Monday, August 31, 2009

PERGI BUANG DUIT


2 hari mama kiter bercuti dirumah ucu yang terletak diRawang. Hari pertama sampai dirumah ucu, mama kiter dah pergi buang duit..Bukan lah buang duit tu membazir ataupun saja saja, tapi di sebabkan dah lama cuti buat benda ni..so dah terlanjur ke rumah ucu..mama kiter pun dengan rasa gumbiranya teruskan lah niat tu..Jom layan apa mama kiter sudah buat..




Mama kiter publish gambar hiasan sahaja sebab tak bawak kamera.


Saturday, August 29, 2009

HASIL AIR TANGAN ANAK DARA MAMA KITER


Hari ini mama kiter nak publish juadah berbuka hasil air tangan kedua dua anak dara mama kiter yang baru nak berjinak jinak ke dapur. Uisshh seronoknya mama kiter kerana berehat dari bersilat di dapur. Mama kiter hanya bertugas sebagai mandor sahaja bagi memastikan apa yang di masak oleh anak dara mama kiter berjalan dengan lancar dan hasil masakkan mereka memuaskan hati.. Maklum lah masakkan tersebut akan di hantar ke rumah bakal mertua..

cheese cake hasil air tangan baby.


Ayam goreng (sudah tentunya ayam organik HPA)


dessert buah buahan campuran



dalcha


Ayam masak merah

Semua jenis lauk adalah hasil air tangan kakak diyana. Baby just buat kuih je..Diyana kena belajar masak betul betul di sebabkan akan berumah tangga tidak lama lagi. Alhamdulillah..berjaya juga kakak diyana masak walaupun terjerit jerit di dapur bertanyakan resepi dan cara memasak. Maklum lah orang baru nak belajar masak..gitu lah jadinya..cemas ada, huru hara ada, hiruk pikuk pun ada. Anakkk...anakk..

Friday, August 28, 2009

KREATIFNYA

Memang manusia ini di anugerahkan oleh ALLAH dengan akal yang sangat hebat dan sempurna. Masyaallah, kasihnya ALLAH kepada setiap hambanya yang hidup di mukabumi ini. Lebih mulia makhluk ALLAH yang beri nama Manusia daripada haiwan kerana akalnya..


Tetapi manusia pula bila dah terlampau bijaksana, lain macam pula jadinya. Macam macam pula yang di buat, kadangkala tak terjangkau oleh akal kita yang kurang bijaksana ini..bagi mama kiter, biarlah kurang bijaksana dari terlampau hingga menyusahkan orang lain.


Manusia kalau dah terlalu kreatif, huru hara juga hidup seharian di buatnya. Mujurlah anak mama kiter tidaklah kreatif sangat, sedang sedang sahaja bak kata Irwan Shah..penyanyi dangdut yang agak popular sedikit masa dahulu. Dan mama kiter lihat rakyat Malaysia pun belum lah lagi kereatif seperti rakyat di negara lain. Paling tidak, anak orang melayu Malaysia buat mercun dan bungapi yang boleh putuskan jari, butakan mata dan pekakkan telinga. Makin ligat bila bulan Ramadhan menjelma..seronok betul anak melayu kita putuskan jari, pekakkan telinga dan butakan mata.


Rakyat Malaysia yang tidak berumah pula, kreatifnya buat rumah bawah jambatan, boleh tidur beralaskan suratkabar lama, mandi bersiramkan air longkang, makan bersajikan lebihan sisa di dalam tong sampah, demam berubatkan air ketum, ubat batuk dan bebagai bagai pil dan suntikkan yang di sediakan oleh doctor yang tak perlu ke menara gading. Bersalin didalam tandas, bayi comel disumbat dalam mangkuk tandas, di humban kebawah dari tingkat 17, di beri makan kepada biawak, di simpan dalam tong sampah, di bungkus dengan plastik, di bawa dalam beg sekolah, di tinggalkan di surau atau masjid beserta surat permintaan agar di semadikan ataupun di jaga dengan baik kepada sesiapa yang menemui..kreatif sungguh rakyat malaysia.


Di sini, mama kiter terpegun dan berfikir, mengapa rakyat malaysia tidak boleh jadi sekreatif rakyat dari negara luar ini. Mereka tidak mahu tidur beralaskan suratkabar lama, malah mereka mahu tidur dengan selesa dan berjiran dengan harmoni sekali. Adakah satu hari nanti rakyat Malaysia akan sekreatif mereka? Sama samalah kita tunggu dan lihat sekiranya di anugerahkan oleh ALLAH umur yang subsidi..


Jom ramai ramai skodeng apa mama kiter paparkan..Naik pening mama kiter layan dan zass orang orang yang terlebih sudah kreatifnya. Tak tau nak cakap apa, geleng kepala ke, senyum ke, menung ke, gelak ataupun urut dada..Apa apa pun layann je lah apa yang ada..


Cantik langsir biru di luar bangunan ini

Kelihatan juga buaian kain yang tergantung, kreatif betul

Ehh, apa hal pulak c mamat ni..oohh rock climbing agaknya!

Ishh tak takut jatuh ke bang oii!!


Ehh bro, apa yang kamu intai kat bawah tu..jangan risau lahh..


Haa, saya dah turun dah, puas sikit nak sembang..

MENU SAHUR MAMA KITER DAN FAMILY

Sudah 1 minggu seluruh umat Islam di dunia menjalani ibadah puasa pada tahun ini. Bermacam macam juadah untuk berbuka puasa serta bersahur yang di sediakan oleh surirumah untuk ahli keluarga masing masing. Jika orang bujang..pandai pandailah sediakan sendiri, samada dengan memasak sendiri ataupun beli di mana mana restaurant yang beroperasi 24 jam.

