Wednesday, September 9, 2009

BERPISAH

Memandangkan kak teh kakak mama kiter telah pun berkahwin dengan orang luar negara, maka kewajipan isteri adalah mengikut dan taat kepada suami . Maka demi kerana taat , kak teh pun dengan berat hati telah meninggalkan seluruh keluarga di Malaysia untuk bermaustatin di bumi London.

Tetapi zaman sekarang dunia sudah canggih, Allah telah memberikan ilmu kepada hambanya untuk mencip
ta teknologi yang boleh membuatkan seluruh dunia rasa duduk depan mata, walupun jauh beribu batu. Teknologi Maklumat dan juga internet telah mendekatkan jarak yang jauh, boleh lihat wajah dan berinteraksi dengan seseorang setiap masa, walaupun jauh..Itu lah dunia IT.

Walaupun jauh. kak teh dan keluarga sentiasa berhubungan. Dapatlah juga melepaskan rindu. Menurut kak teh, sekarang beliau sedang belajar bahasa urdu, maklumlah kak teh telah berkahwin dengan orang pakistan. Dan kabarnya , kak teh duduk di London di dalam komuniti Pakistan yang menjadi rakyat london. Insyallah, balik tahun depan, kak teh dah bijak berbahasa urdu.

Semuga kak teh dan brother Avaiz berbahagia dan di Rahmati Allah hendaknya.Amin..Meh kita layan photo semasa saat perpisahan kami di Airport semasa kami menghantar kak teh dan brother terbang ke London.


Kak teh dah start menangis, cover jenguk jenguk purse gitu..

Kak Teh dan adik adik serta ipar ipar

Brother bersama Abang Cik suami mimieloma

Kak teh bersama mama kiter, ucu, kak lang dan rakan k teh

Kak teh bersama sama anak anak dan menantunya


3 comments:

  1. salam mama...dah suratan ketentuan.....ada hikmah disebalik perpisahan...dunia la jauh camner pun rasa macam dok dpn mata ja....

    ReplyDelete
  2. Salam,

    Hujan batu di negeri orang...hujan emas di negeri sendiri ....ukhussss..... betui ke pepatah tu........

    ReplyDelete
  3. betul tu maz. dah ketentuan allah untuk manusia..kita perle redha akan kehendaknya..lagipun sekarang semua dah jd dekat..on saje lah internet..

    betul tu chekdenoor. pepatah begitu, mengikut kate k teh..nak balik malaysia rasenya..kalau ada sayap akan k teh terbang balik..tp apakan daya..dah jadi isteri org..taat je lahh..

    ReplyDelete