Friday, September 4, 2009

JODOH

Sememangnya jodoh di tentukan oleh ALLAH dari alam roh lagi. Berkahwin dengan siapa, berapa kali, bertahan sampai bila, semuanya di dalam rahsia ALLAH. Sebagai hambanya, kita tidak dapat menolak apa yang di takdirkan oleh ALLAH untuk kita. Hanya kita boleh berdoa semoga ALLAH kurniakan kebaikkan kepada kita..

Manusia bertemu jodoh dengan berbagai bag
ai cara. Jika di zaman dulukala, ramai yang bertemu jodoh dengan pilihan keluarga, orang tengah dan segelintir yang cari sendiri dan jatuh cinta.Ada juga yang bertemu jodoh melalui solat istikharah. Kebiasaannya jodoh yang datang dari pilihan keluarga dan orang tengah, pasangan ini akan bercinta selepas berkahwin.

Di zaman serba canggih ini pula, ramai yang bertem
u jodoh melalui alam maya, awalnya berblog, berchating, beremail, facebook, my space, freindster dan lain lain lagi. Semuanya melalui alam maya. Bertukar tukar pendapat, akhirnya jatuh cinta, minta lihat gambar dan buat janjitemu untuk berjumpa di alam realiti. Kiranya memang jodoh, akhirnya kejinjang pelamin lah mereka.

Bertemu jodoh melalui alam maya ini telah di lalui ol
eh anak sulung mama kiter dan juga kakak mama kiter. Anak sulung mama kiter sudahpun berkahwin dengan pasangan alam mayanya berasal dari Felda Air Tawar 1, Kota Tinggi Johor pada mac 2009. Manakala kakak mama kiter pula berkahwin dengan pasangan alam mayanya berasal dari Pakistan tetapi menetap di London pada bulan november 2008. Kakak mama kiter adalah seorang ibu tunggal dan bertemu jodoh dengan bapa tunggal juga.

Walaupun mereka berkenalan melalui alam maya, tetapi mereka telah melakukan solat istikharah terlebih dahulu, memohon pertunjuk dari ALLAH. Inilah yang lebih baik. Manakala anak gadis mama kiter pula telah mengikat tali pertunangan dengan bakal suaminya setelah anak mama kiter yakin dengan solat istikharahya sebanyak 8 kali. Biarpun anak mama kiter tidak pernah kenal dengan bakal suaminya sebelum itu, tetapi dengan solat istikharah, Allah pertemukan mereka. Walaupun sebelumya , mama kiter memang bersahabat baik dengan ibu bakal suami anak mama kiter. Tetapi tidak pernah terfikir akan menyatukan anak kami. Inilah kerja ALLAH. Semoga jodoh mereka berkekalan sehingga akhir nanti...Aminnn...


Kak Teh semasa hari pernikahannya

Kakak Diyana semasa hari pertunangannya

2 comments:

  1. amboi comel2 nya anak mama kiter , yg kak teh tu kakak mama kiter ke?

    ReplyDelete
  2. Ummi, Alhamdulillah syukur kepada ALLAH yang mengurniakan kecantikkan dan keindahan. Jika cantik itu di hiasi dengan keimanan dan ketaqwaan, masyallah, beruntungnya..semuga anak anak mama kiter menjadi hamba ALLAH yang bertaqwa. AMIN..

    Ye betul ummi, kak teh tu kakak mama kiter. Kenapa Ummi? lain ke wajahnya? Ada orang kata mirip mama kiter, Ummi lihat macam mane?

    ReplyDelete