Thursday, November 4, 2010

BERTEMU RAKAN SELEPAS 31 TAHUN.

Selama 31 tahun mama kiter terpisah dengan rakan sebaya juga satu sekolah. Setelah tamat tingkatan 3 disekolah Tunku Durah Seremban, mama kiter berpindah sekolah juga melangsungkan perkahwinan di usia yang muda..dimana rakan rakan mama kiter meneruskan persekolahan juga bekerja..mama kiter sibuk dengan alam rumahtangga.

Rindu bertandang dihati, ingin berhubung dan mencari rakan rakan yang agak rapat semasa disekolah..tetapi tidak tahu ingin mencari dimana..disebabkan rakan rakan semua tidak sekampung dengan mama kiter. Mereka semuanya berasal dari seremban..manakala mama kiter berasal dari jimah baru..daerah port dickson. Betul betul terputus hubungan..

Anak anak yang faham akan kerinduan mama kiter telah mengesyorkan mama kiter agar membuka account fb kerana dengan account fb katanya mudah untuk mencari..Dengan izin Allah, dapat lah mama kiter menjejakki rakan rakan yang dirindui melalui fb. Terima kasih anak anakku..

Diantara rakan sebaya mama kiter yang dapat dijejaki ialah penyanyi Norshila Amin. Setelah puas berbual melalui laman fb..kami merancang untuk bertemu dialam realiti..Alhamdulillah..Akhirnya bertemu juga kami di Alamanda Putra Jaya. Berbagai perasaan menerjah dihati..sedih, sebak, terharu, syahdu, gembira semuanya bertandang. Didalam pertemuan itu..mama kiter lah yang teratas diantara mereka..kerana mama kiter sudah punya menantu juga bakal menimang cucu...Semua jadi riang mengusik mama kiter dengan panggilan nenek muda.

Sempat mama kiter abadikan beberapa keping gambar bersama rakan sebaya yang ditemui selepas 31 tahun. Jom layan...!!!!

 











2 comments:

  1. Salam mamakiter...
    Seronok dapat jumpa kengkawan lama...saya pun kadang tekenang, mana pegi sume gang time sekolah dulu....

    ReplyDelete
  2. tu bkn pelakon Elfira Loy ke? yg blakon Qalesha tu..uhuhuhu..die pon reunion skali ke?..hehe

    ReplyDelete