Monday, September 7, 2009

BIRTHDAY ABANG


Tanggal 7/9/09 adalah hari ulang tahun kelahiran abang anak mama kiter yang ke 26 tahun. Kebetulan tarikh ulang tahun kelahiran abang jatuh pada bulan puasa, maka kami pun meraikan untuk abang selepas berbuka. Sebelum ini, hanya kami anak beranak sahaja yang meraikan untuk abang, tetapi tahun ini abang sudah punya isteri, maka bertambahlah ahli keluarga kami. Meriah rasanya bila anak dah kawin, mama kiter dapat menantu, jadi ramai pula anak mama kiter.
Semasa waktu makan makan, mama kiter tanya hubby, "ehh kenapa rasa macam ramai je kita ni ye?" hubby jawab.."kan kita dah ada menantu, jadi ramai lah anak kita.." oooooo..mama kiter terus gelak dan berkata, "ish lupa lah pula yang kita dah ada menantu, tak lama lagi kakak kawin, lagilah meriah keluaga kita", sekarang ank kita dah jadi 5 orang, tidak lama lagi insyallah jadi 6 orang pula. Alhamdulillah.."
Abang, anak mama kiter ini amat montel semasa kecil hinggalah dewasa. Apabila abang dah bijak makan, uishh tidak boleh di kawal kawal makannya. Badan pun naik macam di pam pam. Bila mama kiter suruh berhenti makan, abang jawab.."maa..macam mana rasa kenyang? abang tak tau, yang abang tau abang berhenti makan bila tekak rasa loya, itu je..kenyang tu abang tak tau.." Aduh hai..jenuh mama kiter semasa abang meniti usia remaja...asyik suruh mama kiter masak macam macam menu.
Bila dah masuk ke alam belia, abang dah mula bijak kawal makan, maklum lah dah tau nak nampak macho gitu..abang jadi kurus, ramai teman dan saudara mara terkejut lihat abang, ada yang suka abang kurus, ada yang kata tidak smart dan tak handsome..mama kiter pun awalnya tidak suka lihat abang kurus, rasa macam cengkung sahaja, tetapi bila mama kiter bandingkan photo semasa abang bertubuh gempal, mama kiter lihat abang lagi awet muda bila bertubuh kurus..
Semasa abang kecil hingga dewasa, abang adalah cucu kesayangan datuk, apa sahaja yang abang buat, datuk hanya senyum. Tidak pernah kena marah ataupun kena jentik dengan datuk. Datuk seorang yang garang dan tegas, sehingga cucu cucu lain tidak berani hendak bersembang dengan datuk. Tetapi abang boleh tidur sekatil dengan datuk, dakap datuk, main janggut datuk dan pernah kencing dalam dulang semasa datuk sedang bersahur. Ketika itu abang berusia dalam lingkungan 3 tahun ke 4. Datuk tidak marah, malah ketawa geli hati dan datuk berkata, "bertuah cucu datuk, macam mana datuk nak sahur, nasi dan lauk dah kena kencing."

Bukan abang sengaja kencingkan dulang datuk, tetapi abang terbangun waktu sahur dah kelam kabut bagitau yang abang nak terkencing dalam keadaan mata yang pejam pejam celik. Dalam pada mama kiter nak bukakan seluar dan nak bawa abang ke bilik air, sudah tak sempat, maka itu lah terpancut ke dulang datuk. Kesian datuk...Semua jadi kenangan. Punyalah datuk sayang dengan abang, pernah pada hari raya tahun bila, mama kiter tidak ingat, abang accident motor, mama kiter dengan hubby yang kena marah dengan datuk, walaupun bukan salah kami..huhuhu..Tidak tahu apa keistimewaan abang, yang membuat datuk amat sayang dengannya. Datuk sendiri mengaku bahawa cucu yang paling dia sayang, adalah abang.
Allah jemput datuk dan nenek terlebih dahulu, maka mereka tidak sempat melihat abang berkahwin. Sememangnya datuk dan nenek teringin sangat nak melihat abang mendirikan rumahtangga. Allah lebih sayangkan datuk dan nenek.
Alfatihah buat datuk dan nenek..
Buat abang, happy birthday to U, semuga hidup di rahmati Allah, semuga rumahtangga yang di bina kekal bahagia hingga akhir nanti, semuga Allah kurniakan iman dan taqwa kepada anakanda suami isteri. Mama, abah dan adik adik always love both of U..Muaahhh....
Jom kita layan photo abang, lihat perbezaannya...
rasa rasanya usia abang 5 ke 6 bulan gitu.
waktu ini mama kiter sedang hamil, teringin sangat nak baby girl, sebab itu make over abang jadi girl sehari..nak tenguk wajah baby girl..
Abah suka ambil photo dan suka arahkan abang beraksi.
Abang berusia 3 tahun.
Teringin nak jadi navy, semasa melawat kapal KD Hang Tuah berlabuh di Melaka.
Beraksi bersama senapang kepunyaan datuk angkat di Kuala Pilah
Wajah abang semasa gempal

