Tuesday, August 25, 2009

RENUNGAN DI BULAN MULIA

Suatu hari Rasulullah s.aw. bertemu dengan seorang pemuda yang sedang nazak. Rasulullah pun duduk di sisi pemuda itu dan kemudian bertanya...
"Bagaimana keadaanmu sekarang?"tanya Rasulullah kepada pemuda itu. Lalu pemuda yang nazak itu menjawab, "Ya Rasulullah, aku mengharapkan keredhaan ALLAH s.w.t . dan berasa bimbang terhadap dosa dosa yang telah aku lakukan."
Jawab Rasulullah, "Di dalam hati seorang Mukmin terdapat dua perkara, iaitu harapan keampunan dari Allah s.w.t. dan khuatir kepada dosa dosa yang telah dilakukannya. Allah akan berikan apa yang orang itu harapkan dan memberikan rasa ketenangan terhadap apa yang dibimbangkan."
Berkaitan dengan saat saat menghadapi kematian ini, Rasulullah berasabda, katanya Allah telah berfirman, "Tidak Aku kumpulkan dalam hati umat-Ku dua perkara; siapa yang berasa gerun dan takut dengan azab-Ku sewaktu di dunia, nescaya Aku akan berikan rasa kedamaian untuknya di akhirat kelak. Dan sesiapa yang berasa aman di dunia (meninggalkan ibadah dengan sengaja dan tanpa rasa takut), pasti akan mengalami kesakitan di akhirat kelak."
Dalam hal kematian ini juga, para Ulamak mengingatkan supaya kita sentiasa bersangka baik kepada ALLAH, bahawa Allah selalu memberikan rahmatnya kepada sesiapa yang di kehendakinya. Allah juga bersedia memberi ganjaran serta mengampunkan segala dosa yang telah dilakukan oleh umat-Nya itu.

"Ya Allah, kau kurniakanlah kepada hambamu yang hina, jahil, dhoif lagi banyak dosa ini keimanan dan ketaqwaan dan kau hidupkanlah kami dalam iman, dan kau matikanlah kami dalam iman..Amin ya Rabbal 'Alamin."

3 comments:

  1. Terima kasih diatas ilmu yang dikongsikan bersama.

    ReplyDelete
  2. salam....semoga Allah menerima segala amalan yang kita lakukan....selawat dan salam keatas junjungan nabi kita.....semoga kita dimatikan dengan kalimah lailahaillallahhhh....

    ReplyDelete
  3. Salam...
    Satu perkongsian ilmu yang bermanafaat tuh, mama kiter...
    Memang dalam hidup ini , kita kena selalu mengingat-ingat akan kematian...baru sentiasa bersemangat untuk tingkatkan amal InsyaAllah..

    ReplyDelete