Hari raya kedua mama kiter dirumah ibu mertua dan kami mengambil keputusan untuk tidak kemana mana pada hari tersebut. Duduk dirumah ibu mertua seharian sambil melayan ibu mertua yang telah uzur. Bila dah tak tau nak buat apa, kami semua tidur dan menonton tv sahaja lah pada hari raya kedua. Nak buat kerja bersungguh sungguh, tiada pula kerja..ye lah dah duduk rumah taman, bukan ada halaman yang nak di kemas, rumah pun tidak berapa luas, jiran tetangga semua pulang ke kampung, maka sunyilah suasana di rumah mertua mama kiter. Nak buat macam mana?
Keesokkan harinya, raya ketiga baru mama kiter mula bergerak kembali ke Bangi. Sebelum itu, sempat jugalah singgah dirumah adik lelaki hubby mama kiter untuk beraya. Sambil beraya sambil skodeng blog mama kiter dirumah ipar. Mereka semua hendak lihat dan baca apa yang mama kiter catat dalam blog...Ishh..ishh..ishh..sempat promote lagi tuuu...
Selepas beraya dirumah adik ipar, mama kiter pulang ke Bangi untuk berehat seketika. Sempatlah hubby dan anak anak melelapkan mata sehingga jam 6.30 petang, mama kiter kembali beraya di Beranang, rumah sepupu mama kiter. Nak tau siapa yang mama kiter jumpa di rumah sepupu mama kiter tu..jom layan photo yang sempat di snap oleh hubby..
Ibu mertua mama kiter yang uzur
Biras dan ank saudara skodeng blog mama kiter
Hubby bersama adik lelakinya
Kak imah sepupu mama kiter
Sedang bergosip sambil makan
Jumpa mimieloma dirumah kak imah

Kucing peliharaan kak imah