Abang semasa hari perkahwinannya

Wajah terbaru abang

Bersama isteri tersayang semasa celebrate birthday

Menu yang di minta semasa celebrate birthday abang
.
Sory tidak ada kek..dah tempah awalnya, tetapi di sebabkan sahabat yang buat kek ada hal yang tidak dapat di elakkan, maka beliau mohon maaf kerana tidak dapat memenuhi permintaan mama.

9 comments:

  1. amboiiiiiiii sedap2 nye makan tu.........huhuhu..sedey nape tk ajak mkck mimi sekali ek.......

    hahahah alah gurau je....... dah besaaaar dak abng ye......bile lak ko nk bg cucu kat mama ko bg,jgn lame2 mkck pn tk sabar nk tgk cmne lah upa nak c emi ni nti ek......ahaks.

    ReplyDelete
  2. salam semoga anak mama di panjangkan umur ..di murahkan rezeki dan beroleh rahmat sepanjang hidupnya....amin....

    ReplyDelete
  3. comel ye mama....gambar abg masa kecik2...

    Happy besday utk anak mama ....

    ReplyDelete
  4. Happy Belated Birthday wishes!!! Semoga sentiasa sihat dan ceria di samping isteri dan keluarga tercinta! ;)

    ReplyDelete
  5. Happy Belated Birthday!!...

    Wah...masa kecik comel...dah besar handsome...hehehhe...

    Birthday Hubby esok...tapi keja ..canner nak masak....beli kek jer ....sian dia...huhu

    Salam Perkenalan

    ReplyDelete
  6. ooo kak mimie..bukan tak mau ajak awak, tapi hari malam kan, abang awak bagi ke? Hmm pasal cucu tu, mama no komen lah..ada rezeki ...insyallah satu hari nanti dapt ler tengok anak c abang n ct tu ha..

    maz,tq sebab sudi doakan anak mama..walaupun tidak kenal rupa, tetapi saudara se islam itu membuatkan kita mendoakan sesiapa sahaja..semuga Allah merahmati maz sekeluarga..

    jaja dan aleyn..hmm masa baby n kecil2 ramai yang kate abang mcm ank benggali n arab, bila dah dewasa, ramai yng kate rupa cina pula..

    uiit ct menantu mama, nape gelakkan cik mimie tu..nanti dia naik angin baru tau, tak merasa kita nak tapau kuih raya sorang sebalang..

    love, tq for your wishes to my son..Amin..mudah2an anak mama akan kekal bahagia di samping isteri dan keluarga..

    aleyn..tak payah masak, just open table je..mcm mama buat..pergilah mana mana restaurant yang best2..belanja lah hubby makan..senang je..badan pun tak penat..

    ReplyDelete
  7. happy besday wt anak mama yek..
    semoga dipanjangkn umur,dimurahkan rezeki dn bahgia disamping isteri tercinta...

    ReplyDelete
  8. huhuhuhu.....rindu lak ucu kat abng hah....tgk gambar abng mase kekecik tu ha, ucu teringat mase kite kekecik dulu....bile cuti sekolah mama mesti amek ucu ddk ngan mama n main ngan abng, bile ucu sakat abng yg ucu nk balk, abng cukup marah n merajuk sakan...hahahha.....dah besar dah sekarang bang yee..dah jd suami orang dah hah, semoga semakin hari semakin bertambah iman n taqwa. for siti...jd lah isteri yg solehah...love both of you...

    ReplyDelete