Sejak 1 minggu inilah mama kiter orang yang paling mudah untuk menyediakan menu bersahur. Jika berbuka tu, adalah juga beratnya, tetapi bab bersahur ni yang paling mudah. Famil
y mama kiter tidak suka mengambil makanan berat berat seperti nasi ataupun apa apa sahaja. Anak anak dan hubby cuma minta air dan kurma. Sememangnya sejak dulu lagi begini. Anak anak tidak ada selera bersahur.

Sekarang mama kiter sediakan minuman bijirin dari produk HPA, kopi radix, air mineral HPA dan juga kurma. Jika pada tahun tahun yang lepas, mama kiter hanya menyediakan susu segar dan juga kurma. Kadang kadang ada jugalah beberapa kepin
g roti, itu pun payah nak di telan. Alhamdulillah..anak anak dan hubby semuanya larat dan bertenaga di bulan ramadhan.

Sekiranya ada tetamu yang bermalam dirumah, barulah mama kiter menyediakan makanan berat, itupun anak anak mama kiter di paksa untuk makan. Jika tidak, sememangnya a
ir dan kurma sahaja yang di ambil. Mudah sahaja mama kiter dan family bersahur.

Bila mama kiter berjalan jalan menziara
h laman rakan rakan blog, uishh meriahnya masing masing bersahur. Hmm jika balik kampung, memang kena paksa lah kami semua makan sahur. Muka anak mama kiter pun mencuka gitu..hahahaha sebab tak lalu nak telan..


Jom layan menu bersahur mama kite dan family..



Air mineral HPA

Kandungan setiap 1 botol ialah 1500ml

Cereal radix, kopi radix dan buah kurma

Thursday, August 27, 2009

BELI BELAH DI RESTORAN

Hari ini mama kiter tidak bersilat di dapur, sebaliknya membeli belah sahaja di restoran yang berhampiran dengan kediaman mama kiter. Sebabnya mama kiter sibuk dengan mesen jahit dari pagi, petang pula keluar pergi beli barang barang keperluan rumah. So bila lihat jam dah jam 6 petang, hmm malas lah nak masak. Beli sahaja lah..

Mama kiter beli nasi kerabu, laksam dan kuih serba sedikit. Lihat lauk jantung pisang masak lemah putih, teringin pula nak rasa sebabnya selama ini mama kiter bijak masak jantung pisang lemak cili padi. Tak pernah makan jantung pisang lemak putih. Jadi apasalahnya mencuba..tak cuba, tak tau..

Masyallah..sedap rupanya lauk jantung pisang masak lemak putih ini. Bila mama kiter makan, terasa ada lada hitam didalam gulai tersebut, mungkin untuk potong angin pada jantung pisang tu..ye lah kan..kadang kadang ada orang tak tahan makan lauk lauk yang berangin, sebab tu di tambah dengan lada hitam dalam gulai tersebut.

Tapi mama kiter ni jenis perut kecil, sedap macam mana pun lauk tu, makan tetap sesenduk je nasi, tak boleh lebih, nanti senak perut. Bila perut dah senak, duduk salah, berdiri salah, baring salah, jadi semua serba salah pulak. Nanti kena pulak lumur minyak angin..sudah berbau pulak..huhuhu..jadi daripada perut meragam dan badan tak tentu rasa, mama kiter beringat ingatlah masa makan. Makan ketika lapar, berhenti sebelum kenyang..terbalikkan..berbuka bila masuk waktu, berhenti sebelum kenyang..Itu lebih baik..

Malangnya mama kiter lupa pula nak snap gambar juadah berbuka tadi. Sebabnya terleka bersembang dengan anak anak..berebut rebut masing masing nak bercerita..sampai mama kiter kena cakap..ok kakak stop dulu, bagi baby habis cerita, ok baby dah habis cerita, bagi kakak pula, macam tu lah kalau anak dara mama kiter nak bercerita dalam satu masa..naik pening mama nak dengar yang mana satu..tapi tak apa lah..janji anak anak happy..

Wednesday, August 26, 2009

9 SEBAB-SEBAB HATI TIDAK BAHAGIA

ANTARA MAZMUMMAH UTAMA YANG MENGHILANGKAN
BAHAGIA DI HATI IALAH;

1 Pemarah yang selalu dilihat dan
paling banyak di dalam diri manusia.

Orang seperti ini jarang mendapat

kawan dan hati tentunya tidak tenang.


2. Pendendam tersembunyi iaitu ibarat
mengumpul
lahar di dalam dada.
Orang seperti ini sentiasa mencari-cari
peluang
untuk membalas dendam
hatta secara yang kecil sekalipun seperti

sakitkan hati
atau tempelak orang
yang didendami itu. Sebab itu
orang
pendendam
mudah kena sakit jantung.

3. Hasad dengki- amalannya hangus akibat
hasad
dengkinya itu kerana ia memiliki
sifat ketuhanan.


4. Bakhil - sentiasa merasakan orang
lain
menginginkan harta,kesenangan,
pangkat dll. dari dirinya.

Contohnya sentiasa
berdalih
mengatakan ia tiada duit.rezeki yang
diberi
oleh Allah elok dikongsi bersama.
Allah lebih sayang orang yang
fasiq tetapi
pemurah
tetapi benci orang yang abid tetapi
bakhil.
Kerana walaupun fasiq,pemurahnya
itu tetap memberi manfaat pada orang
lain
kerana
kadangkala rezeki itu Allah beri
melalui
manusia.

