Friday, January 29, 2010

BERNIAGA, BIARLAH JUJUR

Di Bangi ada sebuah kedai jahit, merangkap jual baju siap dan ambil upah lekatkan batu pada baju ataupun tudung. 3 kali mama kiter pergi ke kedai tersebut kerana ada hajat...tiap kali mama kiter pergi, jawapan pekerja kedai tersebut, "saya tak pandai buat..ada seorang budak lagi yang pandai buat benda ini.dia bekerja hari jumaat dari pagi sampai malam dan sabtu sampai petang sahaja, kalau awak nak..kena datang pada hari tersebut." Mama kiter pulang kerumah dengan harapan minggu seterusnya akan berpeluang jumpa oarang yang di maksudkan.

Minggu seterusnya..mama kiter pergi pada hari sabtu..waktu tengahari, memandangkan mama kiter telah di beritahu bahawa budak yang pandai buat benda yang mama kiter hajatkan itu cuma berada di kedai hingga petang sahaja. Bila sampai di kedai, tidak juga kelihatan budak yang di maksudkan..yang ada masih pekerja yang sama. Bila di tanya, kemana budak yang pandai tu...kata bekerja jumaat dan sabtu sahaja. Jawpannya.."ohhhh, dia tak kerja hari sabtu, dia kerja hari jumaat sahaja, dari pagi sampai malam.." Hmmmmm...pulang ke rumah semula.

Hari ini bersamaan 29.2.2010..jam 5 petang, mama kiter pergi lagi ke kedai tersebut. Alhamdulillah..bertemulah dengan anak gadis yang di maksudkan. Setelah berbincang apa yang mama kiter hendak..anak gadis itu memberi jawapan, harga upahnya hanya rm5 sahaja, memandangkan barang mama kiter punya sendiri. Beliau hanya ambil upah untuk lekatkan sahaja barang tersebut. Mama kiter bertanya, "bila boleh siap?" Anak gadis tersebut berkata.."nanti lepas maghrib boleh datang ambil.." Ok lah..mama kiter pulang ke rumah.

Seperti yang dijanjikan..mama kiter kembali ke kedai untuk mengambil barang yang di tempah. Alhamdulillah telahpun siap seperti yang mama kiter inginkan. tanpa berlengah lagi, mama kiter pun bersuara...RM5 ye, sambil buka beg untuk mengeluarkan note rm5. Belum sempat mama kiter mengeluarkan duit, anak gadis tersebut terus berkata..."hmmm, bukan rm5..tapi rm25...bos cakap..duit letrik lagi kena ambil kira.." Mama kiter jadi pelik bila harga boleh berubah dengan tiba tiba. Bukanlah tak boleh bayar dengan harga yang di minta, tetapi cara mereka berniaga tidak jujur.

Dari awal perbincangan tidak pula dikate kan..kalau nak cepat..kita charge lebih sikit..kalau nak bubuh di sini ataupun di sana kita charge harga lain..kalau dari awal dah cakap..tidaklah rasa sakit hati sebab kita dah tahu. ini tidak...dari awal dah cakap.."kalau barang ni awak punya..kami hanya ambil upah RM5 sahaja..tak kisah macm mana awak mahu."

Mama kiter pernah buat benda yang sama tetapi di kedai yang lain.. Tak kisah macam mana yang kita mahu, jika barang kita punya.. upahnya tetap RM5.Malangnya kedai tersebut telah berpindah ke Nilai. Mama kiter berterus terang dengan anak gadis tersebut...cara bos awak berniaga tidak jujur..sepatutnya sebelum setuju untuk terima tempahan, kena bagitau pelanggan harga yang sebenar..kena cakap terus terang dengan pelanggan.."kalau pelanggan nak macam ini, harganya begini, kalau pelanggan nak macamtu..harganya begitu...walaupun barang pelanggan punya, tetapi upah tertakluk pada kadar waktu yang pelanggan mahu dan kita akan charge lebih mengikut apa yang pelanggan mahu" Kan senang kalau bagitahu dari awal. Jawapn dari anak gadis tersebut.."maaf puan, saya pun tak tahu mengapa bos buat macam ni..sememangnya RM5 sahaja...tapi bos suruh kira harga letrik dan harga nak cepat.
" HMMMMMM!!!!!! Orang melayu berniagaaaaaaaaa...nak cepat kayaaa..
Wallahu'alam.

4 comments:

  1. sorry to hear mamakiter's story..kalau cakap dorank marah, tp kebanyakan melayu xjujur wat biz, byk kali dah tkena, baik mtk bangsa asing, walau mahal sikit tapi puas ati kdg2 siap f/up lagi check produk dorank ok ke dak ..

    ReplyDelete
  2. Betul tu izan...bukan kita nak hentam melayu..tetapi kebanyakkannye begini lah mereka..
    Mama kiter cuba dapatkan no phone bos kedai tersebut, dan bercakap sendiri dengan beliau..mengapa buat pelanggan begini..

    Biaselahhh...pekerja salahkan bos, bos pulak salahkan pekerja sebab tak faham cara berniaga
    Pelik...apa apa pun mama kiter sempat juga berpesan kepada bos tersebut...jujur dengan pelanggan..pastikan pekerja faham dan pasti setiap harga produk...Jangan aniaya pelanggan..

    ReplyDelete
  3. Salam,

    Buat buruk nama orang melayu jer kan......Cam tulah.....nak buat cam mana....Tapi...kalau g kedai cina...... lagi mahal kout..... zaman sekarang...semuanyer nak kena bayar.........ukhusssss

    ReplyDelete