Sunday, September 6, 2009

ASAL USUL SOLAT



SUBUH:
ialah Nabi Adam a.s., iaitu tatkala baginda keluar
dari syurga lalu dihantar ke bumi. Perkara pertama
yang dilihatnya ialah kegelapan Dan baginda berasa
takut yang amat sangat. Apabila fajar Subuh telah
keluar Nabi Adam a.s. Pun bersembahyang dua rakaat.
Rakaat pertama:- Bersyukur baginda kerana terlepas
dari kegelapan malam.
Rakaat kedua:- Bersyukur baginda kerana siang
telah menjelma.

ZOHOR:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Zohor
ialah Nabi Ibrahim a.s.,iaitu tatkala Allah s.w.t.
Telah memerintahkan padanya agar menyembelih
anaknya Nabi Ismail a.s. Sedang seruan itu
datangnya pada waktu tergelincir matahari
lalu sujudlah Nabi Ibrahim empat rakaat.
Rakaat pertama:- Bersyukur bagi penebusan..
Rakaat kedua:- Bersyukur kerana dibukakan
dukacitanya Dan juga anaknya.
Rakaat ketiga:- Bersyukur Dan bermohon akan
keredhaan Allah.
Rakaat keempat:- Bersyukur kerana korbannya
digantikan dengan tebusan kibas.

ASAR:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Asar
ialah Nabi Yunus a.s.,tatkala baginda
dikeluarkan oleh Allah dari perut ikan nun.
Ikan nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi
pantai sedang ketika itu telah masuk waktu Asar.
Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang
empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan
oleh Allah daripada 4 kegelapan iaitu:
Rakaat pertama:- Kelam dengan kesalahan.
Rakaat kedua:- Kelam dengan air laut.
Rakaat ketiga:- Kelam dengan malam.
Rakaat keempat:- Kelam dengan perut ikan Nun.

MAGHRIB:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Maghrib
ialah Nabi Isa a.s.,tatkala baginda dikeluarkan
oleh Allah dari kejahilan Dan kebodohan kaumnya,
sedang waktu itu telah terbenamnya matahari.
Bersyukurlah Nabi Isa lalu bersembahyang tiga
rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan
tersebut, iaitu:
Rakaat pertama:- Untuk menafikan ketuhanan selain
daripada Allah yang Maha Esa.
Rakaat kedua:- Untuk menafikan tuduhan Dan juga
tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah
dituduh melakukan perbuatan sumbang.
Rakaat ketiga:- Untuk meyakinkan kaumnya bahawa
Tuhan itu hanya satu iaitu Allah jua, tiada dua
atau tiga.

ISYAK:
Orang yang pertama mengerjakan sembahyang Isyak
ialah Nabi Musa a.s. Pada ketika itu Nabi Musa
telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri
Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan
dukacita. Allah lalu menghilangkan semua
perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir.
Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai
tanda bersyukur.
Rakaat pertama:- Dukacita terhadap isterinya.
Rakaat kedua:- Dukacita terhadap saudaranya
Nabi Harun.
Rakaat ketiga:- Dukacita terhadap Firaun. Rakaat
keempat:- Dukacita terhadap anak Firaun
Terbitkan makna dalam Kita mengerjakan solat
Semoga dengan memahami bacaan
Akan membuat Kita lebih khusuk dalam solat.
Allah Maha Besar
(Takbiratulihram)

Doa Iftitah
Allah Maha Besar Dan segala puji bagi Allah dengan
banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi Dan petang.
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit
Dan bumi, Dengan suasana lurus Dan berserah diri Dan
aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya
solatku,
Ibadatku,
Hidupku,
Matiku
Adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.
Tidak Ada sekutu bagiNya Dan kepadaku diperintahkan
untuk tidak Menyekutukan bagiNya Dan aku dari golongan
orang Islam.

Al-Fatihah
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha
Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta
alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Yang menguasai Hari pembalasan..
Hanya Engkaulah yang kami sembah Dan hanya kepada
Engkau kami mohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan
nikmat kepada
mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai Dan
bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan ketika rukuk
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia Dan dengan
segala puji-pujiannya.Bacaan ketika bangun
dari rukuk Allah mendengar pujian orang yang
memujinya.

Bacaan ketika iktidal
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala
pujian.

Bacaan ketika sujud
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi Dan dengan
segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua
sujud
Ya Allah, ampunilah daku,
Rahmatilah daku,
Kayakan daku,
Angkatlah darjatku,
Rezekikan daku,
Berilah aku hidayah,
Sihatkanlah daku Dan
Maafkanlah
akan daku.

Bacaan ketika Tahiyat Awal
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik
adalah untuk Allah Sejahtera atas engkau wahai Nabi
Dan rahmat Allah serta Keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami Dan atas hamba-hamba Allah yang
soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah Dan aku
naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi
Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik
adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi Dan rahmat
Allah serta keberkatannya.Sejahtera ke atas
kami Dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada
Tuhan melainkan Allah Dan aku naik saksi
bahawasanya
Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas
Nabi Muhammad Dan ke
atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan
ke atas Ibrahim Dan atas keluarga Ibrahim.
Berkatilah ke atas Muhammad Dan atas keluarganya
sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim Dan
atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini.
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha
Agung.

Doa Qunut
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana
orang-orang yang telah Engkau tunjuki.
Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang
yang telah Engkau sejahterakan.Pimpinlah aku
sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.
Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah
Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada
segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan
dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu
selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina
orang yang memperolehi pimpinanMu.
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan
maha tinggi Engkau.
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji
terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.
Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi
dan sejahtera keatas keluarganya dan
sahabat-sahabatnya.

"Wahai Tuhan, aku tak layak ke syurgaMu ....namun
tak pula aku sanggup ke NerakaMu....kami lah hamba
yang mengharap belas darimu
."ya Allah
jadikan lah kami hamba2 Mu yang
bertaqwa..ampunkan dosa2 kami .kedua
ibubapa kami .dosa semua umat2 Islam yang masih
hidup mahupun yang telah meninggal
dunia"


AKAN KU SAMPAI KAN
WALAU SEBARIS AYAT

No comments:

Post a Comment