Monday, December 28, 2009

MUSIM ORANG KAWIN

Seperti biasa..kebiasaannya kalau hujung tahun,bersamaan dengan cuti sekolah yang agak panjang. maka ramailah yang mengambil peluang untuk melangsungkan perkahwinan. Tidak terkecuali saudara mara mama kiter..

Baru baru ini berlangsungnya pernikahan anak saudara mama kiter, Siti Khatijah bersama pilihan hatinya di Keramat Kuala Lumpur..Sebenarnya Siti Khatijah ini di pelihara oleh ibu mama kiter semenjak dilahirkan sehingga berusia 15 tahun..apabila ibu mama kiter diserang stroke, maka Siti Khatijah telah kembali menetap bersama ibunya...kami adik beradik menganggap Siti Khatijah sebagai anak saudara merangkap adik kepada kami sekeluarga..

Mama kiter mendoakan semuga rumahtangga yang dibina ini berkekalan sehingga akhir hayat mereka dan semuga mereka berdua dikurniakan dengan cahayamata yang soleh dan solehah...Aminn..

Jom layan gambar pengantin yang mama kiter titipkan dalam blog ini untuk tatapan rakan rakan alam maya mama kiter..



Siti Khatijah setelah disiapkan menjadi pengantin

2 comments:

  1. salam..
    semoga berbahagia la hendaknya...ke hujung nyawa..

    ReplyDelete
  2. Wow, the bride is so lovely!!! ;)

    ReplyDelete