Wednesday, August 26, 2009

9 SEBAB-SEBAB HATI TIDAK BAHAGIA

ANTARA MAZMUMMAH UTAMA YANG MENGHILANGKAN
BAHAGIA DI HATI IALAH;

1 Pemarah yang selalu dilihat dan
paling banyak di dalam diri manusia.

Orang seperti ini jarang mendapat

kawan dan hati tentunya tidak tenang.


2. Pendendam tersembunyi iaitu ibarat
mengumpul
lahar di dalam dada.
Orang seperti ini sentiasa mencari-cari
peluang
untuk membalas dendam
hatta secara yang kecil sekalipun seperti

sakitkan hati
atau tempelak orang
yang didendami itu. Sebab itu
orang
pendendam
mudah kena sakit jantung.

3. Hasad dengki- amalannya hangus akibat
hasad
dengkinya itu kerana ia memiliki
sifat ketuhanan.


4. Bakhil - sentiasa merasakan orang
lain
menginginkan harta,kesenangan,
pangkat dll. dari dirinya.

Contohnya sentiasa
berdalih
mengatakan ia tiada duit.rezeki yang
diberi
oleh Allah elok dikongsi bersama.
Allah lebih sayang orang yang
fasiq tetapi
pemurah
tetapi benci orang yang abid tetapi
bakhil.
Kerana walaupun fasiq,pemurahnya
itu tetap memberi manfaat pada orang
lain
kerana
kadangkala rezeki itu Allah beri
melalui
manusia.

5. Tamak orang yang tidak puas dengan
yang
sedikit nescaya tidak akan
puas dengan yang banyak kerana dunia ini
ibarat
meminum air laut. walau berapa banyak
yg diminum tetap tak abis jugak...
lagipun
org tamak
selalu rugi. Ingat !
yang dikatakan harta atau rezeki
kita
bila ia
dipakai atau digunakan oleh
kita. Selagi tidak diguna iaitu

disimpan,itu
belum boleh dikatakan rezeki
kita.(mungkin ada hak orang
lain di situ)
Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat
keberkatan
iaitu dapat dimanfaatkan.

6. Tidak sabar andainya perkara yang
kecil pun
tidak boleh bersabar apatah
lagi hal-hal yang lebih besar.oleh
itu
banyakkanlah bersabar bila hadapi
dugaan dan ujian.


7. Ego - ibu segala mazmummah jadi ia
membuatkan
seseorang paling tidak tenang.
Orang yang memiliki sifat ini pantang

tercabar dari
sudut zahir mahupun batin.

8. Riak terseksa sendiri kerana sentiasa
tercari-cari
peluang untuk dipuji. Sentiasa
berlakun di depan
orang. Jika ia dipuji,
ia akan menambah amalnya tetapi jika
dikeji, ia akan
mengurangkan amalnya.
Allah marah kalau kita riak..takabbur
dgn ape
yg kita ada..

9. Cinta dunia - tidak dapat menderita,
dapat
pun menderita, keranabila sudah dapat
susah pula
menjaganya. Berhartalah tidak
mengapa tetapi
kawal hati jangan
diletakkan pada harta itu.
bile
mati cuma bawa amalan dan doa
anak yang soleh/solehah.

Cinta dunia merupakan "NERAKA DUNIA",
kerana dunia itu "PANAS"

akibat ia merupakan barang buruan dan
rebutan.
Jadi letakkanlah akhirat itu
di hati dan dunia itu di
tangan
supaya dunia itu senang dibahagi bahagi
dan akhirat dibawa mati.

Kesimpulannya:

Jadi yang meragut kebahagiaan
sebenarnya bukanlah secara
TOTALnya
disebabkan kemiskinan,
musibah, kesibukan dllnya. tetapi

ialah:
MAZMUMMAH.
Makin tinggi mazmummah seseorang,
makin ia tidak BAHAGIA.

Samada bermujahadah atau biarkan saja
mazmummah itu,
kedua-duanya tetap
menderita tetapi andainya
bermujahadah kita akan dibantu
Allah
dan akan
bahagia jua akhirnya.
So..sama-samalah kite sentiasa ingat

mengingati
antara satu sama lain.andai
kita terleka dengan dunia
buruklah padahnya.

Wallahualam.

1 comment:

  1. salam mama..

    ada tag tuk mama. kalau free jwb yew?dah jwb bg tahu..

    mama saya ssh la nak tls kat chat boz tuh sbb ada bunga besar tuh. mcm ne saya x nak dia ada kat situ. pueh dah klik2..tapi ade gak.

    ReplyDelete