Friday, July 2, 2010

IBU


Sewaktu didalam kandungan ibu menderita dengan segala macam alahan..tetapi ibu tetap tabah demi untuk melihat zuriatnya hadir sebagai penyeri kehidupan..Kandungan dijaga, dibelai dan diusap senantiasa..Riang hati ibu bila anak beri tindakbalas dari usapan manja ibu..Semakin bahagia hati ibu bila usia kandungan hampir tiba untuk melahirkan..

Setelah bertarung nyawa, Ibu selamat melahirkan zuriat yang comel, mulus suci lagi bersih. Syahdu hati ibu bila kali pertama kali mendengar tangisan anak. Bangga hati wanita bila berjaya menjadi ibu dan dapat melahirkan zuriat untuk suaminya..Amat besar pengorbanan seorang wanita yang bergelar ibu.

Anak dibelai, ditatang, dimanja dan dididik sebaik mungkin. Biar ibu sakit, asalkan anak sihat. Biar Ibu pilu, asalkan anak bahagia. Biar ibu kekurangan asalkan anak berada.Mulia sungguh hati seorang Ibu.

Bila dewasa, anak sudah bijak berkata..mula mengguris dan mencalar hati ibu..Ibu tetap Ibu..sentiasa tabah..Bukan takut pada anak diajak berhujjah..tetapi memikirkan dosa buat anak kiranya melampaui batas. Maka ibu ambil langkah besabar, berdoa disamping memujuk. Ibu tahu..Allah pasti makbulkan doa ibu..BILA? Hanya Allah yang maha mengetahui. Tanpa ada rase jemu dan putus asa..Ibu tetap memanjatkan doa kebahagiaan buat anak.

Bila anak sudah berumahtangga..kasih anak beralih sudah..walaupun tidak sepenuhnya..tetapi tetap beralih..ini hakikat..Sayang anak pada pasangan lebih menebal dari sayang pada ibu. Semua orang pasti melaluinya..JANGAN BERDALIH..Bila sudah berpasangan..anak mula tidak perlukan belaian ibu..sudah hilang kehangatan belaian Ibu..sudah hilang lunak suara ibu..sudah mula berkira kira waktu menjenguk ibu..sudah berkira kira bil untuk talipon ibu..Kadang anak tidak sedar akan kekilafan diri...

Bila ibu sakit..baru sibuk bertanya..nak makan apa? Nak pergi mana? Sedangkan diwaktu sihat ibu..anak tiada hati untuk bertanya..lupa untuk bertanya atau sengaja tidak mahu bertanya..Sampai masa..Ibu dijemput Allah kembali padaNYA..Bagai halilintar menyambar bila anak dapat berita..mula terbayang wajah ibu..mula teringat kesukaan ibu..mula rasa tidak puas berbakti pada Ibu..Kalau adapun yang mengaku puas berbakti pada Ibu..itu hanya perasaan PERASAN...Nabi berkata..walau dihadiah segunung emas pada IBU..tiada dapat kamu bayar jasa Ibu yang melahir dan menyusukan kamu..Bermakna..walaupun kita buat macam mana sekali pun kebaikkan..tiadalah dapat kita membalas jasa ibu. Tetapi kita tetap diwajibkan berbakti kepada IBU...Paling mudah berbakti pada IBU..cukuplah sekadar menyenangkan dan meriangkan hati IBU. Sentiasa mendoakan kesejahteraan Ibu dan juga sentiasa berdoa semuga Allah mengampunkan dosa dosa IBU kita.

Bila Ibu sudah tiada...kita akan merindui wajahnya..kata kata nasihatnya...belaiannya..B
ila kita didalam pilu...kita ingin Ibu mendengar aduan kita..bila kita sakit..kita ingin ibu merawat kita..bila kita patah hati..kita ingin ibu beri semangat..Semua ini kita rasa bila ibu telah tiada...

Mama terlalu rindu pada Mak...Bila lihat wajah ibu kakintan..menitis airmata ini..terilham nukilan ini..Kepada semua yang masih punya IBU..sayangilah..kasihilah dan berbaktilah pada IBU anda.

Al-Fatihah buat roh para para ibu ibu yang melahirkan hamba hamba Allah di mukabumi ini..Tanpa Ibu..tiadalah dapat kita melihat dunia ini...

