "Apakah hari ini?"
Jibril menjawab: "Hari ini adalah hari kiamat. Hari yang telah ditetapkan untuk membalas setiap jiwa dengan apa yang telah mereka usahakan."
Malik berkata: "Wahai Jibril! Adakah Allah Taala telah mengumpulkan makhluk?"
Jibril menjawab: "Ya!"
Malik bertanya: "Di mana Muhammad dan umatnya?"
Jibril berkata: "Di hadapan Allah Taala!"
Malik bertanya lagi: "Bagaimana mereka mampu menahan kesabaran terhadap kepanasan nyalaan Jahanam apabila mereka melintasinya sedangkan mereka semua adalah umat yang lemah?"
Jibril berkata: "Aku tidak tahu!"
Malik menjerit ke arah neraka dengan sekali jeritan yang menggerunkan. Neraka berdiri di atas tiang tiangnya. Neraka mempunyai tiang tiang yang keras.. kuat dan panjang. Api dinyalakan sehingga tiada kekal mata seorang dari makhluk melainkan bercucuran air mata mereka (semuanya menangis).
Air mata sudah terhenti manakala air mata darah manusia mengambil alih. Kanak kanak mula beruban rambut. Ibu ibu yang memikul anaknya mencampakkan mereka. Manusia kelihatan mabuk padahal mereka sebenarnya tidak mabuk.
Wallahu'alam