Showing posts with label Nasihat Ugama. Show all posts
Showing posts with label Nasihat Ugama. Show all posts

Wednesday, August 5, 2009

AL QUR'AN YANG TIDAK TERBAKAR


















SUBHANALLAH...Walaupun kenderaan ini terbakar hangus..tetapi AL QUR'AN yang berada di dalam kenderaan ini tidak hangus di jilat api..Sesungguhnya ALLAH memelihara KALAM nya...
Renung renunglah diri kita..adakah kita kasih dan cinta untuk membaca AL QUR'AN...
Sesungguhnya rumah yang ada bacaan AL QUR'AN di dalamnya..akan ALLAH sinari cahaya untuk penghuni rumah itu....



Tuesday, August 4, 2009

SOLAT DHUHA

Solat Sunat Dhuha dan Kelebihannya
www.iLuvislam.com



Solat sunat Dhuha ini dikerjakan pada ketika sedang naik matahari (anggaran 8.00 pagi hingga 11.00 pagi).

Solat sunat Dhuha ini dilakukan sebanyak 2 rakaat. boleh juga dilakukan sebanyak 4, 6, 8 sehingga 12 rakaat dan setiap dua rakaat satu salam dan boleh juga setiap 4 rakaat satu salam.

Cara melakukan solat Dhuha:

a) Bacaan niat solat sunat Dhuha

Ertinya: " sahaja aku solat sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Taala".

b) Bacaan rakaat pertama surah Al-Fatihah dan As-Syam

c) Bacaan surah rakaat kedua surah Al-Fatihah dan Ad-Dhuha

d) Setelah selesai salam, lalu membaca doa


maksudnya;

"Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikannya adalah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu. Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu, limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.


Kelebihan:

Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud:

" Barangsiapa yang melakukan solat Dhuha membaca rakaat pertama surah Al-Fatihah dan ayat Kursi 10 kali, dan pada rakaat kedua surah Al-Fatihah dan Al-Ikhlas 10 kali, nescaya ia mendapat kerelaan Allah Yang Maha Besar." (HR. Anas B Malik).

" Barangsiapa yang mengerjakan solat Dhuha dengan terus menerus, akan diampuni dosanya oleh Allah, sekalipun dosa itu seluas lautan." (HR Tirmizi)

يُصْبِحُ عَلَى كُلِّ سُلَامَى مِنْ أَحَدِكُمْ صَدَقَةٌ فَكُلُّ تَسْبِيحَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَحْمِيدَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَهْلِيلَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَكْبِيرَةٍ صَدَقَةٌ وَأَمْرٌ بِالْمَعْرُوفِ صَدَقَةٌ وَنَهْيٌ عَنْ الْمُنْكَرِ صَدَقَةٌ وَيُجْزِئُ مِنْ ذَلِكَ رَكْعَتَانِ يَرْكَعُهُمَا مِنْ الضُّحَى

" Rasullullah S.A.W bersabda: setiap pagi masing-masing persendian/ruas tulang daripada kamu sedekah, dan setiap bertasbih sedekah dan setiap tahmid (ucapan Alhamdulillah) itu sedekah, dan setiap ucapan takbir itu sedekah, dan menyeru dalam kebaikan sedekah, dan melarang dari perbuatan jahat itu sedekah, dan sebagai ganti semua itu, cukuplah dengan mengerjakan solat Dhuha dua rakaat." (HR Ahmad, Muslim dan Daud)

Rujukan : koleksi 100 solat-solat sunat oleh Al-Fadhil Al-Ustaz Hj. Ahmad B. Hj. Ibrahim. terbitan Al-Hidayah Publisher


--
KEBERKATAN ALLAH TAALA HENDAK-NYA SENTIASA DI DUNIA DAN AKHIRAT..AMIIN

Tuesday, July 28, 2009

BAYAR BIL

Harini saya keluar sekejap coz pergi bayar semua bil yang di hantar kerumah..Biasalah dah cukup bulan..duit kena keluar lahh..dulu dulu masa dapat bil..merungut jugak lah bila tengok bil tinggi..
Tapi bila saya belajar agama..ustaz ada menyentuh bab bersyukur...ustaz bagi contoh lah macam mana nak rasa bersyukur..


Salah satunya ialah bila kita dapat bayar bil..kita patut rasa bersyukur kepada ALLAH kerana dengan izin dan Rahmatnya di kurniakan kepada kita rezeki dan dapat pula kita bayar bil. Tidak pula kita berhutang..Ucapkan SYUKUR kepada ALLAH kerana di lapangkan rezeki. Kalau kita perhatikan orang lain mungkin ada yang berhutang...ada yang tertunggak bilnya..Kita pula dapat melangsaikan bayaran bil kita.

Hmm sejak dari hari itu..bila datang bil ke rumah..saya tak lah merungut lagi..ye lah kalau di fikirkan nak merungut buat apa..dah kita guna segala kemudahan..kita bayar je lah...banyak atau sedikit bil yang kita kena bayar..kita sendiri lah mau ingat..kalau rasa rasa bil talipon melambung..kurang kurangkanlah bergayut...kalau rasa rasa bil letrik dan bil air melambung..belajar belajarlah berjimat..

Moralnya ialah..MEMBAZIR itu kawan SYAITAN.

Monday, July 27, 2009

DI ANTARA NASIHAT SYEIKH ABDUL QADIR JAILANI

Di antara sejumlah ajaran dalam majlis ilmu yang diakannya, maka Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani pernah menyebut seperi berikut:

Apabila Allah Yang Maha Agung melimpahi kamu dengan kekayaan dan kekayaan itu memalingkan kamu dari kepatuhan kepada-NYA, nescaya ia memisahkanmu dari-NYA di dunia dan akhirat. Mungkin juga IA akan mencabut anugerah-NYA darimu, menjadikan kamu papa dan melarat, sebagai hukuman atas keberpalinganmu dari PEMBERI, dan keterpesonaanmu akan anugerah dari NYA.

Tetapi jika kamu sentiasa patuh kepada-NYA dan tidak terpengaruh oleh kekayaan itu, ALLAH akan menambahkan anugerah-NYA kepadamu, dah sedikit pun tidak akan mengurangkannya. Harta adalah abdimu, dan kamu adalah abdi kepada RAJA. Kerana itu, hidup di dunia ini berada di bawah kasih sayang-NYA, dan hidup di akhirat terhormat dan abadi bersama sama para shiddiq, para syahid dan para shalihin.