Monday, August 17, 2009

MAMA KITER DI BENTONG

Alhamdulillah pada hari sabtu bersamaan 15/8/09 tempoh hari mama kiter telah pun menghadiri satu program yang di anjurkan oleh HPA kepada ahli ahli ataupun orang yang berkeinginan untuk mengetahui apa itu HPA, di Bentong Pahang.

Mama kiter merasa cukup bertuah kerana ALLAH telah memilih mama kiter dari di antara yang ramai untuk bersama sama di dalam program tersebut.Pada peringkat awalnya, didalam hati mama kiter tertanya tanya apakah yang akan mama kiter dapat apabila mengikuti program PBC ini. Apakah keuntungan mama kiter sekiranya mama kiter hadirkan diri di dalam program ini. Berbaloikah mama kiter meninggalkan hubby dan anak anak mama kiter selama 2 hari 1 malam.

Alhamdulillah..apabila mama kiter telah mendaftarkan diri di kaunter seterusnya mama kiter terus memasuki dewan kuliah..wowww!!!dalam hati mama kiter melonjak kegembiraan bila merasa diri menjadi bagaikan student universiti. Setelah sekian lama meninggalkan bangku sekolah dan sememangnya tidak pernah merasa melanjutkan pelajaran keperingkat yang tinggi kerana telah bertemu jodoh di awal usia remaja, inilah kali pertama mama kiter merasa diri kembali remaja..jangan marah yee..sebab suasana di dewan membuatkan mama kiter merasa bagaikan student. Di tambah pula yang menghadiri program tersebut rata rata terdiri dari student IPTA dan DARUL QUR'AN. Ada juga sebilangan dari kalangan yang berusia.

Apa yang mama kiter dapat simpulkan di sini, sesuangguhnya langsung tiada kerugian buat mama kiter setelah menghadiri program PBC HPA ini malah banyak ilmu yang di timba dan banyak kesedaran dalam diri untuk mengubah cara hidup, cara makan, cara menjaga kesihatan yang bersesuaian dgn kehendak ALLAH dan RASULnya. Walaupun tidak mungkin dapat 100% untuk mengubahnya, sekurang kurangnya cuba sedaya upaya untuk mengikuti apa yang di sebut oleh ALLAH dan RASULnya.."MAKANLAH DARI YANG HALAL DAN BAIK LAGI SUCI."

Salah seorang penceramah herbalis dari HPA iaitu TUAN HAJI RAMLY AHMAD menyatakan bahawa hakikat penyakit berpunca dari manusia yang tidak taat kepada PERINTAH ALLAH dan tidak mengikut SUNNAH RASULULLAH. Logiknya pada pandangan morden sememangnya penyakit berpunca dari berbagai bagai sebab, di antaranya ialah timbunan toksid di dalam tubuh, cara pemakanan dan sebagainya. Kesemua fakta itu betul. Sedikitpun tiada salahnya. Tetapi hakikatnya ialah TIDAK TAAT PERINTAH ALLAH DAN TIDAK IKUT SUNNAH RASULULLAH adalah faktor yang paling tepat menyebabkan seseorang itu berpenyakit.
Contoh yang telah di beri a
gak simple, iaitu- makan sambil berdiri dan berjalan boleh mengakibatkan usus bermasaalah, apabila usus bermasaalah, pembuangan najis tidak berjalan lancar, maka di situ sudah mulanya penyingkiran toksid di dalam badan mula celaru, makan daging beserta dgn ikan, makan ikan beserta dgn susu, makan buah selepas makan berat, minum air berselang seli dengan makan dan banyak lagi lah, kesemua ini kita abaikan. Sedangkan RASULULLAH telah memberitahu cara pemakanan yang betul..tetapi kita sebagai manusia tidak mengambil berat semua ini.
Setiap apa yang RASULULLAH tekankan kepada umatnya hatta cara kita mengambil makanan pun ada rahsianya yang tersendiri. Rasulullah tidak membuat sesuatu perkara mengikut hawa nafsunya. Semua yang RASULULLAH lakukan dan ajurkan kepada umatnya datang dari perintah ALLAH.