5. Tamak orang yang tidak puas dengan
yang
sedikit nescaya tidak akan
puas dengan yang banyak kerana dunia ini
ibarat
meminum air laut. walau berapa banyak
yg diminum tetap tak abis jugak...
lagipun
org tamak
selalu rugi. Ingat !
yang dikatakan harta atau rezeki
kita
bila ia
dipakai atau digunakan oleh
kita. Selagi tidak diguna iaitu

disimpan,itu
belum boleh dikatakan rezeki
kita.(mungkin ada hak orang
lain di situ)
Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat
keberkatan
iaitu dapat dimanfaatkan.

6. Tidak sabar andainya perkara yang
kecil pun
tidak boleh bersabar apatah
lagi hal-hal yang lebih besar.oleh
itu
banyakkanlah bersabar bila hadapi
dugaan dan ujian.


7. Ego - ibu segala mazmummah jadi ia
membuatkan
seseorang paling tidak tenang.
Orang yang memiliki sifat ini pantang

tercabar dari
sudut zahir mahupun batin.

8. Riak terseksa sendiri kerana sentiasa
tercari-cari
peluang untuk dipuji. Sentiasa
berlakun di depan
orang. Jika ia dipuji,
ia akan menambah amalnya tetapi jika
dikeji, ia akan
mengurangkan amalnya.
Allah marah kalau kita riak..takabbur
dgn ape
yg kita ada..

9. Cinta dunia - tidak dapat menderita,
dapat
pun menderita, keranabila sudah dapat
susah pula
menjaganya. Berhartalah tidak
mengapa tetapi
kawal hati jangan
diletakkan pada harta itu.
bile
mati cuma bawa amalan dan doa
anak yang soleh/solehah.

Cinta dunia merupakan "NERAKA DUNIA",
kerana dunia itu "PANAS"

akibat ia merupakan barang buruan dan
rebutan.
Jadi letakkanlah akhirat itu
di hati dan dunia itu di
tangan
supaya dunia itu senang dibahagi bahagi
dan akhirat dibawa mati.

Kesimpulannya:

Jadi yang meragut kebahagiaan
sebenarnya bukanlah secara
TOTALnya
disebabkan kemiskinan,
musibah, kesibukan dllnya. tetapi

ialah:
MAZMUMMAH.
Makin tinggi mazmummah seseorang,
makin ia tidak BAHAGIA.

Samada bermujahadah atau biarkan saja
mazmummah itu,
kedua-duanya tetap
menderita tetapi andainya
bermujahadah kita akan dibantu
Allah
dan akan
bahagia jua akhirnya.
So..sama-samalah kite sentiasa ingat

mengingati
antara satu sama lain.andai
kita terleka dengan dunia
buruklah padahnya.

Wallahualam.

Tuesday, August 25, 2009

RENUNGAN DI BULAN MULIA

Suatu hari Rasulullah s.aw. bertemu dengan seorang pemuda yang sedang nazak. Rasulullah pun duduk di sisi pemuda itu dan kemudian bertanya...
"Bagaimana keadaanmu sekarang?"tanya Rasulullah kepada pemuda itu. Lalu pemuda yang nazak itu menjawab, "Ya Rasulullah, aku mengharapkan keredhaan ALLAH s.w.t . dan berasa bimbang terhadap dosa dosa yang telah aku lakukan."
Jawab Rasulullah, "Di dalam hati seorang Mukmin terdapat dua perkara, iaitu harapan keampunan dari Allah s.w.t. dan khuatir kepada dosa dosa yang telah dilakukannya. Allah akan berikan apa yang orang itu harapkan dan memberikan rasa ketenangan terhadap apa yang dibimbangkan."
Berkaitan dengan saat saat menghadapi kematian ini, Rasulullah berasabda, katanya Allah telah berfirman, "Tidak Aku kumpulkan dalam hati umat-Ku dua perkara; siapa yang berasa gerun dan takut dengan azab-Ku sewaktu di dunia, nescaya Aku akan berikan rasa kedamaian untuknya di akhirat kelak. Dan sesiapa yang berasa aman di dunia (meninggalkan ibadah dengan sengaja dan tanpa rasa takut), pasti akan mengalami kesakitan di akhirat kelak."
Dalam hal kematian ini juga, para Ulamak mengingatkan supaya kita sentiasa bersangka baik kepada ALLAH, bahawa Allah selalu memberikan rahmatnya kepada sesiapa yang di kehendakinya. Allah juga bersedia memberi ganjaran serta mengampunkan segala dosa yang telah dilakukan oleh umat-Nya itu.

"Ya Allah, kau kurniakanlah kepada hambamu yang hina, jahil, dhoif lagi banyak dosa ini keimanan dan ketaqwaan dan kau hidupkanlah kami dalam iman, dan kau matikanlah kami dalam iman..Amin ya Rabbal 'Alamin."

Monday, August 24, 2009

MARI KITA BERSAMA SAMA RENUNG DAN AMALKAN

MEMBUKA PINTU REZEKI

Regards, for sharing.....

Dato' Dr. Fazilah Kamsah pernah berkata..... .

" setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu ( tak kira masih hidup @ telah tiada )"......... nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu...

Berdasarkan Hadith Nabi :
"Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari"

Huraian hadith:
- jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahupun yang sudah tiada )
- Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa kepada kedua ibu bapa (walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar mereka berubah)
- Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah
- Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. ...tadah tangan dan
bayangkan wajah kedua orang tua k ita , termasuk guru2 k ita dan mereka
yang banyak menolong k ita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)
- Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki
oleh Allah

Kesimpulannya:
- Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris..... . Cuma jangan lupa doakan ibu bapa k ita setiap hari
- Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita dapat dari Allah (e.g. makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsb nya..) InsyaAllah
Berusaha dan bertawakal.. ...insyallah , - rezeki itu bukan kerana ada sijil SPM,
(kata Azmil Mustapha)... ..Mari kita cuba .Allahhuakhbar. ..

