Thursday, September 3, 2009

BISNES MUSIM RAYA

Lazimnya pada bulan Ramadhan rezeki hamba Allah berlipat ganda melalui perniagaan. Tidak kira apa pun perniagaan yang di usahakan, Insyallah dapatlah menampung perbelanjaan ketika menyambut kedatangan Syawal. Ada yang memperolehi pendapatan yang sedang sedang sahaja dan ada yang lumayan. Semua ini adalah rezeki yang Allah anugerah kepada setiap hambanya di mukabumi ini.

Di antara yang ramai mencari rezeki di dalam perniagaan semasa bulan Ramadhan ini adalah adik mama kiter, si UCU. Beliau telah mengambil tempahan kuih maruku dan rempeyek sejak tahun 2005 yang lalu. Awalnya ucu hanya buat kuih untuk suka suka memenuhi masa lapang yang
terluang. Ucu cuba cuba hantar kuihnya ke kedai runcit berdekatan kediamannya. Alhamdulillah dengan Rahmat Allah kuih ucu mendapat sambutan yang menggalakkan.

Berhenti menghantar ke kedai..ucu teruskan dengan menerima tempahan dari orang ramai yang menggemari maruku dan rempeyek ucu. Setiap tahun awal Ramadhan ucu dah mula bersilat di dapur untuk menyiapkan tempahan maruku dan rempeyeknya. Masuk 3 tahun buat kuih, ucu mula rasa kepenatan, dan mula menghadkan tempahan. Kelakar pula bila lihat cara ucu berniaga, selalunya pelanggan yang minta berapa banyak yang mereka mahu, tetapi ucu lain pula..dia yang hadkan berapa banyak tempahan untuk setiap pelanggannya..kadang kala sampai merayu rayu pelanggan untuk menambah tempahan..tapi ucu kate tak boleh..ucu tak larat sebab ucu nak tidur...ucu tak boleh kurang tidur..nanti ucu pening!!!

Tahun ini, ucu sudah berhenti buat rempeyek walaupun banyak permintaan..ucu kata tak larat sebab rempeyek agak rumit pembuatannya dari maruku. Jadi pada tahun ini ucu hanya beri tumpuan untuk buat maruku sahaja. Memang sedap maruku ucu..mengikut kata ucu, dia buat kuih hanya untuk seronok seronok sahaja, bukanlah sebagai mata pencarian wajib bagi dirinya. Sebab itu ucu buat kuih ikut suka dia..Mama kiter selalu usik ucu dengan mengatakan bahawa ucu dah kaya, sebab itu cari duit dengan cara main main sahaja. Ucu kate.."AMIN!!!, mudah mudahan Allah makbulkan apa yang mama kiter cakap.."

Rempeyek tiada pada tahun ini. Sedih para pelanggan ucu..Jom lihat wajah ucu dan kuih maruku untuk para pelanggannya yang sudah siap di pack.


UCU
Maruku hasil air tangan UCU

5 comments:

  1. Assalamualaikum wbrt :)

    Ucu secantik kakaknya a.k.a Mama Kiter

    ReplyDelete
  2. hahahhahah.....bijaknye lah mamam kiter karang citer yee....mmg kesian kat pelanggan yg dah tiap2 tahun oder kuih ucu...tp ucu mmg dah x larattttt....penat betul ngadap kuali...dulu2 pasang pekerje...tp sekarang pekerje ucu dah wat sendiri coz dia ibu tunggal, ucu ajar dia resipi n suruh dia wat sendiri...alhamdulillah, sekarang dia pun dah x menang tangn...pastuuuuuuuuuu...tahun ini ucu sibuk lah coz ketiga2 ank ucu sekolah lain2 sessi, so kene kuar masuk nak amek n anta derang sekolah...huhuhuhu..penatttt.....
    blogger mama kiter nak tahuu...custumer ucu kat shah alam sampai merajuk ngan ucu coz ucu x amek tempahan dia tahun ni....kelakar betul..

    p/s pd sofia..thanks atas pujian tu....untuk pengetahuan sofia kami mmg d gelar kembar siam oleh mimieloma....kami ni kembar tp lain tahun...hehehe..kat mekah dulu kami d gelar kucing siam oleh teman sebilik...

    ReplyDelete
  3. Muruku.....waduh terasa nak oder satu bungkus....nak oder kat mana ya......

    ReplyDelete