Wednesday, June 23, 2010

DIDALAM KEGHAIRAHAN, KITA TERLUPA.

Terkadang kita lupa bila kita terlalu ghairah untuk menjadi yang terbaik diantara yang terbaik...kita lupa bila kita terlalu ghairah untuk menjadi contoh atau idola kepada sesiapa..lupa bila kita terlalu ghairah untuk mengajar atau mendidik...dan terkadang kita menjadi lupa bila kita terlalu ghairah untuk menjadikan didikkan ibubapa kita sebagai ikutan..kita menjadi perasan dengan diri sendiri..kita jadi taksub dengan diri sendiri..kita jadi bangga dengan diri sendiri..bila ini terjadi..kita tidak ada rasa untuk menghormati perasaan orang lain..kita tidak ada rasa untuk mendengar pandangan orang lain..malah kita berbangga bangga dengan kehebatan kita dapat menjatuhkan maruah orang lain.

Nasihat itu perlu..mendidik itu wajib..jadi contoh yang baik itu ikutan..nasihat itu berlembut, berhikmah dan dengan penuh kasih sayang..mendidik itu wajib..sebab ia akan dipersoalkan oleh Allah nanti..kerana ia dipertanggungjawabkan keatas kita..jadi contoh adalah ikutan..biar selari dengan apa yang diperkatakan dengan perbuatan..barulah ia dikatekan contoh yang baik..kiranya contoh tidak selari diantara bicara dan perbuatan..dikatekan "CAKAP TAK SERUPA BIKIN". Bila ini terjadi..Amat merugikan..

Mendidik ahli keluarga..terutama anak anak..ibubapa dipertanggungjawabkan mengajar fardhu Ain, Ilmu dunia dan juga akhlak dan adab..kiranya ibubapa telah berusaha sedaya upaya yang termampu..tiada kejayaan disitu, maknanya Ujian Allah mempamerkan anak itu tidak mahu menerima atau mengikut lunas lunas yang digariskan..adakah kesalahan itu terletak dibahu ibubapa? Sedangkan Allah telah berkata bahawa hidayah itu milik DIA..DIA berhak hendak beri kepada sesiapa pun..bukan kita manusia yang boleh beri hidayah dan Iman..Sebagai ibubapa..kita hanya mampu beri nasihat dan berdoa bersungguh sungguh keHadrat Allah agar dikurniakan Taufik dan hidayahnya kepada anak anak setelah kita cuba mendidik sebaik mungkin. Yang harus dilakukan ialah beri contoh terbaik agar tidak dikatekan CAKAP TAK SERUPA BIKIN.

Menasihat saudara mara juga orang luar..perlu ada caranya..nasihat cara tertutup..itu lebih mulia..tidak menjatuhkan maruah itu lebih mulia..tidak bercakap kasar..itu lebih mulia.Walaupun tak berjaya menasihati cara begini..sekurang kurangnya kita dihormati kerana kita menghormati orang lain. Janganlah kita mendabik dada..bahawa memang kita begini..orang suka atau tidak..kita tidak heran..Kita pakse orang terima hakikat yang kita orangnya begini begitu. Padahal kita boleh belajar dan cuba berubah..Semua manusia tidak sempurna..semua manusia buat kesalahan..tetapi kita diberi akal untuk belajar berfikir dan belajar berubah..dari tak baik kepada baik.. Daripada kurang matang kepada matang..kadangkala kita rasa kita cukup dewasa dan cukup matang diantara yang muda..itu hanya perasaan kita..hakikatnya kematangan kita lebih rendah dari yang muda..Kita jangan berkecil hati dan melatah bila kalangan muda mengata kita kurang dan tidak matang dibandingkan dengan mereka..kita kena buang perasaan EGO yang kita DEWASA. Dalam sejarah Islam..remaja juga menegur orang dewasa malah diterima teguran dan menangis dengan Hidayah Allah..


Bagi kalangan muda pula..janganlah sampai biadap bila menyuarakan pandangan..biar berhemah..agar dinilai sebagai orang yang beradab dan berakhlak..Jangan ikut nafsu berbicara..sebelum berbicara..fikir dalam dalam..adakah kami orang yang berakhlak..kasihan ibubapa kami yang mendidik sebaik mungkin kiranya kami biadap..maka ibubapa kami akan dipersalahkan..padahal ibubapa sudah beri yang terbaik didikannya buat kami..mengapa kami harus memalukan mereka..Cuba sayangi dan kasihani ibubapa kamu wahai anak muda..