Insya Allah


P/s; Email di terima dari anak saudara mama kiter. Terima kasih Nazatul.

EMAIL FROM UCU

A Beautiful Hadith
Hadis yang Menarik

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'When a man dies and his relatives are busy in funeral, there stands an extremely handsome man by his head. When the dead body is shrouded, that man gets in between the shroud and the chest of the deceased.
Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.



Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata,
Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun.. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga.'


Thereafter he turns to his dead companion and says, 'I am the Qur'an, which you used to read, sometimes in a loud voice and sometimes in a low voice. Do not worry. After the interrogation of Munkar and Naker, you will have no grief.'
Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'


When the interrogation is over, the handsome man arranges for him from Al-Mala'ul A'laa (the angels in Heaven) silk bedding filled with musk.
Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi


Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) said: 'On the Day of Judgement, before Allah, no other Intercessor will have a greater status than the Qur'an, neither a Prophet nor an angel.'
Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.'

EMAIL FROM CT HAJAR

SUASANA MENGGERUNKAN PADA HARI DIBANGKITKAN


Dari Usman bin Affan bin Dahaak bin Muzahim daripada Abbas ra. bapa saudara Rasulullah SAW dari Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud:

"Aku adalah orang (manusia) yang paling awal dibangkitkan dari kubur (bumi) pada hari kiamat yang tiada kebanggaan. Bagiku ada syafaat pada hari kiamat yang tiada kemegahan. Bendera pujian di tanganku dan nabi nabi keseluruhannya berada di bawah benderaku. Umatku adalah umat yang terbaik. Mereka adalah umat yang pertama dihisab sebelum umat yang lain. Ketika mereka bangkit dari kubur.. mereka akan mengibas (membuang) tanah yang ada di atas kepala mereka. Mereka semua akan berkata: "Kami bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan kami bersaksi bahawa Muhammad itu Rasulullah. Inilah yang! telah dijanjikan oleh Allah Taala serta dibenarkan oleh para rasul." Ibnu Abbas ra berkata: "Orang yang pertama dibangkitkan dari kubur di hari kiamat ialah Muhammad SAW. Jibril as akan datang kepadanya bersama seekor Buraq. Israfil pula datang dengan membawa bersama bendera dan mahkota. Izrail pula datang dengan membawa bersamanya pakaian pakaian syurga."

Jibril as akan menyeru: "Wahai dunia! Di mana kubur Muhammad SAW?"

Bumi akan berkata: "Sesungguhnya Tuhanku telah menjadikan aku hancur. Telah hilang segala lingkaran.. tanda dan gunung ganangku. Aku tidak tahu dimana kubur Muhammad SAW."

Rasulullah SAW bersabda: "Lalu diangkatkan tiang tiang dari cahaya dari kubur Nabi Muhammad SAW ke awan langit. Maka empat malaikat berada di atas kubur."

Israfil bersuara: "Wahai roh yang baik! Kembalilah ke tubuh yang baik!"

Maka kubur terbelah dua. Pada seruan yang kedua pula.. kubur mula terbongkar. Pada seruan yang ketiga. ketika Rasulullah SAW berd! iri.. baginda SAW telah membuang tanah di atas kepala dan janggut baginda SAW. Baginda SAW melihat kanan dan kiri.. Baginda SAW dapati.. tiada lagi bangunan. Baginda SAW menangis sehingga mengalir air matanya ke pipi.

Jibril as berkata kepadanya: "Bangun wahai Muhammad! Sesungguhnya kamu di sisi Allah Taala di tempat yang luas."

Baginda SAW bertanya "Kekasihku Jibril! Hari apakah ini?"

Jibril as menjawab: "Wahai Muhammad! Janganlah kamu takut! Inilah hari kiamat. Inilah hari kerugian dan penyesalan. Inilah hari pembentangan Allah Taala."

Baginda SAW bersabda: "Kekasihku Jibril! Gembirakanlah aku!"

Jibril as berkata: "Apakah yang kamu lihat di hadapanmu?"

Baginda SAW bersabda: "Bukan seperti itu pertanyaanku."

Jibril as berkata: "Adakah kamu tidak melihat bendera kepujian yang terpacak di atasmu?"

Baginda SAW bersabda: "Bukan itu maksud pertanyaanku. Aku bertanya kepadamu akan umatku. Di mana perjanjian mereka?"
Jibril as berkata: "Demi keagungan Tuhanku! Tidak akan terbongkar oleh bumi daripada manusia sebelummu?"

Baginda SAW bersabda: "Nescaya akan, kuatlah pertolongan pada hari ini. Aku akan mensyafaatkan umatku."

Jibril as berkata kepada baginda SAW: "Tungganglah Buraq ini wahai Muhammad SAW dan pergilah ke hadapan Tuhanmu!"

Jibril as datang bersama Buraq ke arah Nabi Muhammad SAW. Buraq cuba meronta ronta. Jibril as berkata kepadanya: "Wahai Buraq! Adakah kamu tidak malu dengan makhluk yang paling baik dicipta oleh Allah Taala? Sudahkah Allah Taala perintahkan kepadamu agar mentaatinya?"

