Wednesday, August 12, 2009

KULIAH BULANAN

Alhamdulillah, syukur ke hadrat ALLAH dengan izin dan rahmatnya dapatlah mama kiter, kak mimieloma dan ucu sekeluarga menghadiri Kuliah Agama yang sememangnya kami adakan setiap bulan bergilir gilir di teratak kami. Kebetulan kuliah pada bulan ini, gilirannya di rumah kak mimieloma yang terletak di Salak Tinggi. Maka kami 3 bersaudara telah berkumpul di rumah kak mimieloma. Semoga ALLAH menurunkan rahmatnya kepada tuan rumah seisi keluarga..Insyallah..AMIN..

Kebetulan Ustaz yang menyampaikan kuliah pun adalah adik mama kiter. Alhamdulillah..Sejuk perut mak mama kiter kerana mendapat anak yang soleh, Insyallah..Memandangkan bulan Ramadhan Al Mubarak hampir tiba, maka kuliah yang di sampaikan juga menyentuh bab puasa. Walaupun dah belajar di sekolah dan mendengar kuliah di tempat lain..masih banyak lagi yang kita tidak tahu dan tidak jelas..Ilmu fardhu ain ini wajib di tuntut dan di pelajari. Untuk mendalami ilmu, apa salahnya kita belajar dan ulangkaji kembali apa apa yang kita tertinggal semasa kecil kecil,remaja dan sterusnya kita dewasa. Tidak rugi sekiranya kita belajar ugama.

Bila umur makin meningkat dan makin masuk s
enja, apa salahnya kita isi dan tampal kekosongan yang berbaki di dalam diri kita. Sesungguhnya ALLAH kasih kepada hambanya yang suka menuntut ilmu. Malah selagi kita hidup, kita di wajibkan menuntut ilmu. Sekiranya di usia muda AllAH kurniakan taufik dan hidayahnya..alangkah bertuahnya seseorang hamba ALLAH itu. Tetapi jika di hujung kehidupan sekiranya ALLAH memilih kita agar menjadi hambanya yang beriman dan bertaqwa, alangkah bahagianya..Yang kita bimbang sekiranya kita tercicir dari hidayah ALLAH..Na'zubillah..

"Ya ALLAH, demi keagungan dan kebesaranmu, melalui keberkatan Rasulullah kekasih mu, KAU kurniakanlah kepada kami,zuriat keturunan kami dan saudara saudara kami, keimanan, ketaqwaan, kesolehan dan ilmu yang bermanfaat sepertimana yang telah kau kurniakan kepada orang orang yang kau kasihi. AMIN YA RABBAL 'ALAMIN."

DI sini telah mama kiter paparkan suasana semasa majlis kuliah yang di adakan di rumah kak mimieloma.


Wajah Ustaz Salehudin Perwira


Murid murid yang hadir Kuliah Agama



Mama kiter dan hubby memberi perhatian sepenuhnya di dalam class Agama


Kak mimieloma sedang khusyuk mendengar kuliah

10 comments:

  1. akhirat tidak dilupa...semoga diberkati.....

    ReplyDelete
  2. bagus buat kuliah agama macam ni walau cuma disertai oleh adik-beradik... alhamdulillah... semoga berterusan....

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah dan Insyallah abg din, kita hidup atas dunia hanya sementara,nak menghadadap Allah nanti,apa bekalan yang kita nak bawa kalau kita tak buat persediaan. Semoga Allah memberkati apa yang kami lakukan.

    Betul easza, nak belajar agama ni tak payanh tunggu ramai ramai, seorang diri pun cukup. Lebih indah kalau seisi keluarga yang mau..Alhamdulillah. Sekiranya di dunia kita hidup bersama dengan keluarga, tentulah di sana pun kita kalau boleh nak hidup bersama juga..Insyallah..

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah...malaikat ada bersama sekiranya kita melakukan majlis ilmu dan m'hadiri majlis ilmu..semoga berterusan melakukannya..

    Rindu Ramadhan..tak sabar...

    ReplyDelete
  5. yg ritu x datang lagi cz g jumpa lawyer umah tu...yelah nk g jumpa lawyer sabtu ahad je ade cz tnggu hubby ku balik...huhuhu...bila next ek...after raye ek...mudah2an lepas2 ni x de lagi la halangan aja sekeluarga nk menghadiri kuliah ni...amin

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah tu...... actually walaupun kita ni seorang terpelajar sekali pun....kekadang atau mungkin selalunya kita lupa ...so...sebab itu lah setiap dari kita kena rajin-rajin mencari atau belajar ilmu agama...mudah-mudahan kita semua dapat hidup dan mati dalam iman.

    ReplyDelete
  7. salam mama..
    sonokkan mama,dapt tambah ilmu agama..

    ReplyDelete
  8. Salam...
    Ohh bestnyer mama kiter selalu ikut majlis ilmu macam ni...ada inisiatif wat kat rumah lagi, gilir2 dua tiga family...seronok tu...alhamdulillah..pakat2 kita tingkatkan amal..InsyaAllah

    ReplyDelete
  9. mudah2an ke 12 adik beradik kite semuanye allah kurniakan taufik n hidayah aminnn....semoga roh kedua ibu bapa kite d tempatkan dlm golongan hamba2 yg allah kasih n semoga kuliah agama yg kite lakukan setiap bulan ini menerangkan lagi kubur kedua ibu bapa kite...aminnn.....
    kite dah terbiasa d didik dgn suasana mencari ilmu agama oleh ibu bapa kite n semoga perjuangan yg kite teruskan ini akan menjadikan ank2 kite juga cinta pada agama ALLAH ini......(ucu)

    ReplyDelete
  10. Salam Ma,

    Alhamdulillah, dapat pegi majlis ilmu untuk santapan hati.

    Sebenarnya sejak saya kerja company ni, dah lama tak hadiri majlis ilmu. Kengkadang tu tercari-cari majlis ilmu yg bolah saya hadiri untuk membersihkan jiwa. Malangnya, gagal.

    Dulu company lama setiap Jumaat minggu pertama dan kedua pasti ada majlis ilmu untuk kaum muslimah. Kalau nak ke masjid pun jarang-jarang sgt sebab selalunya didominasi oleh kaum adam.

    Kalau saya nak jemput Ustaz ni dtg bagi majlis ilmu kat ofis saya nih bulan puasa boleh tak ma?

    ReplyDelete