Jadi semasa hari kenduri kakak tempuh hari, selepas semua tetamu pulang, bermakna yang tinggal cuma kami adik beradik dan anak beranak sahaja..ucu pun mula lah melaram dengan crown serta selendang pengantin anak mama kiter. Baju pengantin sahaja yang ucu tak mahu pakai..saja nak seronok seronok..
Hilang penat kami bila melihatkan gelagat ucu jadi pengantin di atas pelamin..anak ucu pula yang beria ria jadi photografer dan tukang kipas mama dan ayahnya..seronok anak anak ucu melihat mama mereka jadi pengantin..Pak Chu pun layan juga kerenah ucu yang huru hara dan manja gitu..
Jom layan ucu jadi pengantin..
No comments:
Post a Comment