Sunday, September 27, 2009

PAGI RAYA PERTAMA MAMA KITER

Alhamdulillah..setelah genap sebulan semua umat Islam berpuasa, maka tibalah masanya semua umat Islam menyambut Hari Lebaran. Kebiasaannya, kanak kanak lah yang amat gembira menyambut Hari Raya kerana hari itulah mereka semua dapat pakai baju baru..dapat duit raya dan dapat berjalan kerumah saudara mara dan teman teman.

Bagi kita yang dah senja ini, hanya tumpang seronok melihat telatah anak anak cucu keriangan di hari lebaran. Bunyi mer
cun dan meriam memecah keheningan malam, keindahan cahaya bunga api menjadi tatapan anak anak cucu. Riang ria anak anak cucu berlari kesana sini jadi tontonan kita orang tua..riuh rendah di dapur ketika memasak hidangan untuk juadah di hari raya..seronoknya sekiranya masih punya kedua ibubapa...

Mama kiter pula pada hari terakhir ramadhan masih bergelut dengan mesen jahit dan dapur..nak siapkan baju kedua dua anak gadis dan juga nak memasak rendang daging, nasi impit, kuah kacang, pulut kuning sajian wajib bagi anak anak dan hubby..Alhamdulillah..akhirnya siap juga baju anak gadis dan juga sajian wajib mama kiter..

Mama kiter terlupa pula nak ambil photo sajian hari raya cuma yang ada photo bergaya di pagi raya..jom layan photo pagi raya di rumah anak saudara mama kiter selepas solat raya..






No comments:

Post a Comment