Buraq berkata: "Aku tahu semua itu. Akan tetapi.. aku ingin dia mensyafaatiku agar memasuki syurga sebelum dia menunggangku. Sesungguhnya Allah Taala akan datang pada hari ini di dalam keadaan marah. Keadaan yang belum pernah terjadi sebelum ini."

Baginda SAW bersabda kepada Buraq: "Ya! Sekiranya kamu berhajatkan syafaatku nescaya aku memberi syafaat kepadamu."

Setelah berpuas hati.. Buraq membenarkan baginda SAW menunggangnya lalu dia melangkah. Setiap langkahan Buraq sejauh pandangan mata. Apabila Nabi Muhammad SAW berada di Baitul Maqdis di atas bumi dari perak yang putih.. malaikat Israfil as menyeru: "Wahai tubuh tubuh yang telah hancur.. tulang tulang yang telah reput.. rambut rambut yang bertaburan dan urat urat yang terputus putus! Bangkitlah kamu dari perut burung.. dari perut binatang buas.. dari dasar laut dan dari perut bumi ke perhimpunan Tuhan yang Maha Perkasa.

Roh roh telah diletakkan di dalam tanduk atau sangkakala. Di dalamnya ada beberapa tingkat dengan bilangan roh makhluk. Setiap roh akan didudukkan berada di dalam tingkat. Langit di atas bumi akan menurunkan hujan dari lautan kehidupan akan air yang sangat pekat seperti air mani lelaki. Daripadanya terbinalah tulang tulang. Urat urat memanjang. Daging kulit dan bulu akan tumbuh. Sebahagian mereka akan kekal ke atas sebahagian tubuh tanpa roh.

Allah Taala berfirman: "Wahai Israfil! Tiup tanduk atau sangkakala tersebut dan hidupkan mereka dengan izinKu akan penghuni kubur. Sebahagian mereka adalah golongan yang gembira dan suka. Sebahagian dari mereka adalah golongan yang celaka dan derita."

Malaikat Israfil as menjerit: "Wahai roh roh yang telah hancur. Kembalilah kamu kepada tubuh tubuh mu. Bangkitlah kamu untuk dikumpulkan di hadapan Tuhan semesta alam."

Allah Taala berfirman: "Demi keagungan dan ketinggianKu! Aku kembalikan setiap roh pada tubuh tubuhnya!"

Apabila roh roh mendengar sumpah Allah Taala.. roh roh pun keluar untuk mencari jasad mereka. Maka kembalilah roh pada jasadnya. Bumi pula terbongkar dan mengeluarkan jasad jasad mereka. Apabila semuanya sedia.. masing masing melihat.

Nabi SAW duduk di padang pasir Baitul Maqdis.. melihat makhluk makhluk. Mereka berdiri seperti belalang yang berterbangan.. 70 umat berdiri. Umat Nabi Muhammad SAW merupakan satu umat (kum! pulan). Nabi SAW berhenti memperhatikan ke arah mereka. Mereka seperti gelombang lautan.

Jibril as menyeru: "Wahai sekalian makhluk.. datanglah kamu semua ke tempat perhimpunan yang telah disediakan oleh Allah Taala."

Umat umat datang di dalam keadaan satu satu kumpulan. Setiap kali Nabi Muhammad SAW berjumpa satu umat.. baginda SAW akan bertanya: "Di mana umatku?"

Jibril as berkata: "Wahai Muhammad! Umatmu adalah umat yang terakhir."

Apabila nabi Isa as datang, Jibril as menyeru: Tempatmu!" Maka nabi Isa as dan Jibril as menangis.

Nabi Muhammad SAW berkata: "Mengapa kamu berdua menangis."

Jibril as berkata: "Bagaimana keadaan umatmu.. Muhammad?"

Nabi Muhammad bertanya: "Di mana umatku?"

Jibril as berkata: "Mereka semua telah datang. Mereka berjalan lambat dan perlahan."

Apabila mendengar cerita demikian, Nabi Muhammad SAW menangis lalu bertanya: "Wahai Jibril! Bagaimana keadaan umatku yang berbuat dosa?"

Jibril as berkata: "Lihatlah mereka wahai Muhammad SAW!"

Apabila Nabi Muhammad SAW melihat mereka.. mereka gembira dan mengucapkan selawat kepada baginda SAW dengan apa yang telah Allah Taala muliakannya. Mereka gembira kerana dapat bertemu dengan baginda SAW. Baginda SAW juga gembira terhadap mereka. Nabi Muhammad SAW bertemu umatnya yang berdosa. Mereka menangis serta memikul beban di atas belakang mereka sambil menyeru: "Wahai Muhammad!."

Air mata mereka mengalir di pipi. Orang orang zalim memikul kezaliman mereka. Nabi Muhammad SAW bersabda: "Wahai umatku." Mereka berkumpul di sisinya. Umat umatnya menangis.

Ketika mereka di dalam keadaan demikian.. terdengar dari arah Allah Taala seruan yang menyeru: "Di mana Jibril?" Jibril as berkata: "Jibril di hadapan Allah.. Tuhan semesta alam."

Allah Taala berfirman di dalam keadaan Dia amat mengetahui sesuatu yang tersembunyi: "Di mana umat Muhammad SAW?"

Jibril as berkata: "Mereka adalah sebaik ! umat."

Allah Taala berfirman: "Wahai Jibril! Katakanlah kepada kekasihKu Muhammad SAW bahawa umatnya akan datang untuk ditayangkan di hadapanKu."

Jibril as kembali di dalam keadaan menangis lalu berkata: "Wahai Muhammad! Umatmu telah datang untuk ditayangkan kepada Allah Taala."

Nabi Muhammad SAW berpaling ke arah umatnya lalu berkata: "Sesungguhnya kamu telah dipanggil untuk dihadapkan kepada Allah Taala."