Didalam masaalah ini..sama samalah kita cari dan nilai diri kita dahulu..pandang pada diri..adakah aku sudah cukup bagus untuk menjadi contoh terbaik didalam rumahtanggaku..itu dahulu yang perlu kita renungkan..baru kearah menjadi contoh terbaik diantara yang terbaik..adakah benar akhlak aku sama dengan apa yang aku perkatakan..adakah aku termasuk didalam golongan ORANG YANG CAKAP TAK SERUPA BIKIN..Didalam keghairahan untuk menjadi yang terbaik..KITA SELALU TERLUPA...

Ingatan pada diri, anak anak dan menantu menantuku..Semuga kita semua mendapat TAUFIK DAN HIDAYAH ALLAH...AMINNNN..

Monday, May 31, 2010

ULANG TAHUN PERKAHWINAN

Tanggal 28/5/2010 tempuh hari..mama kiter dan hubby menyambut ulangtahun perkahwinan kami yang ke 28 tahun..Alhamdulillah dan mudah mudahan perkahwinan kami kekal hingga ke akhir hayatlah hendaknya..Insyallah..Dipanjatkan doa semuga hanya maut sahaja yang memisahkan...Aminn...

Selama 28 tahun mendirikan rumahtangga, semestinyalah ada ujian, cabaran, onak dan duri, susah senang kehidupan yang harus dilalui dan ditempuhi. Hanya kesabaran, tolak ansur, saling memahami diantara satu sama lain, saling percaya mempercayai yang kami berdua amalkan hingga kini..Mudah mudahan apa yang kami amalkan ini menjadi pedoman buat anak anak kami didalam melayari bahtera rumahtangga mereka masing masing.

Bahagia kini telahpun dikurniakan sepasang menantu yang baik dan mengasihi kami, dan Insyallah jika diizinkan Allah, bakal menimang cucu...terasa amat pantas masa berlalu..Rasa 28 tahun mendirikan rumahtangga...masih baru, masih segar diingatan hari bersejarah pernikahan kami..hanya usia 28 tahun sahaja yang menunjukkan lamanya perkahwinan ini..tapi hakikatnya sentiasa merasakan baru sangat mama kiter berkahwin..Alhamdulillah..mungkin hubby mama kiter seorang yang sangat baik melayan mama kiter, itu yang menyebabkan terasa baru sangat berkahwin..Apa apa pun..semua ini kurniaan dari Allah buat mama kiter juga doa dan restu dari arwah mak dan bapak mama kiter semasa hayat mereka...Semuga Allah mencucuri rahmatnya dan menempatkan mak dan bapak mama kiter dikalangan orang orang yang Allah kasihi..Aminn..


Jom layan apa yang adaaaa!!!!!


Kek yang dihadiahkan oleh abang dan ct..surprise!!!!



Dinner yang disponser oleh kakak dan saifullah.

Netbook hadiah dari hubby.

Thursday, April 29, 2010

ANAK ANGKAT MAMA

Selepas mengadakan majlis kenduri anak mama kiter tempuh hari..mulalah mama kiter rasa kurang sedap badan..kepala pening, dada sakit..letih..semuanya datang selepas kenduri..mungkin penat agaknya..

Untuk puaskan hati..mama kiter dan hubby pergi ke klinik untuk buat pemeriksaan..mengadulah dengan doctor apa yang dirasai..Doctor pun mula jalankan pemeriksaan..ambil tekanan darah..Alhamdulillah..tiada darah tinggi..cek pula degupan jantung..kata doctor..bagus..macam degupan jantung anak dara..hahahaha..iyelah tu doctor..

last sekali, doctor kata ambil darah lah..buat pemeriksaan yang detail..takut takut kalau kolestrol mama kiter tinggi pula..memang sebelum ini pun bacaan kolestrol mama kiter agak tinggi..tapi belum makan ubat kolestrol..cuma berdiet.

