Monday, July 20, 2009

Rindu Mekah dan Madinah

perasaan rinduku kepada bumi Mekah dan Madinah kembali menerjah pintu hatiku..tanyalah kepada siapa pun yang pernah sampai di bumi penoh keberkatan dr Allah itu..semua akan mengatakan benda yang sama...rindu..nak pergi lagi..tak sabar2 nak pergi...nak tinggal sana..nak bawa ank2 dan berbagai2 lagilah luahan hati setiap hamba Allah yang telah sampai ke sana.

Saya telah menunaikan ibadah Umrah bersama suami tersayang dan adik bongsu saya c ucu dan suaminya juga pada 11.4.2007. kami pergi selama 14 hari termasuk perjalanan. kami pergi mengikuti pakage MAWARDAH di bawah bimbingan Ustaz tuan Haji Said dari Melaka. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas segala kebaikkan dan tunjuk ajar Usataz Said kepada kami...semoga allah memberkati kehidupan Ustaz. Amin..

Tidak dapat kami ceritakan apakah perasaan kami apabila menjadi tetamu Allah semasa berada di bumi penoh keberkatan itu..apabila kapalterbang mencecah landasan bumi Jeddah..saya dan ucu menitiskan airmata kesyukuran...tak tau nak cakap apa..hanya kami berpegangan tangan dan menangis...kami tak sangka bahawa kami telah sampai di bumi Arab hanya semata2 dgn rahmat Tuhan..

selepas semua selesai di airport Jeddah..kami semua bertolak ke bumi Madinah dgn menaiki bas yang mengambil masa lebih kurang 4 jam perjalanan. semasa berada di dalam bas..seorang ustaz indonesia di lantik untuk menjadi jurucakap dan mutawif untuk membimbing serta menceritaka sejarah Nabi..sejarah Mekah dan Madinah..kami di bimbing untuk membaca doa2 yang di galakkan semasa melakukan ibadah umrah...

kami sampai di kota Madinah lebih kurang jam 10.30 malam...tetapi kami tidak sempat untuk masuk kedalam Masjid Nabawi pada malam itu kerana sibuk menguruskan pembahagian bilik. tak apalah...sabar..insyallah subuh esok kami akan beramai2 pergi dan menunaikan solat subuh di dalam Masjid Nabawi..dalam bilik saya berkongsi seramai 5 orang..saya bersama ucu dan ada 3 beradik dari melaka..Alhamdulillah...rakan bilik kami semuanya baik..pada awalnya saya dan ucu takut juga lah..almaklomlah..ramai yang berkata dan memberi peringatan kepada kami supaya jaga mulut..pertuturan..hati ..tingkah laku dan macam2 lagi lah semasa berada di bumi Madinah dan Mekah..jadi kami berdua pun berbisik..tak apalah...kita doa dgn Allah semoga rakan sebilik kita baik dan kita pun kenalah baik juga...kita tengok lah dulu macam mane mereka..kalau rasa tak sesuai..diam je lah...ucu pun angguk jeee...c ucu ni suka cakap...ucu ikut k tam lah...(nama glamour saya).

Alhamdulillah..Allah makbulkan doa kami....rakan bilik kami memang baik...mereka pun adik beradik juga..sama dgn saya dan ucu..kami berkenalan lah dalam bilik tu..makan sama2...pesan memesan..tegur menegur...tidak ada langsung kecil hati di antara kami..Alhamdulillah..

Esoknya kami pergi solat subuh di Masjid Nabawi..kami di bawa oleh mutawif dan di beri penerangan dan peringatan supaya ingat apa nak buat..pintu mane masuk dan pintu itu jugalah keluar...banyakkan istigfar dan selawat...semasa saya dan ucu berjalan melangkah masuk kedalam Masjid Nabawi..kami sama2 berpegangan tangan...sama rasa syahdu..sama2 rasa insaf..kami tak banyak bual bicara..hanya selawat dan istigfar meniti di bibir...suami saya bersama2 dgn azam(suami ucu). semasa di Mlaysia kami telah berjanji bahawa redha meredhai di antara pasangan masing2..jadi saya banyak masa dgn ucu dan suami saya banyak masa dgn azam..kami akan berjanji jumpa di tempat makan..gitu lah rutin kami..

Alhamdulillah..hari pertama kami bersolat di dalam Masjid Nabawi..masyallah semuanya di mudahkan oleh Allah..tidak ada apa2 yang menyusahkan...saya bersama ucu dapat pergi ke Raudah dan Makam Nabi..semuanya dgn izin Allah..ramainya manusia..Masyallah...

selepas 3 hari berada di Madinah..kami bertolak ke Mekah untuk melaksanakan ibadah Umrah kami untuk kali pertama..kami bermiqad di Bir Ali iaitu tempat berniat Umrah untuk jemaah dari Madinah. kami sampai di Mekah lebih kurang jam 8.30 malam...tersentuh hati bila kami betul2 telah sampai di bumi Mekah..rasa macam mimpi..Ya Allah..demi kebesaran dan keagonganmu dan rahmatmu aku sampai di rumah mu..terimaah aku sebagai tetamu mu YA Allah...Amin...

biasalah...sampai di Mekah..kami di beri bilik hotel dahulu...setelah semua selesai...mutawif membawa semua jemaah umrah untuk melakukan tawaf..sa'ie dan bergunting rambut. selesailah sudah ibadah Umrah kami yang pertama..semoga Allah terimalah ibadah kami yang serba kekurangan ini..Aminnn..Allah Hu Akbar..tiada apa yang dapat saya ceritakan apabila dapat memandang Kaabah dengan mata sendiri..hanya titisan airmata sahajalah yang menceritakan apa yang berada di dalam hati...saya lihat ucu pun begitu..hanya menangis..menangis dan menangis...apa yang ingin saya minta dari Allah..hanya saya dan Allah yang tahu..begitu juga ucu..suami saya dan azam..apa yang mereka doa dan minta..hanya Allah dan mereka sendiri yang tahu...tidak ada halangan di sana..minta lah..berdoalah..pasti Allah kabulkan...Allah berfirman..mintalah pada ku..pasti aku kabulkan...jadi berdoalah..minta lah kepada Allah dengan sepenoh hati...

cukup tempoh kami semua kena kembali ke tanah air...aduh..rasa tak puas dan tak cukup masa berada di Rumah Allah..tetapi kita hanya tetamu..maka jd tetamu ada tempohnya..kena balik lah ke rumah sendiri...itu fakta..tak apa lah..didalam hati kami memasang niat dan azam untuk pergi kesana lagi...insyallah kami berdoa semoga Allah jemput kami untuk menunaikan haji pula di dalam waktu yang terdekat..semoga Allah menjemput juga ank2 mama semua pergi menunaikan ibadah Umrah dan Haji ketika usia masih muda dan badan masih sihat...Insyallah..Aminnn....salah satu doaku di hadapan Kaabah..."ya Allah..jemputlah aku dan anak2 ku serta zuriat keturunanku untuk menunaikan Umrah dan Haji di dalam waktu yang terdekat..kau kurniakanlah Iman dan Taqwa kepada kami semua..Amin Ya Rabbal 'Alamin.."

kini rindu menggamit hati ku kembali...

No comments:

Post a Comment