Tuesday, October 27, 2009

KEZALIMAN MAJIKAN

Sekali lagi Malaysia dikejutkan dengan satu kezaliman penderaan sehingga membawa maut. Seronok dan gembirakah hati manusia yang mendera ini melhat kesakitan dan kesengsaraan yang dilalui oleh magsa deraannya.. Puas kah hati pendera ini apabila mangsanya menemui ajal..Tidak adakah walau sekelumit perasaan kasihan pendera ini apabila melihat mangsanya sudah hilang separuh nyawa untuk berjuang demi kehidupannya..

Walaupun sekiranya pembantu rumah yang diharap dan dibayar untuk melunaskan pekerjaan rumahtangga tidak dapat memenuhi kehendak dan citarasa majikan, tiada undang undang mana pun didalam dunia membenarkan majikan mendera, menghukum pembantu rumah. Inikan pula sehingga membawa maut..Kasihan mereka yang sanggup berpisah dengan keluarga tercinta, demi mencari rezeki sebagai kesinambungan kehidupan keluarga yang ditinggalkan. Tetapi rezeki yang dicari, maut pula menjadi galang ganti..

Begitulah berakhirnya kehidupan seorang pembantu rumah bernama Mantik Hani apabila maut memanggilnya akibat dari penderaan yang tidak berperikemanusiaan majikannye. Apakah dosa wanita ini? Sekiranya ada kesilapan yang dilakukan sekalipun oleh Mantik Hani, mengapa perlu diambil langkah penderaan sebagai hukuman. Tiada akal kah majikan yang sedemikan..Sombong kah majikan ini apabla kekayaan menguasai diri..Hanya ALLAH yang mengetahui.

Diharapkan undang undang akan berlaku adil didalam menghakimi perbuatan zalim penderaan ini.Walaupun Mantik Hani bukan warganegara malaysia, bukan orang melayu..tetapi keadilan perlu diberi kepadanya. Kerana Mantik Hani juga makhluk ALLAH, lebih lebih lagi beliau adalah manusia..Semuga kita semua mengambil iktibar dan belajar membaiki hati sesama insan..


Mantik Hani mangsa penderaan majikan yang telah meninggal dunia.

4 comments:

  1. sekarang ni macam2 hal kan mama...
    dia dera dia..
    si pulan dera si pulan...
    eeeeee..mengerikan...

    ReplyDelete
  2. manusia semakin hilang pertimbangan diri.....

    ReplyDelete
  3. dah byk manusia berhati BINATANG pada zaman sekarang.

    x ada perasaan ker? adesss....

    sian kina tgk!!

    ReplyDelete