Orang orang yang berdosa menangis kerana terkejut dan takut akan azab Allah Taala. Nabi Muhammad SAW memimpin mereka sebagaimana pengembala memimpin ternakannya menuju di hadapan Allah Taala. Allah Taala berfirman: "Wahai hambaKu! Dengarkanlah kamu baik baik kepadaKu tuduhan apa apa yang telah diperdengarkan bagi kamu dan kamu semua melakukan dosa!"

Hamba hamba Allah Taala terdiam. Allah Taala berfirman: "Hari ini.. Kami akan membalas setiap jiwa dengan apa yang telah mereka usahakan. Hari ini.. Aku akan memuliakan sesiapa yang mentaatiKu! . Dan.. Aku akan mengazab sesiapa yang menderhaka terhadapKu.. Wahai Jibril! Pergi ke arah Malik.. penjaga neraka! Katakanlah kepadanya... bawakan Jahanam!"

Jibril pergi berjumpa Malik.. penjaga neraka lalu berkata: "Wahai Malik! Allah Taala telah memerintahkanmu agar membawa Jahanam."

Malik bertanya: "Apakah hari ini?"

Jibril menjawab: "Hari ini adalah hari kiamat. Hari yang telah ditetapkan untuk membalas setiap jiwa dengan apa yang telah mereka usahakan."

Malik berkata: "Wahai Jibril! Adakah Allah Taala telah mengumpulkan makhluk?"

Jibril menjawab: "Ya!"

Malik bertanya: "Di mana Muhammad dan umatnya?"

Jibril berkata: "Di hadapan Allah Taala!"

Malik bertanya lagi: "Bagaimana mereka mampu menahan kesabaran terhadap kepanasan nyalaan Jahanam apabila mereka melintasinya sedangkan mereka semua adalah umat yang lemah?"

Jibril berkata: "Aku tidak tahu!"

Malik menjerit ke arah neraka dengan sekali jeritan yang menggerunkan. Neraka berdiri di atas tiang tiangnya. Neraka mempunyai tiang tiang yang keras.. kuat dan panjang. Api dinyalakan sehingga tiada kekal mata seorang dari makhluk melainkan bercucuran air mata mereka (semuanya menangis).

Air mata sudah terhenti manakala air mata darah manusia mengambil alih. Kanak kanak mula beruban rambut. Ibu ibu yang memikul anaknya mencampakkan mereka. Manusia kelihatan mabuk padahal mereka sebenarnya tidak mabuk.

Wallahu'alam

Sunday, August 23, 2009

TETAMU DATANG BERBUKA

Alhamdulillah..hari kedua Ramadhan rumah mama kiter telah di kunjungi tetamu dan kami berbuka bersama sama. Seronok rasanya bila dapat berbuka ramai ramai. Tetamu mama kiter bukan lah orang lain, semestinya adinda tersayang mama kiter..UCU dan family.

Kebetulan ucu balik dari kampung mertuanya di Parit Sulong Batu Pahat dan singgah rumah mama kiter untuk menghantar adik iparnya di Kolej yang berdekatan dengan kediaman mama kiter. Suami ucu keturunan Jawa plus Banjar. Maka makanan yang di oder adalah nasi, Katanya perut jawa mesti pekena nasi, tak terdaya kalau tak makan nasi. Mama kiter bercadang nak masak mee kari ke, Laksa ke, spegheti ke, mee hun sop ke dan yang lain lain lah..bermakna bukan nasi. Tetapi ucu dah warning mama kiter..Ucu kate.."Kak tam nak masak apa apa pun tak apa, janji nasi mesti ada..Suami ucu perut jawa, anak anak ucu pun dah ikut perut jawa, nak makan nasi juga.."

Hahaha..betul ke gitu wahai rakan rakan ma
ma kiter yang berbangsa jawa..Ok lah, dah ucu minta juga mama kiter masak nasi, jadi mama kiter pun ikutlah apa yang di oder. Ucu kata, lauk tak kisah, apa apa pun boleh, ikan masin ataupun telor masin bersama sayur rebus pun orait dah, tak payah banyak banyak lauk, asalkan makan nasi. Uishh senang betul kan..tak payah pening pening kepala nak pikir masak apa.

Tetapi mama kiter tidaklah masak telor masin dan sayur rebus, hubby pula oder lauk kurma daging dan tauhu masak merah. Alhamdulillah..sempatlah mama kiter menyediakan sedikit juadah berbuka puasa bersama sama ucu dan family. Walaupun tak seberapa menu nya..tetapi kami seronok sebab dapat berkumpul. Lepas makan dan solat, ucu telah pun bertolak menghantar adik iparnya ke kolej dan meneruskan perjalanannya ke Rawang.

Mama kiter sempat snap gambar masa berbuka je, lauk, kuih dan air tu mama kiter snap selepas habis berbuka. Lauk yang lebih untuk sahur nanti. Masa berhidang tadi, tak sempat nak snap gambar. Teringat pada anak dan menantu mama kiter di Johor..sedih..huhuhu..tapi tak apa lah sebab mereka pun menyambut puasa di rumah mak johor..Insyallah katanya nanti balik rumah mama pula..

Mai skodeng menu mama kiter!

Buah tangan dari mertua ucu


Cucur kucai dan cili sos buatan mama kiter

Air honey dew yang di beli oleh baby di bazar ramadhan.. Air soya dan air kopi dah habis, tak sempat nak snap.

Daging masak beriani, Awalnya hubby mintak kurma daging, sorii, rempah kurma lupa beli..

