Wednesday, November 11, 2009

DIZAMAN MODERN, MANUSIA SEMAKIN ZALIM

Manusia mutahkhir kini semakin kejam..mengapa terjadi begini? Adakah ini salah satu tanda tanda akhir zaman yang di Sabdakan oleh junjungan besar kita Rasulullah S.A.W didalam kebanyakkan hadis hadis baginda.

Ngeri bila memikir dan melihat akan kepincangan manusia dizaman yang dikatakan modern dan canggih ini. Adakah kerana kurang ilmu, kurang iman ataupun kerana tuntutan nafsu telah menguasai diri dan jiwa setiap manusia zaman modern ini, sehingga buta untuk melihat yang mana baik dan buruk sesuatu tindakkan yang perlu diambil.

Terkejut bila melihat seorang warga emas yang sepatutnya hidup bahagia disamping isteri tercinta sementara menghabiskan sisa hidup sebelum dijemput pulang bertemu Ilahi, telah hilang pertimbangan, sanggup menikam hingga maut isterinya yang juga merupakan seorang warga emas. Sepatutnya warga emas menjadi tauladan kepada golongan muda bagaimana membina rumahtangga yang bahagia dah dirahmati Allah..Tetapi kini sudah menjadi sebaliknya.

Semakin modern, semakin canggih kehidupan didunia yang sementara ini..semakin jauh ketinggalan akhlak manusia..semakin hilang perasaan kasih dan sayang dihati manusia sesama manusia. Anak yang baru dilahirkan, dibuang merata rata tempat, di tanam di tempat yang tidak sepatutnya..Tiada lagi perasaan belas dihati ibu yang melahirkan..Mengapa jadi begini? Wallahualam.. Renung renungkan lah bersama...



Hilang kesabaran, hingga sanggup membunuh isteri



Mayat bayi yang ditemui didalam surau

2 comments:

  1. mmg la mama... kina rasa sebak membaca berita nih. ada jugak ibu yg x sayang ank. if x nak ank pun, bg la kat org yg btl2 nak ank.

    dah la berzina pastu membunuh pulak!!

    adesssss.....astagfirullahhalngazim....

    ReplyDelete
  2. salam...zaman dah semakin maju...dunia pun dah berubah....mintak simpang benda2 ni semua daripada jadi kat anak2 kita....

    ReplyDelete