Friday, August 28, 2009

KREATIFNYA

Memang manusia ini di anugerahkan oleh ALLAH dengan akal yang sangat hebat dan sempurna. Masyaallah, kasihnya ALLAH kepada setiap hambanya yang hidup di mukabumi ini. Lebih mulia makhluk ALLAH yang beri nama Manusia daripada haiwan kerana akalnya..


Tetapi manusia pula bila dah terlampau bijaksana, lain macam pula jadinya. Macam macam pula yang di buat, kadangkala tak terjangkau oleh akal kita yang kurang bijaksana ini..bagi mama kiter, biarlah kurang bijaksana dari terlampau hingga menyusahkan orang lain.


Manusia kalau dah terlalu kreatif, huru hara juga hidup seharian di buatnya. Mujurlah anak mama kiter tidaklah kreatif sangat, sedang sedang sahaja bak kata Irwan Shah..penyanyi dangdut yang agak popular sedikit masa dahulu. Dan mama kiter lihat rakyat Malaysia pun belum lah lagi kereatif seperti rakyat di negara lain. Paling tidak, anak orang melayu Malaysia buat mercun dan bungapi yang boleh putuskan jari, butakan mata dan pekakkan telinga. Makin ligat bila bulan Ramadhan menjelma..seronok betul anak melayu kita putuskan jari, pekakkan telinga dan butakan mata.


Rakyat Malaysia yang tidak berumah pula, kreatifnya buat rumah bawah jambatan, boleh tidur beralaskan suratkabar lama, mandi bersiramkan air longkang, makan bersajikan lebihan sisa di dalam tong sampah, demam berubatkan air ketum, ubat batuk dan bebagai bagai pil dan suntikkan yang di sediakan oleh doctor yang tak perlu ke menara gading. Bersalin didalam tandas, bayi comel disumbat dalam mangkuk tandas, di humban kebawah dari tingkat 17, di beri makan kepada biawak, di simpan dalam tong sampah, di bungkus dengan plastik, di bawa dalam beg sekolah, di tinggalkan di surau atau masjid beserta surat permintaan agar di semadikan ataupun di jaga dengan baik kepada sesiapa yang menemui..kreatif sungguh rakyat malaysia.


Di sini, mama kiter terpegun dan berfikir, mengapa rakyat malaysia tidak boleh jadi sekreatif rakyat dari negara luar ini. Mereka tidak mahu tidur beralaskan suratkabar lama, malah mereka mahu tidur dengan selesa dan berjiran dengan harmoni sekali. Adakah satu hari nanti rakyat Malaysia akan sekreatif mereka? Sama samalah kita tunggu dan lihat sekiranya di anugerahkan oleh ALLAH umur yang subsidi..


Jom ramai ramai skodeng apa mama kiter paparkan..Naik pening mama kiter layan dan zass orang orang yang terlebih sudah kreatifnya. Tak tau nak cakap apa, geleng kepala ke, senyum ke, menung ke, gelak ataupun urut dada..Apa apa pun layann je lah apa yang ada..


Cantik langsir biru di luar bangunan ini

Kelihatan juga buaian kain yang tergantung, kreatif betul

Ehh, apa hal pulak c mamat ni..oohh rock climbing agaknya!

Ishh tak takut jatuh ke bang oii!!


Ehh bro, apa yang kamu intai kat bawah tu..jangan risau lahh..


Haa, saya dah turun dah, puas sikit nak sembang..

4 comments:

  1. xde keje ke dia org nihh...dh puas hidup gamaknya...baik brsantai kt jln ketapi je..biar terus kena gilis.

    ReplyDelete
  2. hahahahaha...
    pelik2 jek org nie..

    baik punya pot!!

    ReplyDelete
  3. ini betui-betui reatif .......walau merbahaya...tapi demi nama....dia orang ni sanggup lakukan apa sahaja......

    ReplyDelete
  4. hohoho kreatif memang kreatif....tak sanggup nakkreatif macam nih...gayattttt.

    ReplyDelete