Wednesday, August 5, 2009

Tanda-Tanda Saat Kematian
a) 100 hari : Seluruh badan rasa bergegar.
b) 60 hari : Pusat rasa bergerak-gerak.
c) 40 hari : Daun dengan nama orang yang akan mati di arash akan jatuh
dan malaikat maut pun datang kepada orang dengan nama tersebut lalu
mendampinginya sehingga saat kematiannya. Kadang-kadang orang yang
akan mati itu akan merasa atau nampak kehadiran malaikat maut
tersebut dan akan
sering kelihatan seperti sedang rungsing.
d) 7 hari : Mengidam makanan.
e) 5 hari : Anak lidah bergerak-gerak.
f) 3 hari : Bahagian tengah di dahi bergerak-gerak.
g) 2 hari : Seluruh dahi rasa bergerak-gerak.
h) 1 hari : Terasa bahagian ubun bergerak-gerak di antara waktu subuh
dan asar.
i) Saat akhir : Terasa sejuk dari bahagian pusat hingga ke tulang solbi
di
bahagian belakang badan

Seelok-eloknya bila sudah merasa tanda yang akhir sekali, mengucap
dalam
keadaan qiam and jangan lagi bercakap-cakap.

******Bila Malaikat MencabutNyawa*
*****

Baginda Rasullullah S.A.W bersabda:

"Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu
kumpulan
malaikat kedalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka
menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai
kelutut.
Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh
dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar.
Datang
lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari
perut
hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali
datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya
hingga sampai kekerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang
itu."
Sambung Rasullullah S.A.W. lagi;

"Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail
A.S.
akan menebarkan sayapnya yang disebelah kanan sehingga orang yang nazak
itu
dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu
melihat surga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada
disekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan
melihat
terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S."

Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan
menebarkan
sayap disebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat
kedudukannya
di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang
disekelilingi nya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat
neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.

Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang
mukmin
itu dicabut nawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut
hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah
zikir
dari mulut orang mukmin itu dengan berkata: "Tidak ada jalan bagimu
mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa
menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T." Setelah malaikat maut
mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada Allah S.W.T. dan
menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu. Lalu Allah
S.W.T. berfirman yang bermaksud:

"Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain."Sebaik saja
malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut pun
cuba
mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari
arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim
dan
keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu
untuk
mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan
sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini
menulis
ilmu pengetahuan."

Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari
arah
tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat
maut
juga gagal melakukan sebab kaki berkata: "Tidak ada jalan bagimu dari
arah
ini kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat
dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis
ilmu."
Apabila gagal malaikat maut, mencabut roh orang mukmin dari arah kaki,
maka
malaikat maut cuba pula dari arah telinga.Sebaik saja malaikat maut
menghampiri telinga maka telinga pun berkata:"Tidak ada jalan bagimu
dari
arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan
zikir."
Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata
tetapi
baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata:"Tidak ada jalan
bagimu
dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan
kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah.
"Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian
Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu
ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu.
"Sebaik
saja mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh
orang itu dan menunjukkan Asma Allah S.W.T. Sebaik saja melihat Asma
Allah
dan cintanya kepada Allah S.W.T maka keluarlah roh tersebut dari arah
mulut
dengan tenang.

Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar
dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A:"Roh itu menuju ketujuh tempat:-
1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut
kehendak
mereka.
5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi
dan
tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak
misik.
7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka
diseksa
berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat."

Telah bersabda Rasullullah S.A.W:
Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat
pada
hari mereka keluar dari kuburnya:-

i. Orang-orang yang mati syahid.
ii. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
iii. Orang berpuasa di hari Arafah.

Sekian untuk renungan kita bersama, Semoga kita mendapat RAHMAT dari ALLAH.



No comments:

Post a Comment