Tauhu masak merah

Makan dalam dulang ada barakahnya

TETIKUS KU BERFUNGSI

Balik dari bershopping di pasar untuk memasak juadah berbuka puasa pada hari kedua Ramadhan dan juga menjamu tetamu yang akan tiba untuk bersama sama berbuka puasa dengan mama kiter sekeluaraga, hubby telah menanti di gate dan dengan muka yang sangat manis dan dengan romantiknya membantu mama kiter mengangkat barang barang yang mama kiter shopping di pasar.

Alhamdulillah, hilang penat dan letih mama kiter bila di beri bantuan oleh orang tersayang. Kakak pula dah menanti di pintu rumah sambil tersenyum senyum manja memandang wajah mama kiter. Mama kiter jadi pelik, dalam hati bertanya..kenapalah orang dua beranak ni..bersungguh sungguh pula menyambut kepulangan ku.

Dah masuk rumah, hubby dan kakak pun mulalah berdialog dengan mama kiter..Hubby bagi tau mama kiter bahawa anak daranya dah buat salah. Hubby tak cerita habis..dia suruh kakak cerita sendiri..Mama kiter dah bedebar debar lah pula, apakah kesalahan yang anak gadis ku telah lakukan..besarkah kesalahannya..dah lah bulan puasa..apakah ujian yang ALLAH nak beri pada hambanya ini..Huhuhuhu..

Maka si kakak pun dengan liuk lentoknya beria ria memohon maaf dari mama," huhuhu..apa kak oiii, cuba lah cakap betul betul dan cepat, mama ni susah hati lah, janganlah buat benda bukan bukan..ishhhh.."Hmm, kakak pun bagitau perkara sebenar apa yang telah berlaku, huhuhu...tetikus mama kiter di beri minum susu! Ya ALLAH haiiiii..anak dara mama kiter niii..macam macam lahhhh..tu lahh..nak buat dua kerja dalam satu masa, macam lah awak tu teror sangat. Lagipun kakak ni memang huru hara sikit. Adoiii aiii...

Punyalah dia nak minta maaf pada mama, bersungguh sungguh dia mengaku nak masak lah, nak buat kuih lah, nak menjahit lah..hahahaha, mama dah faham dah perangai anak mama tu..memang macam tu lah dia..cakap je nak masak..kupas bawang pun gagal..nak masak konon. Masak buger ayam pun boleh jadi ALIEN, sampai takut adik adik dan papa nak makan, berangan nak masak juadah berbuka untuk tetamu.. Ayat je lebih si kakak nii..

Kakak takut mama marah coz dia tahu yang mama kiter tak bijak guna jari untuk klik sana sini di laptop..mesti kena guna tetikus juga. Ada sekali tu, tetikus meragam tak boleh guna, huhuhu..mama kiter dah bebel pada semua orang, sebab mama kiter dah tak boleh nak berblog dan tak boleh nak explore internet. Boleh tu boleh lah guna jari, tapi tak cekap. jadi tension lah mama kiter. Itu yang kakak bimbang tu..dia tau mama kiter nak berblog lepas berbuka nanti..

Alhamdulillah, berkat bulan Ramadhan, mama kiter tak bebel pun..sebaliknya mama kiter gelak je sebab gelihati pula tengokkan tebiat anak dan hubby mama kiter. Siap sidai di ampaian lagi si tetikus itu. Kelakar lah pulak bila mama kiter tengok.

Bila dah kering tetikus tersebut, Alhamdulillah..masih berfungsi lagi dan boleh lah mama kiter berblog kembali.. Hmm..kalau tak boleh guna tetikus itu, kakak dah janji dengan mama kiter, nak belikan yang baru. Punya lah baik anak dara mama kiter itu. Apa apa pun..semuanya ok.. mama kiter tak marah pun..dak kakak tak jadi masak pun..Ayat je lebihhhhh...

Hmm..kakak!!kakak!!..sampai bila huru hara awak tu nak hilang..awak tu dah nak berumah tangga..Kesian pada bakal suami dan family sebab anak mama kiter ni kelam kabut dan lurus bendul. Cakap pun suka tunggang terbalik..Tapi kakak orangnya baik dan kelakar kalau dah betul betul kenal. Sebiji perangai mama kiter..Tak mengapa...ramai orang sayang..

TETIKUS MINUM SUSU

By anak mama kiter

1st of all,i would like to say "Ya ampun mama..akak da terbagi tetikus mama minum susu tadi..ini bukan tindakan sengaja akak,tapi akak tak sengaja..Akak tau, mama fobia, tak suka tikus..tp tetikus yang ini,yang akak bagi minum susu ni mama sayang sangat sangat..Tadi kan, sebelum mama keluar pergi supermarket membeli belah lauk pauk, mama pesan dekat akak suruh bancuh susu untuk MING minum..sambil akak bancuh susu MING,sambil akak berblog..tiba tiba tetikus ni jatuh masuk dalam susu MING yang akak bancuh tu..terus akak terkejut,berpeluh,pucat, lesi..Akak tunjuk dekat abah, tetikus mama jatuh dalam susu MING..abah hanya mampu beristighfar saje..abah suruh akak cepat cepat jemur tetikus tu dekat ampaian baju belakang rumah..abah cakap,baik akak jemur cepat tetikus tu sebelum mama balik dari pasar..Abah sangat comel suruh akak sidai tetikus dekat ampaian..ni pun guna tetikus abah..Mama,jangan marah okey,malam ni kite pegi Kajang kite beli tetikus baru..lagipun tetikus yang jatuh masuk dalam susu ni pun da lama dah..dah memang nak rosak dah..dah memang patut kite tukar dengan yang baru je.."

