Tuesday, December 8, 2009

LIMA DI LANGKAWI

Sepanjang LIMA di Langkawi diadakan, tidak pernah mama kiter dan hubby pergi menonton sebarang pertunjukkan yang diadakan. Salah satu sebabnya.destinasi yang jauh dan juga memerlukan modal yang banyak. Tambang untuk ke Langkawi, tiket untuk masuk juga tempat penginapan yang harus diambil kira. Jika ingin pergi berdua sahaja, rasa kasihan pada anak anak. Lagipun mama kiter kurang minat menonton sebarang pertunjukkan. Apatah lagi terpaksa berpanas untuk menonton pertunjukkan. Boleh sakit kepala dibuatnya.

Berlainan pula dengan hubby...sememangnya beliau cukup suka menonton pertunjukkan diudara, seperti pertunjukkan payung terjun, pertunjukkan jet pejuang dan berbagai bagai lagi pertunjukkan yang melibatkan tentera. Mungkin hubby membesar sebagai anak seorang tentera (askar), maka itu sedikit sebanyak minat didalam bidang ketenteraan itu ada berbaki di hatinya.

Berpuluh tahun hubby bertugas sebagai kakitangan kerajaan akhirnya hubby mendapat tawaran bertugas di Universiti Pertahanan. Walaupun tidak menjadi tentera, tetapi bahang tentera itu ada dirasakan. Nak dijadikan cerita, baru baru ini berlangsungnya pertunjukkan LIMA di Langkawi, maka kakitangan di Universiti Pertahanan terlibat sama untuk menghadiri program yang diaturkan. Salah seorang yang mengikuti rombongan ke Langkawi adalah hubby mama kiter. Maka tertunailah hajat hubby mama kiter untuk menonton pertunjukkan LIMA di Langkawi.

Jom layan diantara photo yang diambil..

Keriangan diwajah semasa menanti untuk berlepas ke Langkawi..tiket flight tentera..

Suasana didalam flight tentera..CHARLIE.

Semasa keluar dari perut kapalterbang CHARLIE..


Inilah rupa kapalterbang CHARLIE yang dinaiki oleh semua kakitangan UPNM.


1 comment:

  1. sama laa ngan sy pun. Tingin mmg tingin nak tgk suasana LIMA tp pikirkan kena kuar byk fulus...terpaksa ler lupakan dulu. Tambah pulak anak2 nak naik darjah 2010 ni..hehe.

    Kalo ada rezeki...ada ler nanti tu ye..

    hmm..mcm hubby mama kiter ler...akhirnya tertunai gak hasrat dia nak berada di LIMA...

    ReplyDelete