Monday, July 20, 2009

Rindu mak dan bapak

harini tiba2 saya rasa rindu sangat2 pada mak dan bapak saya...rindu pada wajah lembut mak.rindu pada ketegasan bapak..mak saya seorang wanita yang sangat tabah..rajin..lemah lembut dan sangat penyayang..kalau tak sabar dan tabah..tak kan Allah kurniakan mak saya zuriat seramai 17 orang..tetapi hidup hanya 12 orang..bukan calang2 wanita Allah anugerahkan zurait yang ramai..lahir dari rahimnya...bapak saya pula amat tegas...garang tetapi hatinya ikhlas..sikap bapak saya sampai harini saya sanjung ialah..walaupun beliau seorang yang sangat garang...sampaikan orang kurang senang dengannya..tetapi dia cukup kasih kepada orang Soleh..bapak saya garang mendidik anak2 supaya menjadi insan yang beragama..bapak saya tak suka anak2 melepak..buat kerja tak senonoh atau sewaktu dengannya..kalau keputusan bapak hitam..maka hitam lah yanag anak2 kena ikut...kalau putih..putihlah anak2 kena ikut..tetapi itu semua semasa kami remaja dan semasa bapak muda..bila bapak semakin berusia..bapak semakin berubah..bapak mula berlembut..bapak mula bijak bergurau..bapak dah tak serius lagi..ye lah..cucu dan cicit pun dah ada..bapak seronok bila anak cucu balik ramai2 ke rumahnya..perkataan terakhir bapak semasa kami berkumpul untuk bebuka puasa bersama mak dan bapak ialah..."ehhh bapak tak sangka..ramainya anak2 bapak.."
bapak tak makan sangat semasa berbuka puasa..cuma seronok tengok anak2 dan cucunya makan..rupa2nya lepas 2 minggu...bapak pergi mengadadap Ilahi hanya kira2 4 hari kami akan menyambut Raya..tidak ada sakit terlantar..cuma demam biasa..bapak pergi dengan mudah...tida siapa yang sangka bahawa bapak akan pergi..malah bila mendapat panggilan dari kampung mengatakan bapak dah meninggal..boleh di katakan ramai di antara kami adik beradik tak percaya..tapi itulah kerja Allah..itu janji Allah..setiap yanag bernyawa pasti mati..kami redha dengan pemergian bapak..semoga Allah himpunkan roh bapak di dalam golongan orang yang mendapat Rahmat Allah dan syafaat Rasulnya..Amin..

mak pula setelah ketiadaan bapak menjadi wanita yang hidup penoh dalam
kerinduan. mak sentiasa ada tasbih untuk di gentel kerana berselawat..sampai akhir hayat mak memegang tasbih.sememangnya mak telah di serang stroke beberapa tahun sebelom bapak meninggal..tetapi mak adalah wanita yang gigih..mak berusaha untuk berjalan..kerana mak tak betah duduk sahaja..Alhamdulillah..walaupun di awal stroke mak tak boleh berjalan..tetapi dengan kegigihan mak untuk berjalan..akhirya mak boleh berjalan walaupun tak lah seperti sediakala..mak berjalan perlahan2 dan bertongkat..mak dah tak boleh buat kerja rumah..tetapi mak rajin melakukan ibadah...solat sunat..puasa sunat..mak suka membaca dan belajar mengaji..walaupun mak uzur..tetapi mak tetap puasa sunat..mak sentiasa berselawat..di tangan sentiasa ada tasbih untuk di gentel...mak seorang yang kelakar...mak suka memberi nasihat kepada semua orang...mak sayang anak menantu tiada beza..mak taat pada bapak tidak dapat di ikut oleh anak2..mak di kasihi oleh semua orang...siapa yanag lihat mak akan kasih pada mak kerana mak orang yang sangat lembut bicaranya..setelah bapak tiada..mak banyak menung..banyak sedih dan hari -hari menyuarakan rindu hatinya kepada bapak..bila makan..mak teringat bapak..bila tidor or buat apa sajaha..semua mak ingat bapak...60 tahun berkongsi hidup..susah csenang semua di tanggong bersama...mak selalu berpesan kepada kami...semasa hidup kasihilah pasangan masing..kerana bila salah seorang pergi dahulu...rindu akan bersarang di hati..hargailah pasangan masing2 walaupun ada yang kita tak berkenan...kerana kita akan rindu dan teringat2 bila salah seorang telah tiada...

kini mak dan bapak dah tiada..hanya kenangan bersama mereka sahaja yang tersemat di hati saya..hanya kata2 hikmat mereka menjadi panduan saya...bila saya rasa tension dgn anak2(kadang2 lah) saya akan teringat ketabahan mak mendidik anak seramai 12 orang...bila saya kecik hati dengan suami..saya akan ingat kesabaran mak dan ketaatan mak terhadap bapak..bila anak2 degil..saya ingat ketegasan bapak mendidik kami..tapi saya akui..saya tak dapat ikut 100% ketegasan bapak...sekarang ada akta mendera anak2...tak pasal2 saya masuk penjara nanti kalau saya ikut cara bapak...jadi saya adunkan cara mak dan bapak untuk keseimbanagan...

"Ya Allah kau Ampunkan lah Dosa kedua Ibubapa ku..kau cucurilah Rahmat keatas roh mereka..kasihanilah mereka seperti mana mereka mangasihaniku semasa kecil...kau lapangkanlah kuburr mereka..jadikan lah kubur mereka sebuah taman dari syurga mu..Amin Ya Rabbal 'alamin.."

No comments:

Post a Comment