Saya nak tunggu mama dekat depan pintu rumah sambil pakai apron dan terus offer diri untuk memasak hari ni..Mesti mama teruja..dan saya tak akan bagi mama angkat baju dekat ampaian hari ini..Tak pe tak pe mama, hari ini semua kerja rumah akak buat..Akak boleh siang daging,potong bawang dengan kadar segera..mama nak suruh akak jahit baju pun akak sanggup..Tp tolong la mama jangan marah tetikus masuk dalam susu..I LOVE U MAMA MMMUUUAAAHH.

Lihatlah pembaca pembaca sekalian,tetikus kesayangan mama terjun masuk dalam susu






SAYA SANGAT SUSPEN TUNGGU MAMA BALIK DARI SUPERMARKET..
YA AMPUN MAMA
DIYANA

MAMA KITER DAPAT CUCU

Entry by DIYANA

Tanggal 19/08/09 bersamaan pada jam lebih kurang 11 pagi,mama kiter telah menerima cucu..begitu teruja dan gembira nye mama kiter bila di anugerah kan cucu yang ditunggu tunggu selama ini..Sah la Mama kiter menjadi tok mama n Papa kiter menjadi tok papa. Semenjak kehadiran cucu mama n papa,sangatlah riuh rendah suasana rumah kami kerana sibuk melayan dan membelai anggota baru family kami.

Kami semua tak sangka akan menerima kehadiran anggota baru dalam family kami seawal ini.Ingatkan lepas raya nanti..Mula mula memang panic sebab ingatkan bayi yang lahir adalah bayi tidak cukup bulan..sebab mama tlh tersilap kira tarikh jangka bersalin cucu mama..Si ibu dah bg warning akan melahirkan anak pd bulan 8 ni,tapi kami je yang macam percaya tak percaya je..dah la tak ready ape ape untuk sambut kehadiran orang baru..tp alhamdulillah semuanye berjalan dengan lancar dan proses bersalin pun smooth and easy je..

Pagi 19/08/09, si ibu telah mengadu dan
merengek-rengek kpd mama tidak berasa sedap badan..si ibu dah mula berasa sakit sakit..Mama tanya pd si ibu

"awak dah nak bersalin ke hari ni?Bukan ke awak punya due date lagi sebulan.Awak ni silap kira ke or mama yang silap kira? awak jangan la bagi mama panic..tak de orang kat rumah,tinggal mama dgn boboy je ni..Awak nak mama bw awak pegi clinic ke?"

Si ibu hanya menggelengkan kepala..Dia
tak mahu pergi clinic..Jenuh mama pujuk pergi clinic tp si ibu tetap berdegil tak mau pergi sehingga la air ketuban nye pecah di atas toto dekat ruang tamu..Apalagi mama n boboy panic la..cepat cepat bawa si ibu masuk bilik dan sediakn tempat untuk bersalin..Sepanjang proses kelahiran,si ibu tak boleh di tinggal kan langsung..menangis nangis kalau mama n boboy cuba untuk tinggalkn dia..So boboy terpaksa ponteng sekolah sebab nak menyambut kelahiran anak buah baru.Adik saya jadi bidan terjun..Boboy,im so proud of you..boleh jadi pakar sakit puan just like me..Bagus betul dapat uncle macam ni..

Alhamdulillah,si ibu selamat melahirkan 3 anak yang comel comel dan gebu gebu belaka..si ibu melahirkan anak secara kelahiran normal (normal delivery) dan bukannya secara kaedah pembedahan (caesarean)..

Kite lihat bagaimana rupa cucu cucu mama


si ibu yang menahan kesakitan ketika proses bersalin
labour pain sangat sakit okey


anak anak dah lahir..tengah menyusu

yang kepala bertompok hitam tu diragui jantina nye
kami semua dapat agak suami MING ni mesti kucing hitam sebab ade sket tompokan hitam dia atas kepala salah seekor anak nye.


anak anak yang sangat lapar sejurus selepas keluar dr perut ibu


gambar terbaru yang baru berusia 4 hari..dah boleh bawa keluar main..
tp belum boleh bermain menangkap bola atau mengejar lipas okey


p/s this is dedicated to aunty mimieloma..aunty mimi,jgn la takut takut dengan anak kucing. Marilah berbuka puasa di rumah saya..i'll promised u tak akan keluarkan anak kucing ni n letak dkt family hall..i'll lock them inside the bathroom..so u dont have to worry about that..mereka tak ade gigi lagi,so they wont bite u my dear aunty mimi..

p/s this is also dedicated to my brother n kak ct..congratulation to both of u..u r now officially being uncle n aunty..balik bangi nnt, bawa la balik hadiah set2 penjagaan bayi..

MING sgt aktif dan cergas dalam tempoh berpantang ni..hari kedua selepas bersalin sdh boleh berlari ke sana sini..such a good girl..tp belum boleh menangkap lipas..dlm tempoh berpantang MING kena mkn yang baik baik saja..nak bg makan ikan haruan ke?

Nama untuk cucu cucu mama belum bagi lagi.Tak tahu nak bagi nama ape..Si ibu bernama MING..anda anda semua ade cadangan nak bagi nama ape untuk cucu cucu baru mama kiter? kalau ade sila nyatakan..ini bukan pertandingan membagi nama untuk cucu cucu mama kiter,so tiada sebarang hadiah yang menanti pembaca pembaca sekalian..ini merupakan sumbangan idea yg ikhlas dari anda semua..harap maklum..

special entry just for you MING and your newborn babies
written by DIYANA..your beloved Aunty