Thursday, July 23, 2009

Cari Kawan-kawan Lama

Sejak ada blog ni..saya terus teringat kepada kawan-kawan lama saya semasa saya menuntut di Sekolah Menengah Tunku Durah Seremban. Saya memulakan sekolah saya pada tahun 1977 iaitu di tingkatan 1 dan berakhir pada tahun 1979. Selepas peperiksaan SRP pada waktu itu..(sekarang PMR) saya telah pun memasuki sekolah Al Arqam di Sungai Pencala. Tak lama pun..dah kena kawin...

Di antara kawan-kawan saya yang masih saya ingat walaupun dah berpuluh tahun tak jumpa sejak tahun 1979 diantaranya ialah...Norsheila Amin..Khadijah Mahat..Musalmah..Halimah..Roslina..Nora..Khairulnizam(perempuan tau)..nama dia sama macam lelaki..Cikgu pun pening jugak...

Ramai lagi kawan-kawan saya..tapi saya dah tak ingat dah nama-nama mereka di sebabkan berpuluh tahun tak jumpa..Jadi dengan adanya blog ini..mudah-mudahan dapatlah kiranya saya jumpa ataupun berhubung kembali dengan kawan-kawan sekolah saya sekiranya kalian masih ingatkan saya..jadi sekiranya ada di antara kamu yang ingat kepada ANITA MARZUKI seorang budak perempuan yang mula-mula sekali pakai tudung di sekolah tersebut iaitu di sesi petang. Tudung yang mula-mula saya pakai semasa sekolah ialah warna hijau..hahaha..lawan undang-undang sekolah..sepatutnya kena pakai warna putih...tp kalau ikutkan di waktu itu sememangnya sekolah tidak membenarkan pelajar memakai tudung.

Di waktu dan tahun itu amat jarang orang perempuan memakai tudung..hatta Ustazah pun pakai selendang macam Ct Nurhaliza je..nampak jambul lahhh..bila anak murid pakai tudung..hmm kena jeling dengan ustazah...yelah...zaman tu fobia orang dengan tudung..Zaman sekarang tudung dah jadi pakaian wajib tetapi cara pakai pulak tak betul..Soriiii...jgn marah yeee...

Wahai kawan-kawan yang mengenali saya..sudi-sudilah ziarah blog saya...nak tau jugak perkembangan kawan-kawan di sana..dah ada menantu ke..cucu ke..saya dah ada menantu dahhhh...cucu je masih dalam senarai menunggu..bila lah agaknyeeee..

No comments:

Post a Comment