Balik dari klinik, hubby ajak singgah makan satay..bawak anak anak angkat mama kiter makan satay..harith anak angkat mama kiter sibuk nak makan satay..bila dibawa makan..hmm..1 cucuk je yang dimakanya...air pula yang sampai 2 gelas harith minum..Akhirya..hubby yang habiskan satay...mama kiter makan sikit je..diet....

Jom layan anak anak angkat mama kiter makan satay...










Wednesday, April 28, 2010

UCU OH UCU

Ucu adik mama kiter yang seorang ni dah berjanji dengan mama kiter dan anak anak, jika ada diantara anak mama kiter yang berkahwin..ucu nak jadi pengantin jugak..ucu kata...ucu tak kira..janji ucu dapat pakai crown dan duduk atas pelamin...lawak betul ucu ni..

Jadi semasa hari kenduri kakak tempuh hari, selepas semua tetamu pulang, bermakna yang tinggal cuma kami adik beradik dan anak beranak sahaja..ucu pun mula lah melaram dengan crown serta selendang pengantin anak mama kiter. Baju pengantin sahaja yang ucu tak mahu pakai..saja nak seronok seronok..

Hilang penat kami bila melihatkan gelagat ucu jadi pengantin di atas pelamin..anak ucu pula yang beria ria jadi photogr
afer dan tukang kipas mama dan ayahnya..seronok anak anak ucu melihat mama mereka jadi pengantin..Pak Chu pun layan juga kerenah ucu yang huru hara dan manja gitu..

Jom layan ucu jadi pengantin..








Tuesday, April 27, 2010

MAJLIS PERKAHWINAN KAKAK

Setelah 1 bulan bernikah..barulah mama kiter dapat meraikan perkahwinan anak perempuan mama kiter secara sederhana. Bukan sengaja mahu melewatkan kenduri, tetapi keadaan memaksa kerana mama kiter dalam proses ubah suai rumah. Pada asalnya kenduri tertangguh hingga bulan 7, tetapi mama kiter minta jasa baik kontraktor yang bertanggung jawab mengubah suai rumah mama kiter agar dipercepatkan pembikinan rumah mama kiter. Alhamdulillah..2 hari sebelum majlis nikah berlangsung...rumah mama kiter telah pun siap diubah suai..

Jadi dapatlah mama kiter percepatkan kenduri dari bulan 7 ke bulan 4. Alhamdulillah...semuanya berjalan dengan lancar. Tapi penatnya bukan main rasanya, mana nak kemas rumah yang baru siap..mana nak kenduri..walaupun mama kiter mengguna khidmat katering, tetapi penat juga dibuatnya..iyelah..ketering hanya menyediakan makanan, khemah dan pelayan..yang lain lain..kita kena buat sendiri..tapi apa apa pun, mama kiter merasa sangat gembira dengan perkahwinan anak mama kiter dan juga kehadiran tetamu yang agak ramai..

Diantara tetamu yang hadir semasa majlis berlangsung adalah rakan blog mama kiter, sperti kakpah tadika aulad, kakintan, noorhodza dan juga kak hamsiah..seronok bertemu tetapi mama kiter tak dapat nak berbual panjang dan juga tak dapat nak melayan sepenuhnya rakan rakan blog, memandangkan ramai lagi tetamu yang ingin dilayan dan disambut kedatangan mereka..Terima kasih buat sahabat blog mama kiter yang sudi hadir..

jom layan photo yang ada..diantaranya.....

Bersama anak menantu dan juga besan

Bersama keluarga pengantin lelaki

Datok dan nenek pengantin lelaki yang berusia 90 tahun

Dah habis kenduri..hubby pun dah tukar baju..kepenatan



Kenangan bersama kakpah


KAKAK NIKAH

Tanggal 12/3/2010 bersamaan hari jumaat selepas isyak, anak perempuan mama kiter telah selamat diijabkabulkan dengan berwalikan abahnya sendiri. Semasa majlis pernikahan tersebut, mama kiter hanya membuat kenduri kecil sahaja. Hanya keluarga terdekat bagi kedua dua belah pihak sahaja yang hadir.

Semuga ikatan perkahwinan anak mama kiter ini mendapat Rahmat dan Keberkatan dari Allah dan juga bakal melahirkan zuriat yang beramal dan bertaqwa kepada Allah hendaknya..

Jom layan photo yang mama kiter ingin berkongsi bersama rakan rakan mama kiter dialam maya ini..