Wednesday, August 5, 2009

Bayi hancur dimakan biawak


Dua anggota polis berpakaian preman memeriksa mayat seorang bayi yang ditemui di Kampung Peramu, Kuantan semalam.



INILAH sahaja bahagian mayat bayi malang yang dibuang dan dimakan biawak di Kampung Peramu, Kuantan semalam.


KUANTAN - Beberapa orang pekerja sebuah kilang pemprosesan makanan, Ocean Fresh Sdn. Bhd. pada mulanya ternampak sebungkus beg plastik sampah di tepi Sungai Kuantan dekat Kampung Peramu, di sini petang kelmarin tetapi mereka tidak mengendahkannya.

Sangkaan mereka ialah bungkusan yang sudah mula mengeluarkan bau busuk itu mungkin ada bangkai ayam atau itik.

Namun, ia memerlukan 'kerja' seekor biawak untuk membuktikan mereka salah.

Pada kira-kira pukul 11 pagi semalam, beberapa pekerja termasuk Pengurus Pemasaran Produk kilang itu, Teresa Tng tidak akan dapat melupakan peristiwa melihat sendiri biawak itu membaham isi bungkusan tersebut yang rupa-rupanya mayat bayi.

"Kami pada mulanya menyangka dalam bungkusan itu ada bangkai itik atau ayam.

"Pagi tadi (semalam), kami lihat seekor biawak sebesar betis sedang selongkar beg plastik itu dan terperanjat apabila lihat benda yang dimakannya adalah mayat bayi,'' jelas Teresa ketika ditemui di tempat kejadian semalam.

Perbuatan keji pihak yang membuang bayi tidak berdosa itu menyebabkan mayat tersebut cuma tinggal kepala dan tangan kanan manakala bahagian tubuh yang lain sudah diratah biawak tersebut.


Siapakah makhluk ciptaan ALLAH yang bergelar IBU yang sangat zalim sanggup membunuh zuriat yang lahir dari rahimnya sendiri...Ke manakah perginya kasih sayang yang suci dari hati seorang ibu? Adakah ini sifat ibu di Akhir Zaman?


Aku seorang ibu yang punya hati dan perasaan..aku kasih dan cinta kepada zuriat yang ku lahirkan dari rahimku sendiri..Anak anakku umpama nyawa buat ku..Tiada harta yang paling bernilai bagiku melainkan anak anak kesayanganku..

Anda semua bagaimana?

NAUZUBILLAH...Apa nak jadi dengan manusia AKHIR ZAMAN ini..

YA ALLAH KAU PELIHARALAH KAMI DAN ZURIAT KETURUNAN KAMI DARI MELAKUKAN ENGKAR TERHADAPMU...SESUNGGUHNYA AZAB MU AMAT PEDIH.














4 comments:

  1. ehm kejam tol la sape ibu pd bayi tu...
    knp la snggup wt cmtu...
    kalo rse x sggup..lainkali jgn wt dosa..
    bayi x bslh yg jd mgsa...

    ReplyDelete
  2. tak layak nak panggil ibu...bukan sifat ibu mcm tu...so jgn panggil atau gelar org tu ibu...

    ReplyDelete
  3. yeee betul..haiwan pun tau syg kan ank..ini manusia yg ALLAH kurniakan hati dan akal tp lebih hina dr haiwan...

    Manusia mcm ni x layak digelar ibu or di panggil ibu...

    ReplyDelete
  4. tak tau nak kata apa...
    sedih sangat-2
    kalau tak nak..
    baik bagi kat manje ni
    @ bagi kepada pasangan yg tak dpt zuriat...
    kenapa harus mcm ni

    ZALIM

    ReplyDelete