Maka apabila cara dan corak pemakanan pun di ajar oleh RASULULLAH, di situ ada kebaikkan kesihatan buat umatnya. Ada barakahnya di situ sekiranya kita benar benar mengikutinya. Malangnya kita sebagai orang ISLAM termasuk mama kiter telah mengabaikan apa yang telah RASULULLAH ajar. Maka tidak hairanlah di zaman morden ini, terlalu banyak penyakit yang tidak keta
huan namanya menular kepada manusia. Salah satunya yang hari hari di sebut dan di perbincangakan ialah selsema BABI. Nak sebut pun malu..tapi apakan daya..kena sebut juga. Logiknya..sepatutnya sebagai orang ISLAM, tidak akan di jangkiti penyakit ini oleh kerana orang ISLAM tidak makan si kerbau pendek. Malangnya..orang ISLAM pula yang ramai di jangkiti penyakit si kerbau pendek ini.

Jadi, bersama samalah kita renung renungkan mengapa ada orang ISLAM yang kena. Ini adalah amaran dari ALLAH untuk kita orang ISLAM supaya benar benar menghayati apa yang ALLAH perintah supaya memakan yang HALAL lg SUCI. Sekarang terlalu banyak yang meragukan kita..Kita terlalu berpuashati dengan logo HALAL yang telah di palsukan oleh orang bukan ISLAM. Perkara ini tidak boleh di nafikan kerana mama kiter juga tergolong di dalam golongan yang berpuashati dengan logo HALAL..Sedihnyaaa..Semoga ALLAH ampunkan dosa mama kiter kerana kealpaan dan kesilapan yang telah di lakukan.

ALLAH memerintahkan manusia supaya memakan benda yang halal lagi suci..tetapi kita abaikan juga perkara ini. Yang kita ambil berat sangat sangat ialah HALAL,suci dan baik kita tak pernah ambil tahu dan pandang remeh. Sedangkan logo HALAL pun telah ditipu kesahihannya. Perkara ini telah selalu keluar di dalam media cetak ataupun media letronik.

Sesungguhnya sebagai hamba ALLAH yang berugama ISLAM dan umat RASULULLAH, wajiblah kita mencari sedapat mungkin produk yang benar benar HALAL lagi SUCI sekiranya kita benar benar inginkan keberkatan hidup, ketenangan hati dan yang paling utama agar IMAN kita subur. INSYALLAH.

Mama kiter bukan nak kempen, sekadar menyampaikan apa yang mama kiter dapat semasa menghadiri program PBC HPA, sebagai orang yang mengaku ISLAM adalah AGAMA ku, maka kembalilah mencari alternatif untuk mendapatkan produk dan rawatan yang benar benar HALAL LAGI SUCI.

OK, jom layan dan zass apa yang mama kiter buat semasa di program PBC HPA, Bentong Pahang.



Herbalis HPA, Tuan Haji Ramly menyampaikan ceramah tentang HERBA dan perawatan ISLAM.

Ustaz Sukri menyampaikan ceramah mengenai kewajipan mencari produk HALAL dan BAIK.


Encik Hafidzan menyampaikan ceramah mengenai pemasaran produk HPA

Para peserta yang hadir semasa program PBC HPA


Mama kiter di antara peserta yang hadir

Sedang berbincang untuk melaksanakan tugas kumpulan yang di beri


Mama kiter bersama anak anak dari UIA dan UITM

Rakan baru mama kiter



Mama kiter bersama pemilik blog DE EIMAN

Amalina student dari UITM (baju merah), Munira student dari UIA



Bergambar bersama tenaga pengajar HPA dan para peserta wanita

Peserta lelaki bersama tenaga pengajar

p/s:
kepada sesiapa yang ingin mengikuti program PBC anjuran HPA yang terkini, boleh lah layari blog DE EIMAN untuk maklumat lanjut. Mama kiter menyeru kepada rakan rakan sesama ISLAM..cubalah hadiri..anda akan merasa sendiri indahnya ANDA di antara orang di pilih untuk menyertai program PBC ini.


4 comments:

  1. insyaAllah satu hari nanti ucu joint yeee....bawa2 besabar ye...
    p/s k.lai,ucu nak bawa p.cu cek mata...mau tahu apa sakit duduk dlm itu p.cu punya badan...ada bole kaaa????? itu hj ramly hari2 buka ini blog mama kiter kan...kasi baca ini komen ha...:-)

    ReplyDelete
  2. itu maksudnye tuhan dh tarik sket nikmat dari tuan punye bdn...

    ReplyDelete
  3. Salam Mama Kiter..

    Trm kasih krn sudi berkunjung ke blog zai yer..

    thanks atas info mengenai HPA nie..mmg sgt bagus utk kesemua umat islam...

    ReplyDelete