Showing posts with label marilah kita bersama-sama amalkan doa ini. Show all posts
Showing posts with label marilah kita bersama-sama amalkan doa ini. Show all posts

Monday, July 27, 2009

AKHLAK MANUSIA

Terdapat 4 sifat akhlak yang buruk di kalangan manusia:

  • 1) BERBOHONG
  • 2) MENCURI
  • 3) MEMAKI
  • 4) SUKA MENIRU PERBUATAN YANG BURUK DAN KEJI

Di antara 4 sifat akhlak yang di sebut tadi, sifat berbohonglah merupakan sifat akhlak yang paling buruk mengikut pandangan ISLAM. Sifat ini merupakan ibu kepada MUNAFIQ.

SABDA RASULULLAH:

  • "Empat perkara, barangsiapa yang ada padanya maka jadilah ia MUNAFIQ yang sebenar benarnya, dan sesiapa yang ada salah satu darinya, maka padanya satu sifat NIFAQ (MUNAFIQ) sehingga ia meninggalkannya."
    (Riwayat Abdullah Amru)

  • Rasulullah pernah berpesan bahawa sifat pembohong itu mendatangkan balasan yang amat pedih di sisi ALLAH.

SABDA RASULULLAH:

  • "Ada tiga kumpulan manusia yang ALLAH tidak bercakap dengan mereka, dan tidak membersihkan mereka dari azab yang pedih, iaitu ..orang tua yang berzina, raja yang berbohong dan keluarga yang takabur."
  • (Riwayat Abu Hurairah)

Moralnya...janganlah cuba cuba berbohong dan didiklah ahli keluarga supaya jangan sekali kali berbohong kerana azab ALLAH amat pedih.

Friday, July 24, 2009

Sembilan petua doa dimakbul

BERIKUT antara sembilan petua daripada Rasulullah s.a.w. untuk mencapai doa mustajab.

1. Anas bin Malik meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: "Doa antara azan dan iqamat tidak akan ditolak."

2. Sesungguhnya Rasulullah bersabda: "Allah akan turun ke langit dunia setiap malam iaitu sepertiga malam yang terakhir, seraya berfirman: "Sesiapa yang berdoa kepada-Ku, maka aku akan menerima permintaannya dan sesiapa yang meminta keampunan daripada-Ku maka Aku akan mengampuninya.

3. Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: "Tiga orang yang tidak ditolak doanya iaitu pemimpin yang adil, orang berpuasa ketika dia berbuka dan orang yang dianiaya. Allah mengangkat doa-doa itu ke awan dan pintu-pintu langit dibuka."

4. Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: "Aku dilarang membaca al-Quran ketika sujud dan rukuk. Waktu yang paling dekat antara hamba dan Tuhan-Nya adalah ketika sujud, maka perbanyakkanlah doa ketika itu."

5. Hadis Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: "Jika kamu mendengar ayam jantan berkokok, pohonlah kurnia daripada Allah kerana sesungguhnya binatang itu melihat malaikat. "Jika kamu mendengar keldai memekik, pohonlah perlindungan daripada Allah daripada godaan syaitan kerana binatang tersebut melihat syaitan."

6. Ubadah bin As-Shamit berkata bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Sesiapa yang bangun pada malam hari dan mengatakan atau berdoa, doanya akan dimakbulkan. "Apabila beliau berwuduk (dan mengerjakan solat malam), solatnya akan diterima Allah."

7. Ata bin Abi Rabah berkata: "Telah sampai padaku bahawa Rasulullah bersabda: "Sesiapa yang membaca surah Yasin pada permulaan hari maka segala hajatnya akan dipenuhkan."

8. Hadis daripada Abu Hurairah, Rasulullah bersabda: "Doa seseorang itu akan dikabulkan selagi dia tidak terburu-buru menyebabkan dia berkata: 'Aku berdoa tetapi tidak dimakbulkan.'

9. Hadis daripada Abu Hurairah: Rasulullah memperkatakan mengenai hari Jumaat. Lalu baginda bersabda: "Pada hari Jumaat itu ada suatu saat. Bila mana seorang Muslim dapat menepatinya dalam keadaan sedang berdoa, memohon sesuatu daripada Allah, pasti dia akan dianugerahkan apa yang dipohonnya itu."

Monday, July 20, 2009

wasiat rasulullah

"aku wasiatkan kepadamu, Mu'az, Jangan engkau
tinggalkan setiap kali selesai sembahyang untuk
memanjatkan doa: "Ya Allah, mudahkanlah aku
untuk mengingat-Mu dan beribadah dengan baik
kepada-Mu.


DOA setiap kali Rasulullah selesai solat...

"Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu
dari sifat bakhil. Aku berlindung kepada-Mu dari
sifat pengecut. Aku berlindung kepada-Mu dari
dikembalikan kepada umur yang paling hina. Aku
berlindung kepada-Mu dari fitnah dunia. Dan aku
berlindung kepada-Mu dari azab kubur."