Thursday, August 6, 2009

ISHH ISHH ISHH

Karangan Terbaik UPSR 2007
Karangan budak darjah 4


Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu.

Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang.

Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit Adoi!. Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah dua.

Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting
Highlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu.


Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit Adoi..! dan jatuh ke bumi. Emak say menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris.

Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati.

Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.

Mama kiter berkata:

Hmmm mungkin anak ini terlalu asyik nonton cerita kartun dah telah menghayati cerita cerita kartun yang ditayangkan melalui tv..Ntah lahh...tak dapek nak nolong ha..

13 comments:

  1. hahahah bkn main benar berangan dak tu ye........kuat btul mak die kena langgar ngn lori leh tk mati ni......dasyat tu.

    tu lah kan klu di biarkan dak2 ni tgk kartun je hari2 sampai wat karangan pun masuk dlm dunia fantasi .....hahaha

    ReplyDelete
  2. mak aih....time upsr takde lak aku berfantasi mcm ni....huhuhuh

    ReplyDelete
  3. salam ma....

    karangan yg cukup bagus tuuu..
    baguslah kalau pandai berfantasi,
    senang nk bikin karangan panjang2...

    ReplyDelete
  4. issshh mama tak boleh bayangkan kalau kalau anak mama yang buat karangan gitu...uuiii aaiii..mau angin mama gaknye..

    tapi ye lah..dah namenya budak budak..camtu lah angan angannye bila di suruh bekarya...

    akesian pada guru yang memeriksa kertas tuu..mau separuh gila...tak berair mata dah guru tuu..dah kering...huhuhu...

    ReplyDelete
  5. besar-besar nanti boleh jadi org filem tuuu , karya dia nanti mesti dpt box-opis gitew

    ReplyDelete
  6. Muheheheheheh...confrim A++..pastu taska lak ambik garfu cucuk perut murid nie..pandai ko wat karangan yerk..hehehehhe

    ReplyDelete
  7. kahkahkahhhh...teringat time kecik2 dulu..otomen mengfire batman.
    hahaha

    ReplyDelete
  8. Astarghfirulah.... ese pun berangan gak, tp dak nie lain pesen laa.... mesti kes tak bengkung kepala nie waktu kecik2 dulu.... (tak bley hendel tikam ngan GARFU.. keh keh)

    ReplyDelete
  9. uiitt..ptg td hubby balik kerja..mama bacekan lah karya dak nii..hubby punya lah gelak sampai meleleh leleh ayaq mata...

    Dah lah hubby puasa..dia kata..adooiii aiii..mana punya budak lah nii yang berkarya camtu sekali...

    Dah mati dah 2 beranak..boleh bangun dan story lagi...hahahaha..agak agak murid ni layan blog tak ha?

    Kalau agak agak kamu yang berkenaan layann n zass blog mama nii..sudi sudi lah perkenalkan diri...

    ReplyDelete
  10. terlalu berfantasi...aduiiii sabo je la...la hau la wala...nauzubillah...:-(

    ReplyDelete
  11. leh pulak dah mati idup balik semata mata nk tulis pengalaman paling ngeri dlm hidup yeee.....sape tahu...pas habis bidak ni menulis....dia mati blk x hah...

    ReplyDelete
  12. Inilah anak zaman katun...ukhussss

    ReplyDelete
  13. hahaha...mcm mana la bdk tu leh pikir cm tu ek..
    trlmpau bfantasi susah gak kn..
    klu ank2 sy yg wt..x dpt byngkn mcm mana rupa cikgunya yg tanda..

    ReplyDelete